Terbuntang mata Eshan dengar syarat yang Baariq usulkan.

"Eshal?"

Baariq angguk laju. Tidak main-main.

"Tapi... kenapa? Kenapa sampai aku mesti kahwin? Dengan Eshal pulak tu..." Eshan bertanya hairan bercampur pelik dengan syarat yang Baariq tetapkan. Haruslah dia pelik. Kenapa mesti Eshal Maisarah? Tapi... Eshal itu... sepasang mata berkaca Eshal terbayang di ruangan mata Eshan. Ada sesuatu yang tersembunyi dalam anak mata itu. Eshan yakin itu!

"Sebab aku dah anggap Eshal tu adik aku. Aku serahkan adik aku kepada kau sebagai syarat untuk aku bagitahu kau dimana Sarah. Sebaik sahaja kau lafazkan akad nikah dengan Eshal, aku sendiri yang akan bawa kau kepada Sarah. Apa yang kau mahu buat dengan Sarah lepas tu, bukan lagi urusan aku. Boleh kau terima syarat aku?"

Lagi Eshan tergemap. Rasa macam Baariq tengah karang lawak pulak dengan dia sekarang ni tapi muka Baariq tu tak ada sikit pun tanda-tanda tengah melawak. Jadi Baariq serius?

"Kenapa susah sangat kau nak bagitahu aku dekat mana Sarah? Kenapa sampai aku perlu kahwin dengan Eshal? Kau ni dah gila ke apa Riq?" Tak semena-mena itu yang Eshan balas. Sedikit membentak. Macam tak logik pulak alasan Baariq tu. Ingat nikah kahwin ni perkara main-main?

Baariq lorek senyuman nipis. Perlahan dia tegakkan duduknya.

"Aku memang dah lama gila, Han. Cuma kau yang tak tahu. Bukan kau tak tahu tapi kau tak pernah nak ambil tahu pun! Aku jadi gila macam ni sejak kau tinggalkan aku. Kau faham tak?"

Eshan makin, tak faham. Apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Baariq? Dia tinggalkan Baariq?

"Kau tak tahu apa yang dah jadi dekat sini, Han. Kau tak ada masa Sarah tengah derita. Sarah tengah sakit. Kau tak ada Han! Sebab kau tak ada lah, aku jadi macam ni. Aku yang pikul amanat dari orang-orang yang sayangkan dia." Ternaik satu oktaf suara Baariq.

"Memang. Memang aku tahu Sarah ada dekat mana selama ni. Macam mana boleh aku tahu? Sebab aku... aku yang jaga Sarah. Aku yang kutip Sarah dan Waeez lepas Waazin tu seksa diorang. Aku yang ada dengan Sarah dan Waeez... sehinggalah hari Waeez meninggal. Semuanya berlaku depan mata aku! Aku yang kutip Sarah lepas Waazin dan Joanne tak guna tu campak Sarah macam kain buruk lepas dia rampas anak-anak Sarah. Aku yang jaga Sarah. Aku yang bagi Sarah kekuatan untuk dia bangun semula. Sebab tu... sebab tu bukan mudah untuk aku serahkan Sarah semula pada kau, Han. Bukan mudah. Kalau kau mahu tahu Sarah ada dekat mana, kau juga perlu korbankan sesuatu. Kahwin dengan Eshal dan terima seadanya Eshal."

"Tapi aku masih lagi tak faham. Kenapa kau nak aku kahwin dengan Eshal?"

"Sebab Eshal kekuatan Sarah. Eshal perlu ada dimana saja Sarah berada. Diorang diperlukan antara satu sama lain. Kau tak boleh ambil salah seorang."

Eshan blur. Masih. Tak. Faham.

"Kalau aku tak kahwin dengan Eshal?"

"Kau tak akan jumpa Sarah sampai bila-bila. Aku janji yang kau tak akan jumpa dia dan aku sampai bila-bila." Baariq sengaja ugut Eshan. Sengaja suaranya ditekankan, ada ketegasan disitu. Baariq akan lakukan apa sahaja untuk memastikan rancangan dia dan Nafla berjalan dengan lancar tanpa Eshan syak apa-apa.

Eshan sedikit tersentak dengan kata-kata Baariq. Sungguh tekad nampaknya Baariq.

"Yakin? Kau yakin aku tak kan jumpa Sarah tanpa minta bantuan dari kau?"

"Sarah ada dalam genggaman tangan aku, Han. Kau tak kan jumpa dia. Kalau sebelum ni aku berjaya sorok Sarah tanpa pengetahuan sesiapa pun, kau rasa aku tak mampu nak buat macam tu lagi?" soal Baariq dengan senyum sinisnya.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now