BAB 11

4.5K 178 1
                                    

TUBUH halus itu didakap kemas. Sedangkan baru saja beberapa minggu tidak bersua, hari ini Evelyn sudah ada di depan mataku kembali.

Mujurlah umi dan abah membenarkan aku ketika aku terpaksa menipu sunat untuk bermalam di rumah teman. Walau jujur aku rasa berdosa kerana kerap membohongi mereka demi Evelyn.

"Miss me?" aku benamkan wajah ke rambutnya yang harum semerbak itu.

"So much, Lyn," balasku perlahan.

Evelyn tertawa kecil. Tangannya naik melingkar di pinggangku.

"Saya teringin nak merasa bebas, Faahad," dia mengeratkan pelukan.

"Maksud awak? Apa lagi yang tak bebas? Saya tak faham," ujarku.

Evelyn bukanlah seorang wanita yang suka memendam. Segala perkara yang dia tidak puas hati, atau ingin diluahkan bakal disuarakan.

"Saya nak kita bebas berjumpa dimana-mana. Tak perlu sorok-sorok. Kita boleh buat apa kita mahu. Lepas itu–"

"Lyn.. Kita dah banyak kali cakap tentang ni kan,sayang? Saya penat tau, Lyn. Saya pelajar. Dan dalam masa yang sama juga saya perlu pikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Awak rasa senang ke?" Pelukan dileraikan.

Evelyn masih terdiam tanpa membalas.

"Kenapa? Awak sebenarnya ada nak beritahu saya apa-apa ke? Ada perkara yang awak sorokkan, saya tak tahu ke?"  soalku.

"S.. Saya.." tergagap dia ingin menjawab.

"Awak apa? Kenapa Lyn?"

"Hari itu saya pergi jumpa Eryn. Anak saya. Tak. Anak kita." Dia menggeleng sambil membetulkan.

Namun aku masih beriak tenang sebaik dia berkata sedemikian.

Walaupun Evelyn sendiri tahu bahawa Eryn bukan anakku, tapi dia tetap mahu aku menggelarkan diri sebagai bapa kepada Eryn.

Tentang dia yang bertemu dengan Eryn juga aku memang sudah tahu. Dia memang akan sentiasa datang menjenguk Eryn dalam diam.

"Okay. Jadi?"

"Dia cakap pada saya, dia nak sangat jumpa walid dia," desis pandangannya kian lunak buatkan aku diasak rasa serba salah.

"Awak bercakap dengan dia? Awak jumpa dia face to face?"

Dia mengangguk beberapa kali sebelum langkah diatur ke arah katil bersaiz Queen itu. Melabuhkan pinggul di situ dan tidak lagi memandangku.

"Saya teringin sangat nak bercakap dengan anak yang lahir dari rahim saya sendiri. Yang buatkan saya hampir hilang separuh nyawa tapi akhirnya alhamdulillah Tuhan masih panjangkan."

Aku menghembus nafas seraya berjalan ke arahnya. Duduk di sofa yang berdekatan dengan katil tersebut.

"Dia nak jumpa walid dia?"

"Awak. Awak walid dia kan? Bukan jantan tu. Jantan tu tak layak digelar walid. Sebab awak lelaki yang bertanggungjawab sanggup beri nafkah untuk Eryn setiap bulan walau dia bukan anak kandung awak. Jadi, tak boleh ke awak jumpa dengan dia? Atau lebih mudah, kita bawa dia tinggal bersama kita semula," cadangnya seolah mudah seperti yang dikata.

Tapi realitinya, makin berat bahu aku untuk memikul. Dua tanggungjawab dalam satu masa? Adakah aku bakal mampu untuk menempuhi dan mengharunginya?

Namun, aku harus sedar juga bahawa ini semua adalah pilihanku. Aku yang sudi dengan ikhlas dan rela hati hendak menjaga dua wanita yang bernama Evelyn Qiara dan Eryn dalam masa yang sama. Tiada guna untuk menyesal.

