1

5 0 0
                                    

Hari Sabtu yang cerah. Aku seperti biasa, selepas mengemas bilik dan ruang tamu. Terus sahaja pergi ke dapur. Menolong Ibu menyiapkan bekal makanan untuk aku bawa pulang ke kolej.

   Ya. Aku seorang pelajar Semester Tiga di sebuah Kolej Kemahiran yang terletak di negeri Johor. Kolej itu tidak jauh dari rumah aku. Cuma satu jam setengah sahaja.

  "Banyak nya Ibu masak harini?" Sambil mata menjengah diatas meja dapur.

  " Ya la. Untuk kakak bawa balik kolej. Kakak tu dah la rajin lapar. Itu Ibu masak banyak ni". Biasalah, Ibu. Sehari kalau tak membuka aib aku, tak sah. Tapi aku tidak kisah. Sebab semua tu betul.

  Aku mengambil sebiji kuih Karipap. Aku kunyah perlahan. Termenung, melihat Ibu yang ligat memasak..

  "Ni, kakak. Ibu tak dapat datang hari Isnin nanti. Ayah kamu tak dapat cuti" kata Ibu sambil mengesat tangan di apron. Kemudian mengambil senduk dari laci kabinet dapur.

  "Oh takpe. Ayah ada bagi tahu semalam. Lagipun sem ni kakak tak dapat pointer 4.00 pun. So, lecturer cakap mak ayah tak datang pun tak apa" jelas aku panjang lebar.

Lagi sebiji karipap aku ambil. Sedap la pula.

Ibu hanya diam. Jelas wajahnya sedikit kecewa. Risau kalau-kalau aku terasa dengan ketidak hadiran mereka pada majlis anugerah Isnin nanti.

"Tapi ramai je pelajar mak ayah tak datang. So, kakak tak kisah sangat". Sengaja aku nak sedap kan hati Ibu. Nampak air mukanya berubah sedikit tenang.

"Tahniah kakak, usaha kakak akhirnya berhasil" ucap Ibu. Terharu aku dibuatnya.

"Dah kemas barang belum, esok ade rheasel?" Soal Ibu. Aku memandang Ibu.

"Dah, semalam lagi dah kemas. Tinggal nak humban je dalam kereta". Muncung aku menghala ke kereta. Ibu hanya ketawa.

Seperti biasa,  aku orang pertama yang akan sampai kolej. Huh, kenapa macam ni.

  Sunyi sahaja lorong asrama ini. Bila la lagi tiga orang roommate aku nak balik ni. Boleh mati kesunyian aku macam ni.

  Selesai siap mengemas dan menyusun pakaian di dalam almari. Aku pergi ke tempat belajar aku. Aku mengangkat sehelai beg plastik yang dipenuhi makanan dan meletakkannya diatas meja.

   " Ni bekalan makanan untuk bulan ni dan bulan depan. Kena berjimat duit untuk menikah nanti. HAHAHA" gelak aku seorang-seorang.

  Kahwin eh? Aku belum lagi nak berfikir nak ada teman hidup. Bukan tak pernah dan tidak suka seseorang. Pernah dan ada. Tapi aku matikan awal-awal perasaan tu tak nak bagi aku kecewa sendiri. Dan buat masa ini, aku akan solo-yolo dulu. Masa ini lah, masa lain tak tau lagi. HAHA.

   Notifikasi Whatsapp berduyun-duyun masuk. Aku mengambil telefon. Lantas ikon bewarna hijau itu aku tekan.

  " Oh, mesej dari Grup Penerima Anugerah" omel aku sendiri. Lantas chat grup itu aku buka.

Esok semua pelajar dikehendaki
turun awal untuk rheasel untuk
majlis hari Isnin.

Jangan lewat...

"Huh.." aku mengeluh berat. Aku scroll chat grup tadi dari atas ke bawah. Melihat kembali kedudukan aku di dalam dewan.

" Kenapalah sebelah lelaki". Aku memejam mata. Lantas aku membaca nama lelaki tersebut.

" Daniel Hakim" aku cebik kan mulut. Lantas terus aku letak telefon aku diatas meja dan mula menyambung tugas menyusun makanan ke dalam kabinet.

  Daniel Hakim. Dia senior aku Semester 4. Pernah jadi rakan kelas aku dulu masa semester 1. Sebelum aku extend semester kerana sakit. Tapi umur kami sebaya. Tidak tahulah dia kenal aku atau pun tidak. Haha.

Aku termenung memandang siling bilik. Kerana kawan-kawan sebilik aku seorang pun belum balik. Aku memutuskan untuk termenung dan termenung sehingga tembus siling.

  "Haih bosan sungguh." Aku pusing ke kanan, pusing ke kiri.  Sama, bosan aku tidak menghilang. Lantas telefon aku capai. Ada notifikasi dari Whatsapp.

Rissa aku tak balik kolej
tau malam ni. Haha, tiada
siapa nak hantar aku. Maaflah
Safiah dengan Farah pun tak sampai lagi.
Kau ok ke sorang-sorang kat bilik?

Aku baca dengan teliti mesej daripada kawan aku. Qaisara. Rumahnya dengan kolej tidak lah jauh mana. Tetapi setiap kali balik, dia lah orang yang paling lambat sekali balik. Banyak kali juga kad matriknya kena tahan.

Aku hanya membalas stiker 'OK' kepadanya. Cukup sekadar memberitahu aku selamat sahaja sorang-sorang dekat bilik ni. Buat masa sekarang lah!.

Aku kembali membuka PDF file yang terisi wajah-wajah pelajar dekan. Kembali mencari nama aku. Gambar disusun mengikut Course dan pointer untuk result Semester lepas.

Aku membaca nama dari pelajar pointer 3.5 hingga kedudukan pointer 4.00.

"Thaqif Luqman. Pointer 3.71. Pandai juga dia ni" aku cebik kan bibir. Thaqif Luqman? Siapa je tak kenal lelaki ni. Kapten Bola Tampar kolej aku kot. Walaupun baru Semester 4. Hebat juga beliau bersukan. Lagipun dia bekas rakan sekelas aku semasa Semester 1. Haha. Kenal lah juga. Lagipun dia kawan baik dengan Daniel Hakim tu.

  Aku terus membaca nama kedua.

  "Farisah Hafiqah. Ni Kak Isah. Kawan aku ni" aku sorak gembira. Akhirnya ada juga kawan sekelas aku yang duduk dengan aku nanti. Tak ada lah kekok sangat. HAHA.

  "Arissa Roselle. Pointer 3.78. Pandai juga aku. Haha" bangga dengan usaha sendiri. Dan aku membaca nama seterusnya iaitu Daniel Hakim.

  "Pointer dia bagus juga. 3.80. Pandai siot dia ni". Terkejut juga aku. Iya lah orang macam dia ni bagus dalam pelajaran. Mesti rajin. HAHA.

Aku terus membaca nama-nama pelajar lain dan mata aku terus dibuai mimpi. Aku akhirnya terlena selepas penat mengemas seharian.


 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 04, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hate To LoveWhere stories live. Discover now