BAB 9

4.4K 168 3
                                    

MINGGU ini tidak terlalu banyak kelas. Jadi aku ambil peluang untuk pulang ke Kedah. Pantang saja ada peluang pasti aku akan ke sana.

Inilah salah satu akibatnya apabila sudah terjatuh cinta tanpa sengaja pada wanita yang tidak pernah aku sangkal akan memberi erti bahagia, sayang dan cinta ke dalam hidupku.

Tatkala aku ingin mendekati kereta yang berada di garaj, tiba-tiba abah datang menyergahku.

"Nak pergi mana, Faahad?"

"Ada hal di Kedah–"

"Hal apa? Awak tu bukannya dah kerja. Sampai perlu ke negeri orang. " Abah menjongketkan kening kanannya. Pandangannya tampak sungguh ragu-ragu terhadapku.

Sangkaku, abah tiada di rumah hari ini kerana bakal bercuti bersama rakan-rakan lamanya.

"Aaa... Abah bukan pergi bercuti dengan kawan-kawan lama abah ke?"

"Abah gerak ke sana esok."

"Oh." Aku menggaru belakang tengkuk. Cuba mencari idea untuk tipu sunat. Bukannya selalu.

"Dah, masuk," arahnya tegas membuatkan aku terpaksa untuk akur.

Dengan langkah yang gontai, aku kembali masuk juga ke dalam rumah. Tubuh dihempaskan ke atas sofa dengan mata terpejam.

Bagaimana aku mahu ke Kedah jika abah masih di sini dan akan bertolak pada esok hari?

Tidak akanlah aku mahu pulang ke Kedah pada esok hari pula. Sedangkan lusa, jadual kelas aku mula terisi.

Bibir bawah dibasahkan. Cuba memikirkan idea untuk bertemu dengan Evelyn.

Setelah beberapa minit memikirkan, mataku kembali tercelis luas dengan bersinar. Jari dipetik sebaik idea bernas tiba-tiba muncul tanpa diduga.

"Aku suruh dia ke sinilah naik bas. Selepas itu, tidur di hotel yang berdekatan?"

Antara sebab aku membiarkan Evelyn setia menetap di Kedah sebenarnya ialah kerana ianya dekat dengan kawasan perumahan kedua orang tuanya.

Evelyn juga yang meminta kepadaku untuk terus menetap di sana oleh kerana sesekali, dia rindu hendak menjenguk kedua orang tuanya. Walau sekadar dalam diam.

Selain itu, tempat tinggal anaknya juga berdekatan dengan kawasan perumahan kami. Jika dia mahu, dia akan menjenguk anaknya juga biarpun tidak saling menyapa.

"Cakap dengan siapa?"

Sontak, aku menoleh ke kiri apabila mendengar suara umi hadir menjengah.

"Tak ada. Tengah fikir sesuatu." Sengih janggal.

"Tak ada kelas hari ini?"

"Tak ada, umi."

Kepalanya mengangguk beberapa kali.

"Faahad.."

"Ya, umi."

"Umi ada nak tanya sesuatu. Tentang Faahad dengan pensyarah Faahad. Dr. Medina. "

Sekonyong-konyongnya kerongkong aku terasa kesat dan berpasir sebaik mendengar sebaris nama itu. Dalam debar, aku menanti bicara oleh umi yang seterusnya.

"Kenapa dengan Dr, umi?"

"Hari itu ada seorang classmate Faahad datang sini. Beri umi makanan. Katanya, dia tinggal di depan rumah kita dengan kawan-kawan perempuan dia."

Perempuan?

Lagi?

Sejak bila ada banyak mata yang rajin memerhatikan tingkah laku dan aktiviti aku ini?

Perasaan Yang Terlarang | E-BOOK Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt