USAI kelas tamat, aku berjalan ke arah kafe seperti yang disuruh oleh Dr. Medina. Mungkin ada perihal penting yang ingin diberitahu kepadaku. Jadi aku ikutkan saja.
Sampai saja di kafe tersebut, anak mata mula melingas tercari kelibat wanita itu. Hingga akhirnya satu tangan putih yang halus melambai kepadaku.
Kelihatan Dr. Medina yang berkaca mata dan berambut hitam separas bahu itu sedang menggamit aku kearahnya dengan senyuman lebar.
Lantaran itu, aku berjalan ke arahnya lalu punggung dilabuhkan di bangku dihadapannya.
"Ya, Dr? Ada apa Dr nak jumpa saya?"
Dr. Medina mengulum senyum manis.
"Saya ada perkara nak tanya pada awak. Ianya hal peribadi." Dia mengigit lembut bibir bawahnya.
Kerutan terentang di dahiku.
"Peribadi?"
Kepala mengangguk sekali dengan satu kerdipan mata.
"Apa dia?"
Wajahnya tampak ragu-ragu saja untuk bertanyakan kepadaku.
"Dr?" Seruku.
"Awak.. Awak ada girlfriend ke?" Persoalannya membuatkan jiwaku diasak rasa pelik.
"Tak ada. Kenapa, Dr?"
"Urm.. Kejap."
Aku hanya diam memerhati tingkahnya yang seperti ingin mengambil sesuatu dari beg tangan Channel miliknya. Kemudian, apabila tangannya dikeluarkan dari beg tersebut, kelihatan ada sehelai sampul berwarna coklat keperangan.
Sampul tersebut diletakkan ke atas meja lalu ditolak ke arahku.
"Saya siap cuci lagi gambar ini untuk bertanya kepada awak. Perempuan ini, siapa?"
Mulutku ternganga sedikit. Dipandang wajah manis itu dengan seribu rasa. Tertanya-tanya dari mana dia dapat mengetahui tentang aku dan Evelyn.
Pasti perempuan yang dikatakan itu ialah isteriku, Evelyn. Lalu, tanpa ragu sampul surat tersebut dibuka dan satu persatu gambar dilihat.
Aku menengadah wajah ke hadapan. Memandangnya.
"Bagaimana Dr boleh tahu saya dengan perempuan ni?"
Dr Medina sekadar menjongket bahu.
"Jadi, rupanya awak buat perkara terkutuk belakang mak ayah awak?" Soalanku tidak dijawabnya. Sebaliknya, menonong saja memfitnahku.
"Dr jangan nak fitnah saya sembarangan, ya kalau Dr tak tahu apa-apa!" Julat suaraku kian meningkat.
Namun wanita itu tetap beriak tenang saja seakan tidak tergugat langsung akan nada suara yang keras aku hamburkan kepadanya.
"Kenapa? Betul lah kan? Awak masih student, Faahad. Belum tamat pengajian lagi pun. Tapi dah sesuka hati peluk perem-"
"Itu isteri saya!"
Kali ini, masih tertahan nada kerana tidak mahu orang lain yang turut di situ mendengarnya.
Serta merta riak wajahnya berubah drastik. Membulat matanya tatkala mengetahui kenyataan tersebut dari mulutku sendiri. Bagaikan tidak menyangka.
Mulutnya mula terbuka luas sembari bahagian depan tubuh didekatkan pada meja.
"Jadi, awak kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan mak ayah awak, Faahad?"
Keluhan terhela dari ulas bibirku. Anak mata jatuh ke meja tanpa memandang Dr Medina.
Jujur katakan , aku memang tidak mahu sesiapa mengetahui tentang itu. Biarlah semua orang memikirkan bahawa aku masih seorang pelajar yang masih bujang.
Kerana sudah memang sejak azali lagi adat dalam keluarga aku, anak tidak dibenarkab mendirikan rumah tangga selagi belum mempunyai ijazah sarjana muda.
Memang minta parang lah kalau ada yang berani melanggarnya.
Dan aku sedar, bahawa aku sudah melanggarnya tanpa berniat untuk meleraikan ikatan yang telah terbina.
"Niat saya baik, Dr. Saya cuma nak tolong dia. Dia dibuang keluarga selepas dijadikan mangsa kerasukan jantan durjana yang berhati binatang. Walhal, saya bukannya mahu sangat berdamping dengan seorang perempuan pun."
"Tapi kenapa tak beritahu kepada kedua orang tua awak?"
Baru kali ini, aku memandangnya dengan serius tanpa secalit senyuman di bibir. Dia tidak tahu apa-apa, tapi sibuk saja ingin mencelah.
"Dr tak perlu sibuk. Ianya tiada kaitan dengan Dr pun. "
"Saya perlu sibuk juga."
"Kenapa pula?"
"Sebab saya sukakan awak. Bukan sekadar pelajar."
Bicaranya itu buatkan aku tergamam. Adakah aku tersalah dengar?
Aku menggarit kening.
Pensyarah sendiri sukakan pelajarnya sendiri? Dia fikir, dia watak dalam cerita fiksi rekaan manusia? Menyukai pelajar sendiri?
Tapi yang lebih teruk adalah kerana dia wanita dan dia lebih tua daripadaku. Insan yang patut mengajar aku sepanjang menyambung pengajian di sini. Bukannya jatuh suka.
"Dr merapu apa ni? Dr tua 6 tahun daripada saya tau. Saya ni cuma pelajar Dr saja. "
"Tapi saya tak pernah-"
"No! Dr tolonglah sedar diri. Dr dah 29 tahun and you are so pretty. Dr boleh cari lelaki yang sesuai dan seumuran atau lebih tua daripada Dr. Pasti ramai yang beratur. Jadi, semestinya bukan saya, pelajar Dr. Dr lecturer saya. Cikgu saya yang membantu menyampaikan ilmu yang telah diturunkan." Agak lirih suaraku disebabkan kecewa akan dirinya yang sudah menganggap aku bagai bukan pelajarnya.
Laju dia menggeleng dengan riak wajah yang jelas memaparkan bahawa dia tidak dapat menerima setiap kosa kata yang keluar dari mulutku.
Ingat kembali perbezaan antara kami. Bukan setakat umur tapi banyak lagi selainnya. Latar belakangnya juga tidak aku ketahui.
Sungguh tidak pernah aku sangkal bakal terjadinya semua ini.
"Tapi ramai pelajar dan pensyarah kata saya nampak muda. Seperti pelajar. Bermakna, saya sesuai dengan awak. Orang tak tahu pun jurang usia kita, Faahad." Dr Medina kelihatan seperti merayu.
Nafas dihembus perlahan sembari pegangan beg di bahu dikemaskan. Bersedia untuk pergi dari situ.
"Tak boleh, Dr. Tetap tak boleh. Biarpun umi dan abah saya akan restu, saya tetap tidak akan terima. Remember, you are just my lecturer. My teacher. Not more than that. Be professional. "
Aku sudah bangun dan berura untuk pergi namun terhalang dek kata-kata Dr Medina.
"Awak tolak saya hari ini, jangan fikir saya akan semudahnya berputus asa, Faahad. One more thing, awak tunggu masalah yang akan menimpa awak nanti. Saya ada segalanya yang boleh jatuhkan awak bila-bila masa saja yang saya mahu."
"I am deadly serious, Faahad Haedar."
Setelah mendengar ayat terakhirnya, aku tidak betah lagi untuk terus berada di situ dan pergi ke kawasan terletaknya kereta aku.
Aku mula kegundahan. Beberapa minit berdiam, barulah aku terfikir akan suatu perkara. Semerta mataku membulat.
"Damn! Dia ada gambar tu! Argh!! Kenapa aku tak ambil sebelum pergi tadi?! Arghh, Faahad Haedar!!" Gertakku geram kepada diri sendiri.
Stereng kereta dihentak kuat dengan tapak tangan. Tidak diendahkan kesakitan yang sedang menjalar.
YOU ARE READING
Perasaan Yang Terlarang | E-BOOK
Romance[COMPLETED] 3rd story (spin off Dara Pujaan Duda) Song: X missing You by Dayang Nur Faizah & Faizal Tahir Pernikahan antara dua insan yang disembunyikan oleh kedua pihak, memberi kesan yang buruk kepada diri masing-masing. Tambahan seorang di utara...