"Kalaulah semudah tu, Bella..." Ryan tersenyum pahit.
Bella tidak tahu kalau keadaan masih menyukarkan mereka. Bella tidak mahu berpisah dari Ryan lagi begitu juga dengan Ryan. Namun, jika masalah ini tidak menemui penyelesaian utuh di hujung jalan, mereka pasti terpaksa korbankan hubungan yang hampir sempurna yang telah mereka perjuangkan selama ini.
Kini giliran Bella yang meraih tangan Ryan, "Look, this might sound ridiculous. Hanya ni yang dapat saya fikirkan sekarang. Awak boleh saja turun takhta dan pindah dengan saya as long as we're together..."
"Jadi apa yang akan terjadi pada Gennevies? Diabaikan tanpa pemimpin?"
"Entahlah...find someone else?Awak dah berkhidmat secukupnya untuk negara ni. Beri peluang pada orang lain. Saya pasti mereka akan faham."
Ryan terdiam mendengar cadangan Bella yang agak... Bella kemudian sedar apa yang telah dia katakan pada raja itu. Bella terus rasa bersalah kerana telah mencadangkan sesuatu yang mustahil.
"Oh my... I'm sorry. Saya kedengaran selfish. Ryan, saya tak bermaksud begitu. Saya hanya-"
"Tak apa. Saya faham. Awak cuma mahu yang terbaik buat kita."
Hening seketika. Ah, Bella tak sepatutnya cadang yang bukan-bukan pada Ryan. Walaupun mereka begitu rapat, ia bukan bermakna untuk Bella sesuka hati melampaui batas yang sedia ada. Bella tetap hormat sosok Ryan sebagai seorang Raja Gennevies.
"Listen, idea tadi tu sangatlah childish dan selfish. Ya lah, mana mungkin hanya kerana saya, awak pula sesuka hati turun takhta." Bella masih berusaha untuk menjernihkan keadaan. Diam Ryan sekarang membuatnya sedikit seram.
Ryan merenung tepat ke anak mata Bella dan tersenyum kecil, "I have someone in mind yang boleh pikul tanggungjawab ni."
Eh? Bella terkebil-kebil memandangnya. Jadi Ryan tidak marah aku? Apa maksudnya dengan 'I have someone in mind' pula ni?
"Maksud awak?"
"Mereka benci saya. Lima tahun saya perintah negara ni rasanya sudah cukup buat mereka rasa sengsara. Tapi bukan bermaksud kerana saya tak buat kerja yang bagus. Masalahnya mereka akan tetap benci saya even saya sudah buat yang terbaik untuk kerajaan ni. Jadi saya rasa inilah masa yang terbaik untuk undur diri. Ketua Adat pasti berbesar hati kalau saya pergi ikut awak sebab bukan saya yang mereka mahukan selama ni tapi Noah."
Bella jadi faham 'mereka' yang Ryan maksudkan itu ialah orang-orang atasan. Bella hanya mengangguk kecil kepalanya.
"Jadi awak tetap ikut saya?"
"Ya. As long as we're together. Saya akan cuba fahamkan Noah kelak. Saya pasti Noah tak akan rasa terbeban sebab dari gayanya yang sekarang, saya rasa dia dah bersedia."
"Out of all people... awak pilih Noah?"
"Yes?"
"Noah tu gayanya macam masih belum matang."
"He's 24. Dia tu nampak saja macam tu tapi orangnya bijak. Boleh diandalkan. Ketua Adat lebih suka kalau Noah yang naik takhta. Tapi dia tak dapat bantah sebab tu dah memang niat ayahanda dari dulu nak saya yang naik takhta sedangkan ayahanda pernah berjanji pada Sir Nicholas tapi malah 'dikhianati' pula. Tragis."
"Macam mana kalau Noah reject?"
Ryan tersenyum, "Ini lah kehidupan diraja, Bella. Kalau seorang raja itu sudah berkehendak dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap seseorang itu, orang itu akan terus tahu tanggungjawabnya apa. Ayahanda pernah kata begitu. Ayahanda awak pun begitu, bukan?"
Kini Bella sedar bahawa ayahandanya telah berkehendak dan meletak kepercayaan ke atasnya. Mahu tidak mahu, sudah tiba masanya untuk Bella pikul tanggungjawab itu.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...
Bab 59
Start from the beginning