BAB 14

4K 166 0
                                    

DAHI Eryn yang sudah lelap itu dikucup lembut. Senyuman halus bergayutan di bibirku. Rambutnya dielus kasih.

"Walid balik dulu, ya sayang. Nanti cuti, walid ke sini semula."

Beberapa keping wang not 50 aku tinggalkan di tepi katilnya. Diletakkan di atas meja yang ditindih dengan sebuah buku.

Sedih pula tatkala teringatkan bahawa aku tidak sempat untuk meluangkan masa bersamanya dengan lebih lama pada hari ini.

Lampu kamarnya ditekan butang mati dan hanya lampu tidur di dinding yang samar-samar saja cahaya dibiarkan menyala sebelum aku berlalu keluar.

Aku memusingkan badan ke belakang. Evelyn berdiri di hadapan aku.

"Saya balik dulu, ya? Nanti apa-apa, macam biasa. Kalau Eryn minta apa-apa pun awak beritahu aje saya. Saya belikan."

Langkah dibawa ke depan pintu utama. Baru saja aku ingin memulas tombol pintu, suara lembut Evelyn menerpa gegendang telinga. Sekilap, aku berpaling ke arahnya.

"Faahad."

"Ya?" Kening dijungkitkan.

"Mana awak dapat duit banyak-banyak, ya? Sedangkan awak masih student."

Hujung bibirku melorek senyum halus buatnya.

"Kerja lah, sayangku."

"Yalah. Kerja apa?"

"Dari online aje. Affiliate yang ramai orang buat sekarang. Biasa aje. Sikit-sikit, lama-lama jadilah banyak. Boleh tanggung kita sekeluarga." Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Evelyn tayang riak wajah seakan terkejut. Mulutnya terlopong kecil.

Tapi tiada yang mustahil jika aku sentiasa bijak dalam menguruskan wang. Kadangkala juga, ada lebihan wang yang umi dan abah berikan kepadaku untuk berbelanja akan aku simpan.

"Oh! Boleh, eh?"

Kepala aku jatuh sekali. "Boleh. Itu ajelah yang saya mampu buat masa ni. Tak nak kerja dekat kedai. Takut nanti abah dengan umi syak apa-apa pula."

Wanita itu mengangguk beberapa kali.

"Betul juga. Tak adalah saya rasa pelik sangat. Terima kasih, Faahad. Bertanggungjawab sangatlah awak ni. Kadang saya pelik kenapa awak baik sangat."

Tawa kecilku terletus.

"Setiap hari saya sentiasa cuba jadi baik sebab saya tahu saya tak adalah baik sangat. "

"Tapi.. macam mana kalau kebaikan awak ni mudah buat orang lain tertarik pada awak?"

"Saya hanya berbuat baik kepada orang kerana kita semua manusia biasa yang ada masalah masing-masing. Sekarang ni susah nak jumpa orang baik jadi kita kenalah jadi salah seorangnya. Saya tak buat baik untuk orang suka saya atau tertarik pada saya tapi sebab kita tak tahu jika orang tu sedang hadapi masa sukar mereka."

Sepasang mata bundar Evelyn menatap wajahku.

"How I wish I can be like you too, Faahad. Betul cakap awak. Susah nak jumpa orang baik. Terutamanya lelaki."

"Tak apa. Yang penting sekarang, awak dah ada saya dan kita boleh cuba perlahan-lahan. Kalau awak ada nak luah apa-apa, luah aje pada saya. "

Lengan Evelyn mula meliliti tubuhku. Erat bagai susah hendak melepaskan. Wajahnya disembamkan ke bidang dadaku. Pelukannya dibalasku. Rambut panjang itu dielus lembut.

"Rasa macam kahwin dengan pejuang negara pula."

"Tak lama dah, sayang. Setahun aje lagi. Dan kita akan bebas buat apa-apa bersama dengan restu umi dan abah."

"Tapi kalau umi dan abah tetap tak restu?"

"Kita boleh berdoa, kan? Doa senjata umat Islam. Manalah tahu dari hati yang keras tidak ingin merestui hubungan kita, akhirnya Allah lembutkan untuk menerima hubungan kita dan merestuinya."

"Allahumma aamiin."

Belakang tubuhnya ditepuk perlahan untuk memberi isyarat kepadanya meleraikan pelukan.

Evelyn melepaskan keluhan berat. Seperti biasa, setiap kali perlu berpisah.

"Benarlah perpisahan itu sangat berat walaupun hanya sementara atau lama," hujahnya.

Kedua belah pipinya dicekup lembut. Seraut wajahnya mendongak menatap wajahku. Mendung saja air mukanya. Manja betul ibu orang ni. Setiap kali perlu berjauhan sama saja sifat cengengnya itu.

"Awak tak boleh begini, sayang. Awak kena biasakan hidup tanpa saya. Jangan jadi manja dan cengeng sangat. Dah nak jadi mak kepada 2 orang budak dah. Tomorrow is a mystery so you always need to get ready. Okay?"

"Saya cuba. Rasa ini terlalu berat. Kerana ianya kian bercambah dan sudah lama terpahat kukuh."

"Evelyn Qiara saya boleh. Percayalah." Cuba meyakinkan.

Keyakinannya akan wujud tatkala ada insan lain yang mengingatkannya serta memberi sokongan kepadanya. Paling utama ialah percaya pada diri sendiri.

"My happiest memories are all of you, Faahad Haedar. So, if you leave. What am I supposed to do?"

Ulas bibirku menindih lembut kelopak matanya. Telapak tangan mengelus kasih belakang tubuhnya bagi memujuk dia.

"Remember this, Evelyn. Whoever leaves his affair to Allah, He shall give him or her more than what he desires. So, if one day I need to leave you, believe that InshaaAllah one day, you will meet a better version of me. Or maybe, someone who is better than me. " Sepasang matanya terpejam rapat sambil aku membisik kepadanya untuk mendalami makna disebalik ayat tersebut.

"Allah has already set a destiny for everything. "

"Tapi saya cuma nak Faahad Haedar. Hadirlah seberapa banyak pun lelaki seperti awak, hati ini bukannya terlakar nama lelaki lain. Hanya nama Faahad Haedar."

"Takdir-Nya itu cantik. Tak perlu terlalu gusar, sayang. "

Evelyn menjatuhkan tangannya ke sisi. Matanya berkelip beberapa kali sambil merenung ke lantai.

"Tak ada apalah, Lyn. Think positive, okay? "

Dia mendongak meratah seraut wajahku tanpa secalit senyuman.

"Saya dah pilih nama anak kita," ujarnya tiba-tiba.

Keningku terjungkit sedikit. Jantina pun belum tahu, tapi dah pilih nama?

"Tapi kita tak tahu jantina dia lagi."

"Tak apa. Saya dah plan, kalau perempuan, kita letak nama Eryana Fatiha. Kalau lelaki, Ersyad Fateh. Cantik kan? Tak adalah jauh beza sangat." Baru kali ini matanya nampak bersinar.

Kini, baru aku faham bahawa Evelyn seakan cuba untuk menutup rasa yang tidak patut bertahan lama di hatinya tadi. Dia tidak boleh terlalu bersedihan mahupun tertekan. Bimbang akan mempengaruhi kandungan yang masih baru itu.

Garis senyumanku berubah lebar. Memancarkan sinar juga.

"Cantik sangat. Macam mamanya. Sweet than candy!" Tawa kecilku pecah.

Wanita itu hanya melorek senyum halus.

Tapak tangan kananku naik menyentuh perut kempisnya lalu diusap lembut. Mataku juga jatuh ke situ.

"Walid balik dulu, ya sayang? Jangan sakitkan bunga walid ni tau. "

Perasaan Yang Terlarang | E-BOOK Where stories live. Discover now