Di bilik tidur...

Farween mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki ke dalam bilik tidur yang menempatkan bakal isteri Ezekiel. Ezekiel dan abangnya yang berada di belakang membuntuti.

Dia melihat sekujur tubuh yang pengsan tersebut. 'Hm, boleh tahan cantik. Patut lah Ezekiel nak kahwin dengan dia.' Getus hati kecil Farween apabila mendekati katil.

"Bangunkan dia," arah Farween. Ezekiel kemudian menghampiri Irena lalu mengangkat dagu Irena. Dielus lembut bibir pucat Irena sebelum dia menunduk lalu mencium lembut bibir Irena.

Ezekiel memasukkan sedikit lendiran dari lidahnya sebelum melepaskan bibir munggil tersebut. Irena serta-merta menggelengkan kepalanya dan bernafas dengan laju.

Tak lama kemudian, Irena mencelikkan matanya. Benda pertama yang menghiasi pandangannya ialah wajah Ezekiel.

"Hai, cikgu." Pipi gebu Irena dielus lembut. "E...ezekiel..."

"Ya. Rindu aku?" Kening Irena pula dielus-elus perlahan. Irena kemudian menolak tangannya lembut dan berpaling ke tepi.

"Saya nak ba... arghh!!" Irena yang ingin bangun tersebut terkejut apabila terpandang susuk tubuh seseorang yang agak menyeramkan. Menyeramkan seperti ahli sihir.

"Ezekiel!" Dia terus mendapatkan tubuh Ezekiel. Memeluk tubuh tegap itu secara spontan. "Awak..."

"Dia takut aku?" Soal Farween dan memandang gadis itu dengan pandangan yang pelik.

Ezekiel tersengih kecil. "Hodoh sangat muka kau."

"Ish! Mana ada hodoh." Farweeq kemudian tergelak kecil. "Si...siapa dia?" Soal Irena perlahan.

"Adik Farweeq." Irena mengangguk faham. "Dia akan dandankan kau mulai harini." Irena memandang mata Ezekiel. Dandan? Apa maksudnya?

"Dandan? Untuk apa..."

"Kahwin la, cikgu." Cantas Ezekiel laju. Farweeq dan adiknya diam tak menyampuk. "Siapa yang nak kahwin?!"

"Kita."

"No..."

"Shh shh..." Ezekiel meletakkan jari telunjuknya pada bibir Irena. "Saya. Tak. Nak. Awak tak faham bahasa ke?" Tutur Irena geram.

"Kau baru je bangun dari pengsan... jangan sampai aku buat kau terbaring lelah sampai pengsan sekali lagi, cikgu." Irena berkerut marah. Lelaki ini memang gila!

"Saya takkan pernah jadi isteri awak." Bisik Irena keras. Tak mahu Farweeq dan Farween mendengar perbualan mereka tersebut.

Ezekiel hanya tersenyum sinis sesaat sebelum berwajah beku seperti biasa. "Farween." Dia kemudian memanggil Farween. Tetapi pandangannya tetap ke arah Irena.

"Ya."

"Ada apa yang perlu aku buat sepanjang 30 hari ini?"

"Kau tak boleh jumpa dia sehinggalah tiba Malam Berdarah." Balas Farween lembut. "Baik." Ezekiel mencium pantas leher jinjang Irena yang terdedah sebelum bangun berdiri.

"See you soon, future wife." Irena terpinga-pinga sendirian.

"Ezekiel, tunggu!"

"Ezekiel!"

"Jadi... nama awak Irena, kan?" Irena memberikan tumpuan kepada 'ahli sihir' yang berada di hadapannya saat ini. "Y...ya..."

"Farween." Farween menghulurkan tangannya ke arah Irena. Irena perlahan-lahan menyambutnya dan tersenyum janggal.

"Jangan takut. Saya takkan buat apa-apa terhadap awak. Saya di sini hanya ingin mendandankan awak."

"Dandan apa? Saya tak faham..."

Mrs. Ezekiel : The Werewolf LoveWhere stories live. Discover now