" Betullah, abang dekat hadapan sayang ni. Sayang sihat," tanya Syed. Betapa gembiranya melihat isterinya berada di hadapannya.
Namun Natrah mendiamkan diri sambil kakinya laju melangkah ke kaunter pembayaran. Syed mengeluh.
Natrah menghulurkan duit lantas tangan nya mnegangkat barangan namun Syed pantas mengenggam barangan tu. Tangan sebelahnya memegang tangan isterinya.
Natrah menariknya tangan lalu berlalu pergi meninggalkan Syed di situ. Syed mengejar isterinya. " Sayang, masuk kereta. Panas ni lagipun jauh kot rumah Mak Munah," Syed memujuk isterinya.
Natrah tidak menghiraukan suaminya, kaki dia mempercepatkan langkah kakinya. Nak tak nak Syed kena mengekori isterinya. Keretanya dia biarkan di kedai tadi.
" Sayang ni kan, kalau tak melawan memang tak boleh ke. Elok-elok boleh duduk aircond nak berpanas juga," tutur Syed. Natrah menjeling suaminya.
" Saya tak suruh awak ikutkan," ujar Natrah. Syed tersenyum, akhirnya isterinya bersuara.
" Rindunya dengar sayang membebel, sayang membebel macam alunan muzik yang merdu dekat telinga abang," ucap Syed sambil gelak.
Sakit pula hati aku. Natrah menjeling tajam ke arah Syed, Kelihatan suaminya sudah ketawa. " Kelakar ke," marah Natrah
" Kelakar, tambah-tambah sayang yang cakap," ujar Syed. Dia tak tahu dia suka melihat isterinya marah.
Natrah mencebik, suami dia lagi layan, lagi dia merepek. Natrah menaiki anak tangga masuk ke dalam rmah, barang di tangan suaminya, dia ambil.
" Abang nak pergi ambil kereta kejap, nanti abang datang balik" ujar Syed sambil ingin berlalu meninggalkan isterinya.
" Tu pun kalau saya ada dekat sini," ujar Natrah.
" Tak jadilah ambil kereta, takut sayang lari," Syed menaiki tangga mendapatkan isterinya. Natrah sudah ketawa tahu takut isteri dia lesap.
" Rindu senyuman sayang," kata Syed. Mati terus senyuman Natrah. Syed memandang isterinya, betapa rindunya dia kepada isterinya. Dia mengusap lembut perut isterinya.
" Anak-anak ayah rindu ayah tak," ujar Syed sambil dia meletakkan telinganya di perut. Dia teruja apabila anak-anaknya memberi respons.
Namun itu hanya sekejap sahaja kerana Natrah berlalu pergi meninggalkan Syed. Isterinya tiak dapat diduga.
Natrah menyuakan bubur ke mulut Mak Munah. Dari tadi dia hanya mendiamkan diri. Syed dari tadi mengekori dia sampai nak ke tandas pun dia akan tunggu. Takut benar isterinya hilang.
Syed memerhatikan isterinya, sungguh kasih isterinya kepada Mak Munah. Mungkin isterinya rasa bersalah terhadap kematian Omer.
" Mak, memang tak sudi nak jaga Natrah ke," tanya Natrah perlahan. Dia tidak menyangka Mak Munah sanggup memberitahu Syed tentang keberadaan dia.
" Bukan itu maksud mak tapi Natrah perlukan suami tambah-tambah Natrah degil. Mak tak sanggup nak tanggung risiko," ucap Mak Munah perlahan.
"Tapi mak," Natrah memberhentikan kata-katanya, " Dia sudah mempunyai kehidupan yang lebih baik tanpa Natrah di sisi dia. Lagipun Natrah sudah tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia," ucap Natrah.
"Natrah, dia yang Natrah maksudkan tu suami dan bapa kepada Alisha dan anak-anak Natrah yang bakal lahir. Sanggup Natrah tengok mereka membesar tanpa keluarga yang sempurna di sisi mereka."
" Dia boleh dapat ibu yang lebih baik daripada Natrah, mak. Natrah tak layak untuk menjadi ibu mereka, mak. Natrah hanya akan membebankan orang sekeliling Natrah sahaja. Semua yang berlaku ini semua satu kesilapan. Mungkin takdir yang tersalah alamat," keluh Natrah perlahan.
