BAB 20

10.7K 271 6
                                    

TUBUH dihempaskan ke atas sofa setelah selesai menidurkan kesemua anak buahku. Masih tengah hari namun semuanya sudah kepenatan.

"Nampak penat betul. Faahad pergi mana?"

Mata dicelikkan untuk melihat empunya suara tersebut.

"Kak ngah rupanya." Nafas dihela.

"Jaga anak-anak kak ngah la. Kita kan asyik kena jadi baby sitter je bila dia balik ke sini. Dahlah tak bagi upah pun."

"Alah. Bukannya selalu pun kak ngah balik. Masa ini sajalah mereka boleh jumpa Pak Su kesayangan mereka ni. Kak ngah pun dapat spend time dengan abang ngah." Dia mengekeh tertawa gedik.

Sejak anak tiga ini, makin lain saja sifat kak ngah aku yang dulunya anti lelaki ini. Risau pula aku dibuatnya. Seperti bukan dirinya saja.

"Gatal betul," gumamku.

"Eleh. Gatal kak ngah pun, kak ngah kahwin lepas dah ada kerja." Selambanya dia berkata.

Tanpa dia ketahui bicaranya itu telah menimbulkan bara di hatiku dengan begitu mendadak.

Panahan mataku tajam menatap sepasang mata kak ngah yang mulut celupar itu.

"Habis kau nak kata aku menggatal sampai tak sempat nak tunggu ada kerja lah? Memang semua orang dalam rumah ni tak akan percayakan aku kan? Memang aku sajalah yang nampak salah kan?! " Frekuensi suara  naik meninggi.

Bingkas aku bangun dari duduk lalu mengorak langkah ke bilik. Lelah menahan sabar dengan mulut celupar manusia di sekeliling.

Pintu dihempas kuat. Rambut diramas kasar. Berkira-kira membuat keputusan untuk keluar dari rumah ini atau tidak. Aku cuma bimbang tidak mampu bertahan saja lagi selepas ini.

"Faahad.. Kak ngah minta maaf. "  Ketukan pintu kedengaran.

"Pergi mampus lah dengan maaf kau tu!" selaku kasar.

"Faahad, jaga bahasa tu. Hormat kak ngah." Suara abang ngah pula kedengaran.

"Pergilah! Aku akan keluar dari rumah ini! Semua orang buruk sangka dengan aku."

Lantaran itu, beg galas di atas kerusi belajar diambil dan dibawa ke atas katil. Almari pakaian dibuka dan segala pakaian yang aku selalu pakai disumbat masuk ke dalam beg.

"Faahad! Jangan buat kerja gila!" jerit kak ngah dari luar.

Pintu dikuak olehku dengan kasar. Dengan dada yang kian berombak kasar, aku merempuh kasar tubuh kak ngah yang masih tercegat di depan pintu bilik hingga dia jatuh terduduk.

"Argh!"

Aku tidak endahkan desahannya. Semakin laju langkah dibawa.

"Ya Allah, Rin!"

"Ab.. Abang.. Sak.. Sakit.." Suaranya tertahan saja.

Sontak, langkah aku mati. Tiba-tiba rasa tidak enak menjalar di segenap tangkai hati. Baru kali ini aku menoleh.

"Tahan kejap, sayang. Abang bawa ke hospital sekarang," kata abang ngah sebelum mencempung tubuh isterinya.

Mataku membulat dan mulutku ternganga apabila melihat ada cairan merah mengalir dari seluar tidur yang dipakai oleh kak ngah mengalir ke lantai.

Wajah kak ngah berkerut menahan kesakitan dengan peluh yang sudah membasahi dahi.

Jantung aku mula berentak laju. Air liur ditelan sekali terasa kesat. Perlahan kepala terasa dicucuk dek melihat itu.

"Kak.." tidak terkeluar suara aku saat ini. Tergamam. Pertama kali seumur hidup aku telah menyakiti kakak kandung sendiri tanpa aku sedari.

Abang ngah membawa isterinya masuk ke dalam kereta tanpa sedikit pun memandang aku. Riak wajahnya terlalu jelas terpancar kerisauan.

Pap!

Tidak semena-mena pipi aku terasa pijar dek tamparan hebat yang hinggap. Sakit. Pedih. Hinggakan ada cecair hangat mengalir di pinggir bibir.

"Adik jenis apa kau ni, Faahad?! Tolak kakak kau sendiri yang tengah ada isi tu. Apa biadap sangat kau ni? Ni mesti sebab perempuan liar tu kau jadi macam ni kan?" Umi menempelak aku kasar.

Namun aku masih mendiamkan diri tanpa membalas tatapan umi terhadap aku.

"Kau nak sangat keluar dari rumah ni, kan? Keluarlah! Sanggup sakitkan darah daging sendiri hanya sebab seorang perempuan asing."

Tubuhku ditolak kasar oleh umi hingga akhirnya kaki aku tidak lagi berpijak pada lantai rumah.

Aku masih tidak beriak apa-apa. Tapi dalam hati, aku sudah sumpah seranah diri sendiri kerana telah menjadi punca untuk perkara yang bakal terjadi kepada kak ngah.

Tanpa bersuara lagi, aku berjalan ke kereta dan barang dimasukkan ke dalam. Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bergerak keluar dari perkarangan rumah.

Beberapa minit kemudian, kereta dihentikan di tepi jalan. Telefon dibuka dan nombor wanita yang sudah lama aku tidak hubungi dicari. Sebaik dijumpa, lekas telefon ditekapkan di telinga. Menanti Evelyn menjawab.

"Hello, assalamualaikum." Sapaku.

"Waalaikumsalam. Faahad?"

"Ye, saya ni."

Baru tahu payahnya berkahwin sambil belajar ini. Banyak perkara yang hendak difikirkan dan dijaga sebaiknya. Tipulah kalau aku tidak pernah merasa menyesal. Tapi aku cuma mahu kumpul pahala membantunya.

Atau itu cuma sebuah alasan untuk aku dimanjakan oleh seorang wanita bernama isteri? Aku sendiri buntu. Hati sendiri pun adakalanya aku tidak dapat baca dan fahami apatah lagi mendalami.

"Kenapa awak call saya ni?"

"Saya nak balik Kedah mulai hari ini. Saya dah tak mahu sambung belajar lagi. Saya dah penat hadap semuanya. Saya cuma mahu hidup dengan awak saja," lemah suaraku berkata.

"Faahad! Awak jangan buat kerja gila! Tak perlulah sampai berhenti belajar semata sebab saya."

"Saya lebih rela hilang segalanya tapi bukan awak, Evelyn."

Aku tidak sangka aku boleh jadi sebodoh ini hanya kerana seorang makhluk yang bernama wanita.

"Faahad, no. Tak boleh. Awak kena fikir tentang masa depan awak. Umi dan abah awak. 23 tahun mereka besarkan awak dengan korbankan segalanya yang mereka ada termasuk wang mereka. Awak nak balas begini? Mana pergi akal waras awak yang Tuhan dah pinjamkan itu? Jangan sia-siakan."

"Awak.. kena bersyukur. Awak masih dapat sambung belajar. Ada yang masih sudi dan mampu tanggung awak. Bukan seperti saya. Saya tak mampu merasai semua itu. Tolong, Faahad. Saya merayu.."

Mataku terpejam.

Entah jalan apa lagi yang harus aku pilih. Sama ada pergi meninggalkan keluarga sendiri atau pulang ke pangkuan isteri yang jauh di Kedah sana.




- bertahankah hubungan yang dibina saat tidak direstui orang tua? -

Perasaan Yang Terlarang | E-BOOK Where stories live. Discover now