PHED || BAB 8

36.5K 1.6K 56
                                    

Mata Thaqif melilau mencari kelibat Kausar. Kakinya melangkah ke ruang tamu. "Dah hensem pun sayang aunty ni" Thaqif dapat menangkap suara Kausar dari ruang tamu.

Matanya tertumpu ke arah Kausar yang seronok bermain dengan anaknya. Dibibir Kausar tidak lekang dengan senyuman dan ketawa.

Kakinya mula melangkah menuju ke arah mereka. Dia berdeham kecil. Kausar terus terdiam. Dia menoleh ke arah Thaqif. Senyuman kelat dilemparkan.

"Jom"

Dahi Kausar berkerut. "Jom pergi mana??"

Thaqif mengeluh kasar. "Semalam kau cakap anak aku demam. So jom la bawak dia pergi klinik" ajak Thaqif dengan nada yang dingin. "Aku tunggu dalam kereta"

Kaki Thaqif mula melangkah menuju ke kereta. Kausar masih berdiri kaku sambil mengendong Jabir. Thaqif menoleh semula lalu mengeluh kecil. "Jom la. Tercegat ape lagi??"

Kausar terus gelabah berlari menuju ke kereta Thaqif. Pintu kereta Thaqif ditutup. Thaqif mula menghidupkan enjin kereta lalu bertolak meninggalkan kawasan rumah tersebut.

Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya mendiamkan diri. Suasana menjadi sepi. Hanya kedengaran bunyi lagu di radio sahaja yang menyapa telinga mereka.

Sesekali Thaqif memandang sekilas ke arah Kausar yang seronok bermain dengan anaknya itu. Thaqif berdeham kecil. Kausar menoleh ke arah Thaqif yang fokus memandu.

"Jabir"

Dahi Kausar berkerut seribu. "Nama anak aku tu Jabir. Panggil dia Jabir bukan baby" tegur Thaqif.

Lidah Kausar kelu. Pandangannya mula beralih ke luar tingkap. "Aku ada benda nak cakap sikit dengan kau"

"Apa dia pakcik??"

Thaqif mengeluh perlahan. "Aku nak minta maaf pasal aku tengking kau semalam. Aku tau aku tak patut tengking kau macam tu. Aku terlampau ikutkan emosi"

"ohh takpe. Saya tak kisah pun pasal tu. Saya faham. Lagipun salah saya juga sebab sibuk hal pakcik. Maafkan saya juga ye" ucap Kausar.

Thaqif mengangguk sambil tersenyum tawar. "Ada lagi satu benda yang aku nak cakap"

"Ape dia??"

Thaqif menarik dan menghembus nafasnya. "Aku nak kau jadi babysitter anak aku" Mulut Kausar terlopong. "Dengar tak?? Aku cakap aku nak kau jadi babysitter anak aku"

"Iye dengar tapi kenapa saya??"

"Kalau ikutkan hati memang aku taknak ambik kau jadi babysitter anak aku. Kau ingat aku percaya kau?? Entah entah kau nak ambik kesempatan dekat family aku"

Dahi Kausar berkerut. "Even pakcik dah jumpa family saya , pakcik still tak percaya saya ke?? Ape yang saya cerita dekat pakcik pun pakcik tak percaya ke??"

Thaqif mengangguk. Kausar menepuk dahinya lalu menggeleng kecil. "Aku buat semua ni sebab anak aku. Dia nampak macam selesa dengan kau. So sementara aku nak dapat babysitter tetap untuk dia , aku nak kau jaga dia." Terang Thaqif.

Kausar mengangguk faham. "Tapi kenapa perlu cari babysitter yang lain?? Biar la saya jaga dia sampai besar"

"Sebab aku tak percaya kau" kata Thaqif. Kausar menjeling ke arah Thaqif. Kausar mengeluh kasar. Pandangan kembali ke arah luar tingkap.

•••

Selepas selesai pemeriksaan di klinik , kereta Thaqif mula meluncur laju ke pejabatnya. Keretanya diparking dihadapan wisma pejabatnya. Kakinya melangkah keluar dari kereta. "Tunggu aku dekat cafe. Nanti aku datang sana. Jangan bawak lari anak aku pulak"

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now