Mak Munah mengeleng-gelengkan kepala. Mungkin hati Natrah sudah banyak kali dilukai.
" Natrah. Mungkin itu semua perasaan Natrah sahaja. Natrah kira beruntung kerna suami Natrah sanggup mencari. Dia takkan cari kalau dia tak sayang. Betul tak, Syed," tegur Mak Munah.
Syed yang sejak tadi mendengar perbualan hanya menganggukkan kepalanya. Natrah tidak memandang muka suaminya langsung.
" Apa gunanya sebuah perkahwinan, kalau si isteri tidak sanggup berkongsi susah senang bersama," kata Syed perlahan.
"Tapi, perkahwinan yang dibina tanpa rasa cinta ibarat membina istana pasir di tepi pantai. Walaupun banyak kali dibina, dilindungi tetap akan pergi dibawa ombak pantai," lawan Natrah.
" Kenapa kita perlu membina istana pasir sayang, kalau kita mampu mmbina istana kita sendiri. Sayang, kadang-kadang mulut boleh menidakkan semuanya tapi namun hati tidak mampu," Syed menunjukkan keratan akhbar yang tersusun rapi di tangannya.
" Saya tak suka awak ambil barang sayalah," marah Natrah. Natrah ingin mendapatkan balik keratan akhbar tu dari suami. Suaminya suka usik barang dia, geram dibuatnya.
" Gambar abang kot, kalau nak bayarlah," Syed menaikkan tangan ke atas. Mak Munah hanya memerhati je mereka berdua. Dia gembira melihat mereka bahagia.
" Kalau saya dapat siaplah awak," ujar Natrah sambil menjengkitkan kaki untuk merampas keratan akhbar daripada suaminya.
" Baik, awak bagi kalau tak saya nangis," ugut Natrah.
" Sikit-sikit ugut, sikit merajuk pastu lari rumah. Itulah kerja sayang Bilalah sayang nak matang sikit, dah nak masuk anak tiga orang dah," Syed menurunkan tangannya. Dia hanya bergurau tapi bila melihat reaksi isterinya, memang lepas ni dia kena humban ke lautlah jawabnya.
" Ada saya suruh awak pujuk. Tak ada kan. Ada saya suruh awak datang sini, ada? Tak ada. Kalau awak rasa awak tak suka dengan perangai saya, awak boleh balik. Pintu itu terbuka luas untuk awak pergi," marah Natrah. Dia paling pantang kalau orang cakap tak guna otak.
" Sayang itu bukan maksud abang. Abang tak terniat pun nk lukakan hati sayang. Abang cuma," Syed menarik nafas perlahan.
" Abang cuma nak kita bina kembali mahligai ini, bersama-sama dengan anak-anak kita. Sayang tak rindukan Alisha ke. Alisha sangat rindukan sayang sapai demam-demam anak kita tu." Dia mendekati Natrah. Syed mengusap perlahan perut isterinya.
Namun Natrah menepis kasar. " Alisha boleh hidup di samping awak kan. Saya tetap dengan pendirian saya. Tolonglah Dr Syed Arshad Mikael, fahami saya. Saya tak ingin menyakiti sesiapa lagi. Kita berpisah. Itu sahaja permintaan saya," pinta Natrah.
Syed memandang mata isternya, dia terluka dengan kata-kata isterinya. Begitu mudah isterinya meminta cerai dari dia. Tiada wujud lagi ke rasa cinta isterinya kepada dia.
" Baik kalau itu yang sayang inginkan. Abang akan tunaikan segala permintaan sayang tapi dengan satu syarat, awak kena berada di samping sehingga awak bersalin macam syarat dulu. Kalau tak, jangan awak mimpi untuk pergi dari hidup saya," tegas Syed sambil pergi mennggalkan isterinya sendirian.
Natrah tahu suaminya teramat marah. Mak Munah hanya memerhatikan Natrah yang sedang menangis. Mak Munah tahu apa yang Syed lakukan hanya untuk mendapatkan isterinya semula.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...
BAB 45
Start from the beginning