PHED || BAB 11

38K 1.6K 55
                                    

Selesai sahaja Kausar menghias bilik itu , dia mengeluh kasar. Matanya memandang sekeliling bilik itu lalu tersenyum. Bilik itu bakal menjadi bilik Jabir dan juga bilik tidurnya.

Puan Nawra mendekati Kausar. "Wahh cantiknya bilik ni. Pandai Kausar deko bilik ni. Nanti jangan lupa claim bonus dekat Thaqif" kata Puan Nawra sambil ketawa kecil.

"Good idea"

Mereka berdua ketawa kecil. Thaqif menghampiri mereka lalu berdeham. Mereka berdua menoleh. Kausar sempat tersengih memandang Thaqif.

Mata Thaqif tidak lekang memandang sekeliling bilik itu. "Wahh bila ibu upah orang untuk deko bilik?? Kenapa tak bagitau Qiff dulu?? Lain kali biar Qiff yang uruskan"

Bibir Puan Nawra mengukir senyuman. "Cantikkan??" Thaqif mengangguk. "Tapi ini semua bukan ibu yang upah orang tapi Kausar yang deko bilik ni" terang Puan Nawra.

Riak wajah Thaqif berubah menjadi ketat. "Ohh patut la. Biasa je. Takde la cantik mana"

Kausar merenung tajam ke arah Thaqif. 'Punya la lama aku siapkan bilik ni , dia boleh cakap biasa je. Dasar hati batu' bisik hati Kausar. Panas hatinya apabila melihat riak wajah Thaqif.

"Ehh tadi bukan Qiff puji cantik ke??"

"Mana ada" tipu Thaqif.

Puan Nawra tersenyum menggoda ke arahnya sambil keningnya diangkat. "Jangan ego sangat Qiff. Nanti ego tu yang makan diri tau. Ibu keluar dulu. Jangan duduk berdua dalam bilik ni pula" pesan Puan Nawra.

Kelibat Iman muncul tiba tiba dari belakang lalu merangkul bahu Thaqif. "Hi Kausar" sapa Iman sambil tersengih.

"Hi" Kausar membalas sapaan Iman. Matanya sekilas memandang riak muka Thaqif yang dingin. Takut pula dia mahu berbual dengan mereka. Silap silap kena terkam dengan Thaqif. Rasanya lebih baik dia bermain dengan Jabir.

Thaqif memandang Iman. "Kau buat ape dekat sini?? Bukan tadi kau cakap nak balik ke?? Kenapa kau boleh terlajak datang sini??" Soal Thaqif.

Iman tersengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru. "Aku sebenarnya....rindu sangat dengan Jabir"

Thaqif tersenyum sinis. "Eleh rindu anak aku ke , rindu orang yang jaga anak aku??" Tanya Thaqif dengan sinis.

Iman tersengih lagi. "Ermm dua dua kot. Ala kalau aku rindu dia apa salahnya. Dia bukannya awek kau pun. Bukannya bini kau pun"

Thaqif merenung tajam ke arah Iman. "Kau sebenarnya suka perempuan tu kan??" Tanya Thaqif lagi. Iman mengangguk. "Ape yang kau suka sangat perempuan tu?? Aku tengok dia tak la cantik mana. Selekeh. Macam makcik makcik" kutuk Thaqif.

"Ehh kau. Sedap je mulut mengata orang. Dia cantik la. Mata kau yang rosak. Lagipun rupa cantik tak penting. Yang penting hati cantik. Bersih" tak pasal pasal Iman kena buka ceramah percuma pada Thaqif.

Thaqif menjeling. "Tapi kan. Kenapa kau macam tak suka aku rapat dengan Kausar?? Kau suka dia ehh??" Tanya Iman sambil mengangkat kedua dua belah keningnya.

"Takde masa"

"Yeke?? Orang tua cakap mula mula benci lama lama nanti...." usik Iman.

"Dah la kau. Tak payah mengarut. Daripada aku layan kau , lebih baik aku pergi main dengan Jabir" Thaqif mendekati Jabir dan Kausar.

"Elelelele nak lari la tu. Kausar , saya pergi dapur dulu tau. Hati hati nanti ada singa terkam awak pula" usik Iman lalu melangkah keluar dari bilik itu.

Kausar memandang wajah dingin Thaqif. Dia menahan dirinya dari ketawa. 'Betul la cakap Iman. Rupa dia macam singa kalau tengah marah' bisik hati Kausar.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang