Ebook Perasaan Yang Terlarang

8.7K 157 20
                                    

Hi peeps!

Setelah agak lama saya mendiamkan diri dari update PYT, akhirnya ianya telah siap dikarang sepenuhnya dan dikeluarkan dalam bentuk buku elektronik (ebook).

Details :

• muka surat : 505
• patah perkataan : 38k++
• font : cambria saiz 14
• ending : happy
• dalam bentuk pdf.
• bab : 50
• harga : rm10

Ada sedikit perubahan yang dilakukan iaitu bahagian yang tidak diperlukan dibuang. Tetapi ianya sama seperti jalan cerita yang pernah diterbitkan sebelum ianya menjadi ebook. Ada penambahan.

Jika berminat untuk dapatkan atau ada sebarang pertanyaan, boleh contact  saya :-

01113147037 atau klik link di bio instagram saya (hasyagrizelle_) yang terpapar "nak beli ebook." dan nyatakan tajuk ebook untuk membeli.

Pembayaran diterima melalui tng e-wallet sahaja.

📌 Setelah pembayaran berjaya dilakukan, ebook ini akan diedarkan dalam masa 24jam. Mohon menunggu dengan sabar dalam tempoh yang diberikan. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih atas pembelian dan selamat membaca ❤️

Sekiranya ada apa apa masalah, sila berhubung dengan saya melalui dm [ hasyagrizelle_ ]

READY FILE.

Terima kasih!

Sedutan :

☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"KENAPA awak ke sini lagi? Dah cukup dah kut rasanya tempoh yang saya beri awak untuk jumpa anak-anak," kata Evelyn seraya berjalan ke pantri butiknya tersebut. Diabaikan saja batang tubuh tegap Faahad yang setia mengekorinya dari belakang.

Sukar hendak dia memaafkan penyebab perpisahan dia dengan Faahad di masa lalu.

"Saya bukan nak jumpa anak-anak. Saya nak awak, Lyn. Tak akan tak faham lagi?"

"Saya tak nak. Balik, Faahad."

"Kenapa, Lyn? Cuba beritahu pada saya."

"You betrayed me."

"When?"

☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Apa benda awak ni, Faahad? Saya dah cakap kan, selepas kita bercerai 7 tahun lepas? Awak kena terima kalau Tuhan dah ubah perasaan saya terhadap awak. Hati saya ni, dah tak ada untuk awak." Ditatap sepasang anak mata itu dengan bibir yang sudah bergetar hebat.

Dalam diam, dapat Evelyn dengarkan detak jantungnya sendiri saat menatap seraut wajah tampan itu. Rasa ini, masih sama dan tidak pernah berubah. Tapi mengapa? Bukankah lelaki itu sudah tiada tempat lagi di hatinya?

Faahad mendesis. Sinis. Setapak, dia maju dekati Evelyn yang berdiri di hadapan tubuh tegap Tengku Akid itu seolah ingin mempertahankan jejaka itu.

Wajah ditundukkan biar setentang dekat jarak antara mereka.

"Pasti?"

"Atau.. awak aje yang kerap nafikan perasaan awak sendiri, sayang?"

Lidah Evelyn kelu.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"TENGKU Akid bin Tengku Murshid."

"Saya," sahut suara garau itu.

"Aku nikahkan dikau dengan Evelyn Qiara binti Quzairi dengan mas kahwin sebanyak 20 ringgit tunai."

Tengku Akid menarik nafas sedalamnya lalu dihembus. Cuba mengurangkan gentar.

"Aku terima nikahnya Evelyn Qiara binti Quzairi dengan mas kahwin sebanyak 20 ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah?"

"Sah."

Maka dengan itu, cukup dengan hanya sekali lafaz, wanita itu sah menjadi miliknya. Milik Tengku Akid Tengku Murshid.

Manakala di sudut lain pula, tanpa Evelyn mahupun anak-anaknya sedari, ada seorang jejaka yang sedang tersenyum tipis ke arah mereka.

"Berbahagialah, Lyn. Syurga awak dah ada dengan awak," tuturnya perlahan sambil cuba menahan air mata dari mengalir keluar.

☆☆☆☆☆☆☆☆

Agak agak ending dia Lyn dengan siapa? Kalau nak tahu, dijemput beli :p

Perasaan Yang Terlarang | E-BOOK Where stories live. Discover now