"Saya tak berminat." Balas Adam nada suara mendatar, bukan wang ringgit dia perlukan tetapi kenangan di Pusat Equin. Hanya itu hadiah yang abah dan ibu tinggalkan untuk dia.

"Jangan la macam ni, kalau saya beli tempat tu akan bertambah cantik. Saya janji akan menjaga tempat tu elok-elok." Ujar Ustaz Ishak bersungguh-sungguh, tidak berputus asa mahu memujuk Adam agar dia bersetuju dengan tawaran ini.

"Maaf la ustaz saya tak berminat, saya tak perlukan duit."

Ustaz Ishak melepaskan keluhan mendengar kata-kata Adam, nampaknya memang sukar ingin memujuk anak muda yang tidak taksub dengan wang ringgit.

" Zaman sekarang ni semua orang perlukan duit, kamu dah berkahwin mesti nak duit banyak, lebih-lebih lagi kamu berkahwin dengan perempuan debab tu." Sindir Ustaz Ishak diiringi ketawa kecil.

Turun naik nafasnya mendengar kata-kata Ustaz Ishak, berani sungguh orang tua ini mempersendakan fizikal isterinya.

Buk! Adam menepuk kuat permukaan meja, perasaan hormatnya kepada Ustaz Ishak sudah hilang.

"Ustaz, kita tengah bercakap pasal Pusat Equin. Jangan sesekali melibatkan isteri saya, pantang saya kalau ada orang mengata apa pun tentang isteri saya. Keputusan saya muktamad tak akan jual Pusat Equin tu." Tegas Adam sambil bangun dan menolak kasar kerusi hingga terjatuh. Beberapa pasang mata memandang ke arahnya dan mereka bercakap sesama sendiri.

"Kamu jangan nak tunjuk sikap kurang ajar kamu! Ibubapa kamu tak ajar ke? Owh lupa pula ibu dia dah mati kena bunuh, bapa dia mati di tali gantung. Siapa yang nak ajar dia. Kamu dengar sini selagi saya tak dapat Pusat Equin tu hidup kamu tak akan tenang." Ugut Ustaz Ishak dengan nada suara agak meninggi, dia bingkas bangun dan berdiri sambil merenung tajam ke arah Adam.

Adam mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Ustaz Ishak.

"Siapa Ustaz nak menentukan jalan hidup saya? Betulkan hidup ustaz tu dulu sebelum nak fikir tentang hidup orang lain. Apa pun terjadi saya tak akan jual tempat tu, lagi satu jangan masuk campur urusan keluarga saya, kalau ustaz rasa nak terus jadi ketua kampung." Ujar Adam sinis sebelum melangkah menuju ke motorsikalnya. Bercakap dengan penunggang agama memang tiada faedah malah dosa semakin bertambah.

Ustaz Ishak mendengus kasar melihat Adam memecut laju motorsikal meninggalkan warung Pak Hassan. Dia tidak akan berputus asa memiliki apa yang dia impikan, apapun terjadi dia tetap akan terus berusaha.

🍄🍄🍄🍄

"Hawa?" Panggil Adam sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah ikut pintu belakang kerana pintu hadapan berkunci dari dalam.

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah Adam terkejut melihat keadaan ruang tamu yang bersepah, hatinya mula tidak tenang.

"Hawa? Mochi? Mochi?" Panggil Adam mencari Hawa di dalam bilik kemudian dia berlari ke bilik air.

"Ya Allah, kau dekat mana, mochi? Tak akan la merajuk dengan aku?" Hati Adam mula gelisah, dia melangkah keluar dari rumah dan berlari ke Pusat Equin. Dia harap Hawa berada di sana.

"Nampak Hawa tak?" Tanya Adam kepada mamat salah seorang jurulatih memanah.

"Kenapa nak cari Hawa, Fizah kan ada." Ujar Hafizah nada suara manja sambil mengusap dada Adam.

"Kau ni apahal? Gatal? Isteri aku mana?" Adam menepis kasar tangan Hafizah, perempuan ni memang tak tahu malu dan perbuatannya sangat memalukan.

"Fizah gatal dengan abang je. Biar la si gemuk tu nak pergi mana pun. Abang kan ada Fizah, cakap je abang nak apa." Hafizah semakin mendekatkan jarak dengan Adam.

Adam berundur, menjauhkan diri daripada Hafizah. Dia rimas.

