"Okey." Aku keluar daripada kereta sambil Faiq menurunkan tingkap disebelahku.
"Jumpa awak petang nanti, love.. I'll miss you, baby!"
"Bye.. Drive safe, okay?"
"I will, baby."
Aku hanya senyum.
11 pagi
Aku duduk di meja makan sambil berbual dengan ibu dan Zaza.
"Ibu.. Thea nak kena buat apa sekarang ni?" Tanyaku.
"Nak buat apa? Duduklah dulu sebab rombongan datang lepas Zohor. Baju Thea nanti tanya Zaza, ya? Ibu dah bagitahu Zaza kat mana ibu simpan baju Thea.."
"Sempat ke nak siap, bu?"
"Sempat, dalam pukul 11:30 ke 12:00 macam tu.. Thea boleh lah naik atas dah untuk bersiap. Jangan lupa ambil wudhu' siap-siap tau!"
"Okey, ibu.."
12:30 tengahari
"Zaza.. Aku nervouslah." Ucapku pada Zaza.
Aku sudah lengkap memakai dress berwarna biru yang telah disediakan oleh Faiq. Dan sekarang aku sedang disolek oleh jurusolek yang juga disediakan oleh Faiq.
"Come on, Thea! Percayalah cakap aku, mak dia mesti suka lah dengan hang! Lagipun, bila aku tengok gaya si Faiq tu, aku tak rasa mak dia sama macam orang-orang kaya yang kat luaq tu. Toksah dok risau aihh. In Syaa Allah, semuanya akan baik-baik ja noh?"
Aku hanya diam membisu.
Tiba-tiba jurusolek itu bersuara, "Maaflah saya menyibuk, tapi masa saya masuk mula-mula tadi pun, saya terkejut sebab awak cantik sangat! Saya pun tak tahu nak make-up awak macam mana. Nasib baiklah Zaza ada untuk pilihkan make-up yang sesuai. Awak ni pakai apa pun cantik je tau! Jadi, awak tak perlu risau, okey?"
Aku hanya tersenyum. Jujur, hatiku sedikit lega apabila ada orang luar yang berkata begitu padaku.
Selepas selesai menunaikan kewajipan, aku duduk kembali di meja solekku untuk memakai tudung pula. Jurusolek tadi juga yang akan memakaikan aku tudung.
Sedang aku sibuk melihat diriku di pantulan cermin, telefonku yang berada di atas meja solek di hadapanku tiba-tiba berbunyi.
Aku sudah seperti dapat mengagak siapakah pengirimnya. Dan tekaan aku tepat!
Adzrin!
-Adzrin
Love? Saya dah on the way tau..Me-
Awak yang drive ke?-Adzrin
Tak.. Saya duduk passenger seat, baby.Me-
Oh, okey..-Adzrin
Awak dah siap ke, sayang?Me-
Dah nak siap, tengah pakai tudung ni.-Adzrin
Saya nak tengok awak, boleh?Me-
Mana boleh! Tak surprisedlah kalau macam tu!-Adzrin
Alaa.. Bukannya saya orang pertama yang akan tengok awak pun nanti. Nak surprised apanya?Me-
Memanglah sebab orang pertama yang akan tengok saya adalah jurusolek.-Adzrin
Baby... Nak tengok, please.. Awak tak kesian ke dekat saya? Saya tak dapat masuk tau masa awak sarung cincin nanti..Me-
No lah.. Not now, okay? Bertunang nanti saya janji saya hantar gambar dekat awak, boleh?-Adzrin
Kalau macam tu, saya nak bertunang esoklah!Me-
Haha! Awak marah ke? Nanti saya pujuk awak, okey? Tapi janganlah tunang esok, kesian dekat family kita.. Okey, Adzrin?-Adzrin
Okey, tapi saya nak awak pujuk saya nanti. Boleh?Me-
Okay, I will.-Adzrin
Jumpa awak nanti, love..Aku mematikan telefon dan meletakkannya semula ke atas meja.
Semakin lama aku kenal dengan Faiq, semakin menyerlah sifat manjanya. Dia memang seorang yang manja ke? Tapi dia anak sulung? Dia kata dia hanya ada dua adik beradik, mungkin ibu bapa dia memang manjakan mereka sebab mereka hanya ada dua beradik kut. Fikirku.
2:15 tengahari
Zaza setia menemaniku disisi. Aku menggenggam tangannya erat untuk menghilangkan nervous.
Ting!
Telefonku berbunyi.
Adzrin!
-Adzrin
Awak jangan nervous okey, love? Everything will be fine. Saya yakin mommy akan suka dengan awak. Saya dah sampai depan rumah awak, yang lain pun dah masuk. Saya dekat dalam kereta ni. Saya tahu awak tengah nervous, tapi saya nak awak tahu yang kita berdua akan sama-sama rasa 'nervous' tu. Tapi mungkin awak akan rasa dua kali ganda dari 'nervous' yang saya akan rasa sebab awak akan nervous sekarang dan bila waktu nikah nanti. Dan saya pula akan rasa nervous tu, bila tiba waktu akad kita. Jadi, saya faham kalau awak tak boleh nak kawal nervous awak sekarang. Tapi, apa yang saya boleh cakap adalah... I love you so much, my love! Good luck, baby!Aku terharu dengan tutur katanya.. Kini, segala kisah antara aku dan Faiq seakan bermain di fikiranku. Aku tersenyum bahagia.
Aku hargai dengan usahanya untuk menenangkan aku, tetapi tiba-tiba aku dipanggil oleh ibu untuk turun ke bawah.
Aku tidak sempat membalas menggunakan ayat, aku hanya sempat menghantar emoji love yang berwarna putih kepadanya. Nanti aku akan jelaskan padanya, kenapa aku tidak membalas.
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...
Bab 26
Start from the beginning