PENULIS: MUHAMMAD ANUAR BIN FISOL (NAMA PENA AL-MUSTHAFA), SMFF, TAHUN 3
Pengenalan
Nila Empayar.
Negeri sebelah timur benua Artasia, sebuah empayar besar menguasai Semenanjung Nila, pengasas empayar ini ialah PADISHAH NILA UTAMA. Disebabkan itu, belahan timur benua Artasia dinamakan dengan Nila sempena raja pertama empayar tersebut.Nila empayar mempunyai 3 keluarga penguasa ataupun dikenali sebagai hausa. Antaranya ialah Hausa Al-Musthafa, Hausa Arteida dan Hausa Ranian, ketiga-tiga hausa ini mempunyai jajahan mereka yang tersendiri.
HAUSA AL-MUSTHAFA
Hausa Al-Musthafa merupakan hausa yang memerintah Nila empayar, ketua keluarga mereka dinamakan sebagai Padishah, Padishah yang mengetuai Hausa Al-Mustahafa ialah Padishah Alam Buana dan merekalah penguasa yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Nila. Hausa Al-Musthafa menguasai kota-kota di bahagian barat empayar dan disitulah terletak ibu kota empayar iaitu di Kota Nila. Antara kota yang berada di bawah pengaruh hausa ini ialah Kota Cendana. Hausa Al-Musthafa ini sangat mahir dalam bidang pertahanan kota dan itulah kelebihan mereka, dalam pada masa yang sama, dasar yang diamalkan oleh Padishah muda tersebut ialah mementingkan cendekiawan dan memastikan semua anak -anak Nila mendapat pelajaran yang sempurna. Berkenaan raja mereka Padishah ataupun Padishah Alam Buana seorang maharaja muda yang terpaksa menggalas tanggungjawab paduka ayahanda yang tewas di peperangan Shaktimuna menentang Empayar Bima Sakti. Baginda menaiki tahkta dan menggantikan paduka ayahanda.
HAUSA ARTEIDA
Manakala Hausa Arteida merupakan penguasa di belahan timur Nila dan pusat pemerintahan keluarga ini di Kota Utara. Mereka mempunyai pengaruh di Kota Utara dan juga di Kota Veresta, ketua keluarga ini dikenali sebagai Lodra Armana. Hausa ini sangat menghargai keberanian dan merupakan jiwa satria, disinilah para kesatria dilatih dan semangat mereka ditempa, kebiasaanya sewaktu perang tercetus diantara Nila Empayar dengan kerajaan lain maka hausa ini bertanggunjawab menyediakan pasukan yang akan menjadi pelindung kepada Padishah.
YOU ARE READING
Padishah i : PADISHAH
Historical FictionMengisahkan tentang pemerintahan dan perjuangan Padishah Alam Buana dalam membantu saudaranya, Lodra Armana. (Padishah ialah seorang ketua pemerintah)