PHED || BAB 1

116K 2.2K 135
                                    

Kaki Thaqif melangkah keluar daripada Mahkamah Syariah Persekutuan Kuala Lumpur. Hari ini adalah hari perbicaraan kes penceraian antara Thaqif dan Diana, bekas isterinya.

Diana mengikut langkah Thaqif dari belakang. Thaqif menoleh ke arah Diana. Langkah mereka terhenti.

Thaqif menanggalkan cermin mata hitamnya itu sambil memandang ke arah Diana yang tidak lekang dengan senyuman.

Suasana menjadi sepi. Tak sangka gadis yang dia cintai selama 5 tahun dulu, yang pernah berjanji mempertahankan rumah tangga, kini sudahpun dia ceraikan. Sikap wanita itu berubah apabila hamil. Mereka selalu bergaduh sehingga la Diana membuat keputusan untuk berpisah.

Bunyi tangisan bayi perlahan lahan menyapa telinga mereka. Thaqif menoleh ke arah tangisan bayi tersebut. Bibirnya mengukir senyuman tawar sambil memandang ke arah ibunya, Puan Nawra sedang mengendong anaknya itu.

Anaknya, Jabir Siddiq bertukar tangan. Dia mengucup lembut dahi anaknya itu. Dia merenung wajah anaknya itu lama. Kesian. Baru sahaja berusia 5 bulan, sudah terpaksa menghadap situasi begini.

Thaqif mengangkat wajahnya. Matanya memandang ke arah Diana. Langsung tiada riak sedih di wajah Diana.

"You tak nak cium dia? Peluk dia ke? Untuk kali terakhir?" tanya Thaqif.

Diana mendengus sambil memeluk tubuh. "You tau kan I tak suka. Kenapa perlu tanya lagi?" marah Diana dengan nada kasar.

"Tapi ini last you jumpa dia. Takkan la takde rasa terdetik you nak cium dia. Sampai bila you nak benci dia? Dia ni darah daging you juga," nasihat Thaqif.

Diana memandang sinis. "I tak pernah pun mintak budak ni lahir tau. You yang nak anak ni kan. So you pandai pandai la hidup dengan dia. Kita dah takde apa-apa," dingin Diana.

"Dah la. Buang masa je semua ni. I balik dulu. Thanks sebab pernah jadi suami I. I harap you bahagia dengan perempuan yang lebih baik," kata Diana lalu melangkah pergi meninggalkan tempat tersebut.

Mata Thaqif memandang ke arah kelibat Diana yang semakin menghilang. Tangisan Jabir menyedarkan lamunannya. Jabir seolah oleh faham ibunya sudah pergi tinggalkannya.

Thaqif cuba memujuk Jabir. "Jabir jangan sedih sedih okay? Daddy janji daddy akan pastikan hidup Jabir happy walaupun tanpa mummy," ucapnya.

•••

Puan Natrah melangkah menuju ke dapur untuk mengisi perut yang sudah pun berkeroncong. Tangannya membuka tudung salji.

Hatinya mula panas apabila melihat tiada makanan yang terhidang di atas meja. Tangannya mencekak pinggang.

Dia mula mencari kelibat Kausar. Dari dapur sehingga la di ruang tamu. Namun kelibat Kausar langsung tidak kelihatan.

Dia menuju ke halaman rumah. Terbutang matanya apabila melihat Kausar sedang bermesra dengan seorang lelaki di halaman rumah tersebut.

"Oh ini kerja kau. Siap la kau." Puan Natrah mencapai telefonnya lalu menangkap gambar Kausar seronok bermesra.

Dia mendekatkan dirinya dengan mereka. Telinganya mula mencuri curi dengar perbualan mereka.

"Terima kasih abang sebab selalu sangat tolong adik," ucap Kausar.

"Ala no hal la. Lagipun abang kesian dekat adik. Patutnya usia adik macam ni tengah sambung belajar tau."

Kausar melemparkan senyuman tawar. "Bukan rezeki adik kot. Lagipun adik kan kena jaga bonda. Bonda kan sakit."

Kausar tiba-tiba tersentak. "Adik lupa la. Adik kena masak sekarang. Nanti mama bising. Adik masuk dulu ehh. Bye," ucap Kausar lalu berlari melangkah ke dapur.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now