BAB 18

4.2K 154 0
                                    

LANGKAH diatur ke pintu bilik untuk dibuka apabila mendengar seseorang mengetuknya dari luar. Usai makan malam tadi, aku terus masuk ke dalam bilik.

Tidak seperti selalu, meluangkan masa dengan keluarga memandangkan anak buahku turut sama ada. Ingin mengasingkan diri daripada semua orang saat ini.

Terbuka saja pintu, wajah abang ipar kedua aku mengisi ruas mata. Dia tersenyum tipis buatku.

"Abang ngah ada perkara nak cakap dengan Faahad. Boleh abang ngah masuk?" pintanya.

Perlahan-lahan, aku mengangguk. Mempelawanya masuk lalu punggung dihenyakkan di birai katil.

"Kak ngah cakap, biasanya kalau dalam setiap hal, mesti abah yang akan berbincang elok-elok dengan Faahad. Beri Faahad kata-kata semangat. Tapi sebab masalah ini terjadi antara Faahad dan abah, jadi abang ngah sajalah yang ada. Sebab biasanya hanya lelaki saja yang boleh faham lelaki. Jadi, sebab itu abang ngah datang. "

"Ouh. Okay."

Jujur jauh di sudut hati, aku berasa sangat terharu. Selepas lelaki ini masuk ke dalam keluarga kami, dia sentiasa menjadi pendengar yang terbaik buatku selaku seorang abang ipar.

Patutlah kak ngah sayangkan suaminya sangat. Selalu kelihatan bahagia saja.

Kadang aku terbayang juga. Andailah rumah tangga aku juga diterima keluarga seperti mereka. Pasti aku dan Evelyn juga pasti akan turut sama merasai bahagianya.

Bahu aku disentuhnya.

"Faahad ada apa-apa nak luahkan pada abang ngah? Bagaimana boleh terjadi sampai begini?" soalnya.

Aku menelan kesat air liur. Berat untuk diceritakan tapi berat lagi untuk disimpan. Wajahku ditundukkan.

"Tak perlulah. Abang ngah tak akan faham dan percaya Faahad pun. Semua orang tak percaya Faahad. Susah bagaimana pun Faahad cuba jelaskan, manusia di sekeliling tetap tak akan faham. Malah, akan sentiasa salahkan Faahad."

Sedaya upaya aku cuba menahan sebak yang bertandang di dada. Meluahkan realiti yang tidak dapat disimpan lagi. Semua orang  hanya tahu menghukum dan menyalahi diri ini saja.

"Abang ngah percaya Faahad. Kalau beribu orang tak percaya Faahad pun, abang ngah tetap percaya. Faahad dah lama jadi adik ipar abang ngah. Abang ngah kenal sangat Faahad seorang lelaki yang baik. Mesti Faahad tak akan nikahi perempuan itu tanpa niat yang baik, kan?"

Dinding pipi digigit dari dalam sebelum aku angkat semula wajah memandang abang ngah. Terbias riak keprihatinan dalam seraut wajah tampannya.

"Jujur saja pada abang ngah. InshaaAllah, abang ngah akan cuba yakinkan pada semua orang niat baik Faahad."

Keluhan terhela dari mulutku.

"Untunglah jadi abang ngah. Semua orang percaya. Bukan macam-"

"Ini bukan soal untung atau sebagainya, Faahad. Tapi kita sebagai hamba yang kena minta tolong pada Allah untuk lembutkan hati semua orang agar percayakan kita. Untuk terima segala kenyataan yang kita nak jelaskan. Mungkin Allah rindukan rintihan Faahad saat ini. Sebab itu semua ini terjadi. Keep thinking positive, man," cantasnya.

Bahu aku ditepuk mesra olehnya. Menyalurkan sedikit keyakinan yang kian pudar ke dalam diri ini.

"Come on, Faahad. Faahad lelaki. Show them how tough you are as a real man. Bukannya mudah mengalah begini."

Bibirku mengukir senyum tipis menatap abang ngah. Apabila berbual dengannya, sentiasa buat aku rasa ada abang.

"Thanks, abang ngah. You are the best brother-in-law ever. Patutlah kak ngah sayang ketat-ketat." Ketawa dihamburkan.

Dia turut tertawa lalu tubuh aku didakapnya. Belakang tubuh aku ditepuk.

"Apa-apa masalah, kalau tak ada tempat meluah, cerita saja pada abang ngah. I am here for you as the best bro."

Aku angguk kecil lalu pelukannya dibalas.

Jangan salah faham pula. Hanya pelukan antara lelaki untuk menyalurkan sedikit kekuatan. Lelaki juga manusia biasa yang ada sisi lemahnya yang jarang ditonjolkan.

"Ehem! Suami kak ngah tu. Jangan peluk lama sangat."

Tiba-tiba satu suara yang amat kami kenali menerjah dari pintu bilik yang terbuka. Kelihatan kak ngah menghampiri kami berdua.

Saat itu juga, pelukan dileraikan sebelum aku dan abang ngah tertawa.

"Dah kak ngah tak nak peluk Faahad. Faahad peluk lah abang ngah," usikku sengaja sambil menjongketkan kening.

Memincing mata kak ngah memandang aku. Laju dia mampir memeluk lengan kiri suaminya.

"Tak boleh. Kak ngah saja boleh peluk. Ini, suami kak ngah," katanya penuh angkuh. Tanpa segan silu, dikucupkan bertalu-talu lengan suaminya yang terdedah itu.

Terhambur tawa abang ngah akhirnya. Kepala isterinya digosok perlahan dengan tangan kanan.

"Sayang.. Behave.." bisiknya perlahan tapi aku masih mampu mendengar.

Aku menggelengkan kepala.

Geli-geleman pula rasa melihatkan kemesraan antara mereka berdua itu. Abang ngah yang sentiasa pasrah akan kenakalan kak ngah.

Walaupun aku yakin, sebenarnya bang ngah lebih nakal berbanding isterinya. Cuma takkanlah dia mahu tunjuk pula.

Kak ngah ini sama saja seperti baru kahwin dulu. Sifat merenyamnya pada sang suami suka sangat ditunjukkan di depan aku. Depan orang lain, tidak pula. Macam dia seorang saja pula yang ada pasangan ingin bermanja.

"Dahlah, kak ngah. Tak tahu malu betul. Gatal!" ujarku. Menyampah pula.

"Eh, biarlah. Suami kak ngah. Jom, abang masuk bilik." Wajah abang ngah dipandang dengan senyum manis.

Abang ngah bangun lalu menurut saja langkah isterinya. Riak wajahnya juga tampak turut pasrah akan kelakuan sang isteri yang manjanya lain itu.

"Kak ngah gatal!"

Bantal dibalingkan ke arahnya yang sedang berjalan keluar dari bilik dengan suaminya itu. Tapi tersasar pula.

"Tak dengar!" balasnya.

Pintu bilik, ditutup semula lalu langkah diatur ke katil. Tubuh dihenyakkan ke atasnya dengan tangan kanan diletakkan ke atas dahi.

Merenung masalah yang entah bila akan selesai. Memikirkan rasa malu yang bakal ditanggung olehku sendiri di depan ahli keluarga yang lain, apatah lagi.


Perasaan Yang Terlarang | E-BOOK Where stories live. Discover now