"Kenapa diam? Awak menyesal ambil saya dan Eryn untuk awak jaga? Saya banyak sangat menyusahkan awak ke?" bertalu-talu wanita itu mengajukan soalan hinggakan aku terkelu seribu bahasa.

"Menikahi dan menjaga awak dan anak awak bukan satu penyesalan buat saya, Lyn."

Nafas dihembus perlahan." Jangan salah faham. Saya cuma tengah cuba untuk berfikir," pujukku.

Serabutnya kepala yang sudah berselirat dengan pelbagai perkara, cuba aku tenangkan. Aku tidak boleh cepat melatah.

"Nak jaga bagaimana, Lyn? Sedangkan saya tiada dengan awak dengan Eryn. Awak nak jaga seorang diri?"

"Ya, saya boleh jaga dia seorang diri. Eryn bukannya bayi lagi. Dah nak masuk 4 tahun. InshaaAllah saya mampu." Dia tampak seakan cuba untuk meyakinkanku.

Aku menghembus perlahan nafas. Masih berasa ragu-ragu terhadapnya.

"Saya tak percaya awak untuk jaga Eryn seorang diri. Awak nak uruskan hidup awak pun tak stabil lagi."

Evelyn mengigit dinding pipinya dari dalam dengan tubir mata yang sudah berair. Cepat saja hatinya tersentuh.

Belum sempat aku bersuara, dia sudah merebahkan tubuh ke atas tilam lalu gebar ditarik menutupi seluruh tubuhnya.

"Evelyn Qiara," seruku keras. Tidak bernada.

"Apa? "

"Dengarlah dulu apa yang saya nak cakap."

"Dah dengar. Cukuplah."

"Tak habis lagi."

"Teruskan. Saya dengar."

Tubuh disandarkan ke sofa sepenuhnya. Cuba menahan sabar akan tingkah laku isteriku saat ini.

"Saya tak izinkan awak bawa Eryn tinggal dengan awak berdua saja. Kena ada saya kalau awak mahu jaga dia."

"Kenapa pula? Saya seorang ibu. Saya tahulah nak didik dan jaga anak saya."

"Tapi awak tu belum cukup matang, Lyn. Awak faham tak, awak tak boleh uruskan diri awak–"

"Siapa cakap?" pintasnya seraya bangun dari baringan  dengan wajah garangnya.

"Siapa cakap saya tak boleh jaga diri?" soalnya lagi.

"Awak. Awak yang cakap begitu ketika pertemuan pertama kita."

"Itu dulu. Waktu pertama kali. Saya masih terkontang kanting seorang diri. Masa itu, saya baru tahu saya sedang hamil 2 minggu anak jantan yang entah apa keterunannya. Dan ketika itu jugalah saya baru saja selepas dibuang keluarga. Dibuang, Faahad."

Mutiara jernihnya mula membanjiri pipi. Dibiarkan tidak dikesat.

"Saya terlalu dimanjakan oleh keluarga saya sampai saja jadi tak tahu untuk hidup berdikari. Sebab itu saya terpaksa menagih simpati awak. Hingga akhirnya kita bernikah, awak didik saya untuk berdikari dan menjaga anak saya sendiri. Barulah saya kurang kekok."

Hidung dan bawah matanya sudah berona kemerahan.

"Saya boleh jaga anak saya. Tolonglah. Awak tak tahu perasaannya bila perlu berjauhan dengan bayi yang saya kandungkan seorang diri sembilan bulan lamanya walau bukan benih lelaki yang saya cintai. Sebab saya yang melahirkan. Perit, seksanya saya yang tanggung."

Bibir dikemam rapat. Apabila melihat desis pada suara yang wajah jelita itu, hatiku diasak rasa simpati dan bersalah.

Perasaan Yang Terlarang | E-BOOK حيث تعيش القصص. اكتشف الآن