BAB 4

5.9K 245 2
                                    

MALAM SUDAH MENJELMA. Aku menyiapkan bahan untuk masak makan malam buat kami berdua. Sememangnya, setiap kali aku pulang ke Kedah akulah yang akan memasak kerana sudah tanggungjawab aku.

Kerana tanggungjawab Evelyn Qiara sebagai isteri, hanyalah melayan aku dan menjadi ibu kepada bakal anak-anak kami saja. Selainnya, biar aku saja yang lakukan.

Lagipun aku menjadikan dia sebagai pasangan hidup kerana aku mahu menjadi seorang suami. Bukan mahukan seorang isteri.

"Dah siap ke, awak? " Belum sempat lagi diseru, dia sudah menempel di sebelah aku.

Aku memandangnya sekilas. "Sikit lagi. Awak duduk saja dekat luar. Nanti dah siap semua, saya panggil, " kataku.

"Tapi saya rasa bersalah kalau tak tolong. Saya tolong ambilkan pinggan dan sudu dulu, ya? "

"No. Awak duduk saja. Tengok tv. Saya tak nak susahkan awak." Aku menghalang.

Evelyn mengorak langkah ke rak pinggan dan cawan yang berdekatan dengan singki. Dia tetap berkeras.

"Tak susah pun, awak. "

"Yalah. " Pinggan diambil untuk meletakkan keuy teow basah.

Aku dan Evelyn melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan.

"Hurm.. Sedapnya bau. Pandainya suami saya masak, " pujinya sebelum pipi aku dikucup.

Aku hanya senyum tipis. Dah biasa sangat dengan sifatnya yang suka mengucup pipi setiap kali berterima kasih kepada aku.

"Of course. Suami awak ni multi talented tahu tak? Semua benda dia boleh buat. " Angkat bakul sendiri. Kuey teow disuap ke dalam mulut setelah dikacau untuk mengurangkan rasa panas.

"Bagus, bagus! Kiranya buat anak pun boleh lah kan? "

Purr!!

Makanan di dalam mulut tersembur keluar tatkala mendengarkan ayat Evelyn yang selamba itu. Tekak aku rasa perit ditambah tersekat di celah kerongkong. Dada ditepuk berkali-kali.

"Ya Allah, awak. Macam mana boleh sampai tersedak ni? " cemas Evelyn sambil menghulurkan segelas air kosong.

Tangannya mengusap lembut belakang badan aku untuk meredakan rasa tersebut.

"Merah muka awak, Faahad. "

Gelas diletakkan ke atas meja semula sebelum mata aku menerkam wajah polosnya itu.

"Apa awak ni tanya soalan macam tu? Terkejut saya." Julat suaraku sedikit tinggi.

"Kenapa? Suami isteri tak boleh cakap pasal benda tu ke? " Tidak sedikit langsung air mukanya berubah. Begitu terpinga - pinga.

Aku mengeluh perlahan.

Kau kena ingat, Faahad. Isteri kau ni umur berapa? Kadang perkara yang kau rasa tak selesa pun, dia boleh tanya dengan selambanya tanpa rasa malu.

"Bukan tak boleh tapi kita muda lagi, sayang. Takkan awak dah bersedia nak ada anak? Tunggu saya ada ijazah sarjana muda dulu, baru kita boleh cakap tentang itu, ya? "

"Tapi saya suka budak-budak. Teringin nak pegang bayi macam orang lain. " bibirnya memuncung.

"Lagi beberapa bulan saja lagi. Awak sabar sikit, ya? "

"Saya dah cukup sabar selama ini. " Dia berpeluk tubuh. Konon merajuk lah ni?

Aku memusing tubuh menghadapnya dari sisi.

"Lyn, awak tahu kan pernikahan kita ini dirahsiakan? Saya pula kena sambung belajar sebab kakak-kakak saya semua berpelajaran tinggi. "

Oksigen dicari seketika untuk meneruskan bicara seterusnya.

"Takkan saya seorang saja yang tak habis sambung belajar? Habis saya kena dengan umi dan abah nanti. Awak sabar sikit, ya sayang? " pujuk aku dengan lembut.

"Saya nak tinggal dengan awak. Saya tak nak berjauhan dengan awak, Faahad. Saya cukup terseksa duduk seorang. Dan bukan kebiasaan saya hidup seorang diri," lirih sekali suara itu kedengaran.

Satu sifat seorang Evelyn, seperti yang dikatakan tadi. Dia tidak biasa hidup seorang diri.

Berdasarkan maklumat yang aku perolehi tentangnya, seumur hidupnya, dia tidak pernah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Sentiasa akan ada di sisinya.

Tapi sejak pemergian atau dalam erti kata sebenar ialah dibuang mereka, Evelyn jadi seorang yang tidak mampu untuk hidup sendirian. Kerap meminta agar akan ada seseorang di sisinya.

Hinggakan satu hari aku di tepi padang bola di sebuah taman, gadis ini datang kepada aku dan merayu untuk aku menikahi dia dan menemani dirinya.

Aku menolak pada awalnya.

Tapi lama kelamaan, aku jadi tidak mampu untuk menolak lagi. Hati aku makin terpaut akan kecomelan dan sifatnya yang lain daripada perempuan lain.

Jadi selepas bersama dengannya, aku mengajar dia untuk hidup sendiri dan tidak lama kemudian, dia mampu.

"Saya janji, Lyn. Awak kena percayakan saya, sayang. Saya suami awak. Kita makan dulu, okay?"

"Nak awak suap. " Evelyn memang penuh dengan sifat manja.

"Ya, saya suap. Meh, dekat sikit dengan saya. " Aku melayannya persis anak kecil.

"Nak duduk atas peha awak. " Bibir comelnya mula menguntum senyum manis.

Aku agak tercengang. "Ahh.. Ha, yelah. Sini. "

Dengan bibir yang merekah dengan senyum, dia duduk di atas peha aku.

"Aduh, sayang. Beratnya awak. " Wajah aku sengaja dikerutkan.

"Apa awak cakap?! Berat?! " suaranya melenting.

Tawa aku meletus. "Tak adalah gurau je. Awak ringan macam cotton candy."

"Cepat suap! Lapar ni. "

 
500 votes!

Perasaan Yang Terlarang | E-BOOK Where stories live. Discover now