BAB 7

4.7K 189 6
                                    

PAKAIN DIKEMASKAN ke dalam beg galas yang aku bawa. Sudah tiba harinya aku perlu pulang ke rumah kedua orang tua aku kerana sudah genap seminggu aku berada dengan isteriku.

Sejak hari pertama lagi aku di rumah dua tingkat yang sesuai untuk pasangan yang sudah berkahwin ini, tidak berhenti aku langitkan doa semoga tiada perkara buruk yang bakal terjadi ke atas aku dan Evelyn apabila aku sudah pulang ke rumah umi dan abah nanti.

Entah mengapa, hati ini gusar saja sepanjang berada di sini. Fikiran sering terbayang sebarang kebarangkalian perkara buruk yang bakal terjadi. Sungguh aku bimbang sekali.

Sepasang tangan yang tiba-tiba hadir melingkar di pinggang dari belakang menyentakkan tangan aku yang sedari tadi terkaku keras dek memikirkan perspektif buruk yang kian merajai diri.

"Hati-hati tau dekat sana nanti. Mata tu jaga bila dengan perempuan lain. Dengan saya, tak apa. Tak payah jaga pun tak apa sebab tak berdosa." Terkekeh kecil suara lunaknya itu ketawa.

Aku juga turut tertawa mendengarkan bicaranya. Dilurut rambut yang diikat kemas itu.

"Baiklah, sayangku Evelyn Qiara. Saya ni pakai topi je memanjang. Tak sampailah nak pandang perempuan selain isteri saya."

Wanita itu menjeling manja dengan bibir yang tercebik.

"Iyelah tu."

"Okaylah. Saya dah kena gerak ni. Apa-apa, beritahu saya. Duit tak cukup ke, atau nak beli barang beritahu saya. Nanti saya transfer duit. Okay?"

"Okiee!" Dia mengenyit sebelah matanya sambil tersenyum comel.

Spontan bibirku merekah dengan senyuman. Terhibur akan kecomelannya yang tidak henti itu. Aku cubit pipinya sekejap.

"Assalamualikum, Lyn."

"Waalaikumsalam."

Bohonglah kalau hati aku tidak rasa berat ingin biarkan dia seorang diri seperti selalu tapi aku terpaksa.

Kaki aku mula melangkah ke kereta. Namun belum sempat aku menekan punat kereta, namaku diseru oleh suara lunak yang hadir dari belakang.

Lantas, aku menoleh.

"Kenapa, Lyn?"

Dia tidak terus membalas tapi berlari kecil ke arahku. Sebaik itu, tubuhku terus didakap erat olehnya. Bagaikan berat juga hatinya untuk melepaskan aku pulang ke pangkuan keluarga aku.

"Tolong, jaga diri. Saya dekat sini, hanya nama awak saja yang ada dalam kepala saya. Hanya wajah awak saja yang menjadi igauan saya siang dan malam. Saya dah tak ada sesiapa, Faahad. Awak seorang saja."

Dia mula mendongak. Aku terkelu tatkala melihat butiran jernih membasahi pipi mulusnya.

"Jadi.. Andai kata kalau rahsia tentang hubungan halal kita ni terbongkar pada ahli keluarga awak, tolong setia dengan saya. Hanya pada awak seorang saja, saya bergantung harap. Saya takut, Faahad. "

Makin deras mutiara jernih miliknya itu membasahi pipi.

Aku gigit dinding pipi dari dalam. Air matanya buatkan aku juga rasa sebak. Bicaranya buat dada aku kian sesak.

"Evelyn, listen." Aku tekup kedua pipinya. Meminta dia untuk memandang aku.

Aku tarik nafas sedalamnya sebelum dihembus perlahan. Saat itu juga tubir mataku mula berair. Sakit. Melihat air matanya buat aku sakit. Kerana dia sudah kerap tersakiti.

"Tolong, jangan nangis," rayuku, lemah.

"Saya akan cuba jaga diri saya dan hubungan kita agar tak terlerai walau sebesar manapun dugaan yang menimpa kita atau keadaan yang memaksa kita untuk berpisah. Saya akan cuba untuk kukuhkan hubungan yang kita dah bina bersama. Okay? "

Ibu jari kasarku mengesat lembut air matanya yang sudah berjujuran di pipi.

Aku tarik perlahan kepalanya ke dada. Dielus lembut disitu.

"Shhh.. InshaaAllah. Kita sama-sama doa. Okay, sayang? Remember, we have Allah. Selalu letakkan Dia yang pertama dalam segala hal."

"Doa saya selalu dengan awak, Faahad. Saya tak pernah tinggal doa untuk rumah tangga kita."

Ini bukanlah pertama kali aku perlu meninggalkannya sendirian. Tetapi mengapa perpisahan kali ini terasa seperti bakal akan ada perkara buruk yang terjadi?

"Saya takut jem nanti. Dah sampai sana, saya call awak,okay?"

Aku cuba leraikan pelukan antara kami.

Evelyn menurut. Dikesatnya air mata dengan belakang tapak tangan. Dia cuba mengukir senyum manisnya walau jelas tampak kelat di mataku. Kerana dia isteriku. Aku boleh baca semua itu.

"Fii amanillah, Faahad. Saya tak pernah berhenti doa pada Allah semoga Dia jaga awak untuk saya."

Aku senyum manis.

"Saya pun. "

Dengan langkah yang berat, aku meneruskan jua. Ada tanggungjawab yang masih harus digalas jauh nun sana. Masih belum tamat selagi aku masih bergelar sebagai seorang pelajar. Menyambung pengajian di bawah perbelanjaan oleh kedua orang tua aku.

Syurga aku. Selamanya.



OTOT TUBUH diregangkan. Baru saja tiba di rumah saat jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Esok, aku ada kelas pada waktu petang.

Ting!

Notifikasi terpapar di skrin telefon milikku. Apabila dipandang, ianya hadir dari kenalan fakulti aku.

Wildan

-Faahad, kau balik sini pukul berapa?

-Tak sure lah. Asal?

-Madam Medina carik kau. Katanya penting sangat.

Keningku berkerut. Madam Medina? Pensyarah muda yang baru saja berumur 29 tahun itu mahu berjumpa dengan aku? Dah kenapa?

-Dia tak ada beritahu aku pun. Kenapa tiba-tiba?

-tak tahu. Jangan tanya aku.

-esok aku datang jumpa dia.

-alright.

Telefon ditutup. Aku dan wanita yang bernama Medina itu jarang sekali berbual antara satu sama lain walau dia merupakan pensyarah aku.

Sedangkan rasanya tiada tugasan yang diberikan olehnya padaku. Jika ada pun, semuanya aku akan siapkan awal-awal lagi.

Namun, kalau mahu berbual tentang hal luar, aku tidak dapat mengagak langsung.

Bagi mengosongkan fikiran yang sedang berselirat dengan pelbagai tujahan yang tiada kepastian, aku terus membuat keputusan untuk tidur.

Perasaan Yang Terlarang | E-BOOK Where stories live. Discover now