"Kau jangan nak berani mengata isteri aku! Mulai hari ni kau jangan datang sini lagi! Kau dipecat!" Marah Adam tegas, manusia tidak tahu malu macam ni tak patut di simpan lebih baik dibuang sejauhnya.

Hafizah terkedu mendengar kata-kata Adam.

"Abang, Fizah minta maaf sangat. Fizah gurau je tadi, abang jangan la pecat Fizah. Kesian la dekat Fizah." Ujar Hafizah sambil menangis mengenangkan dia akan berjauhan dengan Adam.

"Masa kau mengada tadi kau tak fikir sekarang baru nak fikir, kau tak payah nak goda aku sebab di dalam hati, fikiran dan jiwa aku hanya ada Hawa Zhufairah. Sampai mati hanya ada dia, isteri aku." Kata Adam tegas, tiada sesiapa pun mampu mengganti Hawa di dalam hatinya.

"Fizah cinta kan abang tau, kenapa perempuan gemuk tu yang abang pilih?! Fizah lagi cantik daripada dia. Apa kelebihan perempuan tu, sampai abang tak pandang lansung pada Fizah!" Balas Hafizah nada suara meninggi tidak boleh menerima kenyataan, lelaki idamannya memilih perempuan seperti Hawa. Sedangkan dia lebih sempurna dan cantik.

"Aku tak pandang rupa paras sebab bagi aku hati dengan sikap lagi penting. Apa guna kalau muka kau tu cantik tapi perangai tu tak macam perempuan. Kekurangan Hawa, kelebihan untuk aku, kau jangan sesekali nak menghina kesayangan aku. Sekali kau usik dia, aku tak akan berdiam diri ." Marah Adam, tiada sesiapa di dalam dunia ini dibenarkan menghina Hawa

Bertambah kuat Hafizah menangis apabila mendengar kata-kata Adam. Sungguh kejam kata-kata Adam hingga menusuk ke dalam hatinya, dia akan pastikan Adam dan Hawa tidak akan bersatu sampai bila-bila. Dia nekad kali ini.

Adam meninggalkan Hafizah yang sedang menangis, malas dia melayan perempuan gedik ini. Dia terus melangkah menuju ke kandang Virgo, semoga Hawa ada di sana.

"Nampak Hawa tak?" Tanya Adam kepada Zack salah seoran penjaga kuda di Pusat Equin ini.

"Hawa? Tak ada. Hari ni dia tak ada datang ke sini la." Ujar Zack, dia memang tak nampak Hawa datang ke Pusat Equin pada hari. Selalunya dia akan datang ke sini untuk bermain bersama Virgo.

Bertambah tidak tenteram hati Adam apabila mendengar kata-kata Zack. Dia meraup wajahnya, sambil melepaskan keluhan, kemudian dia kembali berlari ke rumah.

"Hawa mana kau ni? Jangan la macam ni, aku tak marah dah." Luah Adam sendirian, dia mundar mandir di halaman rumah ini, sambil menghubungi telefon bimbit Hawa. Malangnya telefon bimbit Hawa gagal dihubungi semakin la hatinya tidak tenang.

Tiba-tiba telefon bimbit Adam berlagu, nama Komander Ismail tertera di skrin. Kehilangan Hawa cukup membuat jantungnya berdegup kencang bagaimana nak tercabut, apabila melihat nama Komander Ismail semakin bertambah berdebar jantungnya.

"Assalamualaikum... Tuan." Ucap Adam sebaik saja menjawab panggilan telefon Komander Ismail.

"Waalaikumussalam.. Scorpion, isteri kamu kena culik dengan Cobra, kamu tahu tak pasal ni?" Terkedu Adam mendengar kata-kata Komander Ismail.

"Mana Tuan tahu pasal ni? Saya memang tengah mencari isteri saya." Ujar Adam gelisah memikirkan keadaan Hawa di dalam tangan Cobra yang kejam.

"Kamu datang ke HQ sekarang." Arah Komander Ismail tegas.

"Baik Tuan." Sebaik saja Adam menamat panggilan telefon, dia menunggang motorsikal meninggalkan perkarangan rumah, dia harap berita Hawa di culik oleh Cobra adalah tidak benar . Dia tidak akan memaafkan dirinya jika ada perkara berlaku pada Hawa.

 Dia tidak akan memaafkan dirinya jika ada perkara berlaku pada Hawa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lelakiku (C)Where stories live. Discover now