"Awak buat apa ni?" tanya Taeyeon.
"Saya kena push up," kata Baekhyun.
"Oh buatlah, saya teman." kata Taeyeon.
Semangat Baekhyun kembali pulih. Dia segera melakukan hukuman yang diberikan.
"50...51....52....53....54....55...56..Taeyeon, harini kita--"
Baekhyun mengangkat kepalanya untuk memandang Taeyeon tapi alangkah terkejutnya dia apabila dia mendapati orang yang duduk di hadapannya ialah Cikgu Jong Kook.
"Buatlah cepat. Saya teman," kata Cikgu Jong Kook tersengih.
Semua pelajar mentertawakan Baekhyun. Cikgu Jong Kook pula mengangkat-angkat keningnya sambil tersengih.
"Hahahahahahahaha!" Chanyeol ketawa bergolek-golek.
"Baekhyun Baekhyun *geleng kepala*" kata Suho.
"*menguap* huwaaaaaaa! Kenapa korang gelak?" tanya Lay.
"Kau ni lambatlah Lay! Aku malas nak cerita balik nanti kau tak faham lawak aku," kata Tao.
"Lay,Baekhyun...hahahahaha....Baek....haha..." Kai ketawa tidak berhenti.
"Kenapa dengan Baekhyun??" tanya Lay ingin tahu.
"Baekhyun berangan, dia ingat Taeyeon betul-betul ada dekat depan dia. Hahaha...lepastu..dia baru sedar tu Cikgu Jong Kook...hahaha," kata Kai yang ketawa tidak berhenti.
"Kejap eh Kai," kata Lay. Dia mula memeriksa Kai di bahagian kocek dan poket baju dan seluar.
"Kau cari apa?" tanya Kai.
"Lawak kau..lawak kau mana eh? Aku dari tadi tak faham lawak kau sebenarnya.." kata Lay.
"Kau ni aku debik kang, dari tadi taknak cakap.." kata Kai.
"Dua dua lembab.." kata Kyungsoo serius.
"E'eh pendek ni, marah je tahu. Kau kenapa asyik marah je? Datang bulan eh dik?" kata Chanyeol.
"Eh kau capang~ melebih!" Kata Kyungsoo. Dia mula menarik telinga Chanyeol sekuat-kuat hatinya.
"Aduh aduh! Lepaslah!" kata Chanyeol.
Sementara itu...
"Tadi ada semangat sekarang dah hilang balik? Nak saya panggil Taeyeon?" tanya Cikgu Jong Kook.
"Eh tak payah cikgu! Saya okay!" kata Baekhyun. Dia segera melakukan hukumannya sampai habis.
Sebaik sahaja Baekhyun selesai menjalani hukuman, dia berdiri semula.
"Okay semua! Hari ni kita main bola keranjang! Lelaki lawan lelaki dulu." kata Cikgu Jong Kook.
Beberapa minit kemudian, Hera dan Luhan muncul. Semua pelajar melihat mereka.
"Luhan! Hera! Mari sini!" kata Cikgu Jong Kook.
Mereka berdua pun mula berjalan mendekati cikgu Jong Kook.
"Anyeonghaseyo, *tunduk* maaf cikgu kami lambat, kami ada perbincangan tentang lawatan kelab alam sekitar nanti," kata Luhan.
"Oh tak apa, kamu boleh masuk dalam gelanggang sekarang. Kita akan bermain bola keranjang. Lelaki lawan lelaki dahulu." kata Cikgu Jong Kook.
"Baik," kata Luhan.
Semua pelajar lelaki mula berkumpul di dalam gelanggang untuk perlawanan bola keranjang. Pelajar perempuan duduk berdekatan gelanggang untuk melihat para pelajar lelaki bermain.
"Okay semua dah sedia?" kata Cikgu Jong Kook.
Pembahagian kumpulan:
Kumpulan A:
- Luhan
-Tao
-Chen
-Xiumin
-Kris
-LayKumpulan B:
-Kyungsoo
-Suho
-Chanyeol
-Baekhyun
-Sehun
-Kai"PFFFTT!"
Bunyi wisel ditiup. Perlawanan akhirnya dimulakan. Mereka mula bermain bola keranjang manakala pelajar perempuan pula bersorak untuk mereka.
Hera hanya duduk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Kyungsoo dan Luhan.
"Kyungsoo! Ambil ni!"
Chanyeol membaling bola ke arah Kyungsoo tetapi dihadang oleh Luhan.
"Ish!" Kyungsoo menjeling Luhan.
Tiba-tiba, Kyungsoo cuba mengejar Luhan. ketika Luhan sedang menjaringkan bola, Kyungsoo melompat dan cuba menghadang Luhan menggunakan siku.
"Argh!" jerit Luhan.
Hera terkejut apabila ternampak tindakan Kyungsoo. Luhan jatuh terbaring menyebabkan permainan terhenti.
"PFFT!" Cikgu Jong Kook membunyikan wisel sekali lagi. Para pelajar yang lain tertanya-tanya apa yang berlaku.
"Weh kenapa?" tanya Sojin.
"Luhan..dia terjatuh.." kata Hera. Hera mula berdiri untuk melihat keadaan itu dengan lebih jelas.
"Kyungsoo! Awak buat apa tadi?!" marah Cikgu Jong Kook.
"Saya cuba halang dia lah cikgu!" marah Kyungsoo.
"Tapi cara awak tu salah!" kata Cikgu Jong Kook.
Kyungsoo hanya menjeling. Dia mula berjalan menuju ke bangku kosong untuk menenangkan dirinya sendiri. Hera pula berlari mendekati Luhan.
"Luhan! Awak okay?" tanya Hera.
"Okay.." kata Luhan tersengih.
"Chanyeol! Sehun!" Tolong bawa Luhan pergi bilik rawatan." Kata Cikgu Jong Kook.
"Eh takpe cikgu, saya boleh jalan lagi." kata Luhan.
"Haa yelah," kata Cikgu Jong Kook.
Luhan pun berdiri sambil dibantu oleh Sehun.
KRINGGGGGGGGG!
"Okay kelas bersurai!" kata Cikgu Jong Kook.
Semua pelajar berjalan bersama-sama menuju ke kelas mereka.
"Hera,"
Hera terkejut apabila ternampak Luhan berjalan di sebelahnya.
"Hei, awak okay tak ni?" tanya Hera.
"Okay. Jangan risau." Kata Luhan. Dia menggosok-gosok kepala Hera.
"Yah! Rosaklah stail rambut saya," kata Hera.
"Hehehe sorry," kata Luhan.
Mereka berdua pun berjalan bersama menuju ke kelas. Manakala Kyungsoo pula berjalan seorang diri. Dia pergi ke sebelah kanannya.
"Hera,"
Kemudian, dia pergi ke sebelah kirinya.
"Hei, awak okay tak ni?" dengan gaya dan suara seperti Hera.
Tangannya dimasukkan ke dalam kocek dan dia bergerak ke sebelah kanan pula.
"Okay, jangan risau." Kyungsoo cuba meniru suara Luhan.
"Yah! Rosaklah stail rambut saya!" kata Kyungsoo sambil menggosok-gosok kepalanya sendiri.
Dia berjalan ke sebelah kanannya pula,
"Hehehe, sorry."
Rupa-rupanya Kyungsoo mengejek perbualan Luhan dan Hera. Sama ada dia cemburu atau dia betul-betul meluat.
"Kau kenapa Kyungsoo? Gila eh cakap sorang sorang?" tanya Chen yang baru sahaja selesai mengikat tali kasutnya.
"Diamlah," kata Kyungsoo. Dia mula berjalan meninggalkan Chen.
"Sikit-sikit marah, period agaknya." rungut Chen sendirian.
--------------------------------------------
A/n: VOTE COMMENT ^^
YOU ARE READING
Love Me Back | Kyungsoo
FanfictionLOVE IN THE AIR mengisahkan Hera yang meminati Kyungsoo dalam diam, namun Kyungsoo sering bersikap kasar terhadapnya. Perasaan cemburu mula menguasai Kyungsoo apabila dia sering ternampak Luhan bersama Hera. Apa yang akan berlaku seterusnya? Mampuka...
BAB EMPAT
Start from the beginning