"Hey Iris right?" Tanya lelaki itu .
"Yes , and you are..?"
"Ayam....nama aku ayam"Iris menahan tawanya mendengar nama lelaki itu .
"Ayam? Pftt... srs lah?"
"Apa ? Okay lah ayam dari sotong kan?"Iris mengangguk tanda setuju sambil menahan tawanya itu .
"Ouh ya, sorry pasal tadi. Aku tak tahu pula kau budak pandai . Tapi macam mana kau boleh pindah sini. Sini sekolah lelaki kut."
"Tak apalah aku dah biasa. Aku masuk sini sebab aku kena buang dari STIA so papa suruh aku stay sini senang dia nak pantau aku"
"Kau buat kes apa ha? Sampai kena buang?"
"Aku belasah anak dato tu sampai lunyai . Dah sapa suruh dia hina aku memang mendapat laa"
"Pergh ganas kau ni. Eh alang-alangkan jom pergi DM sekali"
"Jomm!"
++
MILEA POV's
Aku tengok hanya ayam saja yang berperwatakan berbeza dari pelajar KUDRAT yang lain . Entah laa macam mana ayam ni boleh sesat jadi lembut , aku tengok yang lain elok je kerasnya .
END POV's
++
Setelah sampai mereka berdua beratur untuk mengambil makanan . Sesampainya giliran Iris, dia terdengar seseorang meminta orang lain memberi laluan seolah-olah seperti ada orang besar ingin melalui kawasan itu . Lebih menambah kehairanan Iris apabila tiada sesiapa yang berani membantah dan hanya memberikan sahaja laluan untuk mereka.
"Tepi .. tepi ...tepi"
Milea berpusing badannya ke arah ayam dan berbisik sesuatu.
"Ayam siapa tu? Asal semua orang ikut je cakap diorang semua? Diorang anak syurga ke? Tapi tak kan kut aku tengok sihat walhafiat wallepat liat lagi"
"Eh kau Iris bukanlah. Diorang tu ketua kat sini. Diorang geng form5 ha, lagi satu kalau nak selamat tolong jangan cari masalah dengan diorang terutama tu lelaki yang rambut kerinting tu"
"Asal?" Belum sempat Iris bertanya pada ayam , matanya tertumpu pada sosok lelaki yang 'selamba badak' mengambil tempat di hadapannya.
"Iris biar je dia potong kau okay . Jangan layan"
pujuk ayam pada Iris tetapi Iris dengan sifat keras kepalanya tidak dapat dipisahkan . Larangan baginya adalah satu arahan.
Iris tidak akan membiarkan dirinya merasa seolah ditindas , dia pasti akan melawan semula. Dia yang merasa geram dengan tindakan lelaki itu memberanikan diri untuk bersuara.
"Orang lain pun lapar juga tapi tak ada lah sampai potong line macam korang semua ni , kesian sekolah pandai, tapi pelajar dia tak ada adab"
Lantang Iris bersuara melepaskan geramnya pada lelaki itu. Suasana di situ menyepi seketika , semua pelajar di situ terkejut dengan tindakan berani Iris.
Ayam yang melihat tindakan Iris menepuk dahinya seraya menutup mulut Iris dengan tangannya.
"Arrr.... Kahar aku minta maaf lah...dia ni baru lagi . Dia tak tahu lagi"
Iris menolak kasar tangan Ayam dari mulutnya dan sengaja memerli Kahar.
"Kahar? Muka bukan main macho tapi nama macam bapak orang pakej anak dua"
YOU ARE READING
PHC: Kahar & Milea love story
RomanceABDUL KAHAR||MILEA IRIS Apakah yang bakal terjadi bila dua musuh jatuh cinta pada gadis yang sama. Siapa yang dapat si gadis? Dan siapa pilihan hati si gadis? "Pernyataan aku mencintaimu adalah pernyataan yang berlaku tidak hanya di hari itu tapi j...