" Qobiltu Nikahaha Wa Tazwijaha ala Mahril Madzkuur Wa Radhiitu bihi,wallahu Waliyut taufiq"
Alhamdulillah dengan sekali lafaz saja aisyah aurora sah menjadi isteri kepada adam adrian.Air mata mengalir di pipi entah perasaan gembira ataupun sedih..Hannah di sampingnya tersenyum segaris sambil erat menggenggam tangan aisyah yang sejuk itu.
Wajah masam umienya di pandang malah puan maria hanya memberikan jelingan tajam dan berlalu pergi meninggalkan ruangan masjid itu.
Aisyah hanya tersenyum hambar jelas yang puan maria tidak suka melihat dia menikah dengan adam.
Benci sangatkah umie terhadap adam?
" aisyah suami kau datang tu" bisik hannah bagi menyedarkan dia yang jauh termenung
"Assalamualaikum..bidadari hubby"
" Wa..waalaikumussalam.." jawab aisyah dengan malu malu.
Adam hanya tersengih melihat wajah yang sudah berona merah itu.Selesai sahaja sesi pembatalan sembahyang tadi mereka terus bergerak pulang ke rumah.
Akad nikah diaorang hanya berlangsung di dekat masjid yang berdekatan di kawasan rumah aisyah saja mungkin majlis persandingan diaorang nanti agak besar dan mungkin akan berlangsung di hotel yang mewah..itu juga rancangan mama dan papa adam.
Alhamdulillah aisyah dikurniakan ayah dan ibu mertua yang baik,yang boleh menerimanya seadanya
..
"Aisyah..boleh tak..kalau aku nak tanya satu soalan?" aisyah hanya mengerutkan dahinya apabila adam membahasakan dirinya "aku" tadi kemain lagi berhubby hubby.
" apa dia?"
" kenapa kau terima aku jadi suami kau..sedangkan kau tahu umie kau tak suka aku?" aisyah tersenyum segaris
" saya yakin awak jodoh saya,lagi pula saya dah buat solat istikharah dan alhamdulillah tuhan memberikan petunjuk yang baik pada saya..soal umie awak jangan risau saya yakin lambat laun dia akan terima awak sebagai menantunya." Adam hanya tersenyum nipis.
" sebelum tu aku ada something nak bagi dekat kau" Aisyah hanya memerhati gerakan suaminya yang sedang menyelongkar beg lalu mengeluarkan sesuatu yang membuatkannya menjadi tanda tanya.
" apa tu?"
" nah phone kau..aku terjumpa waktu aku cari kau dua minggu lepas"
" baru sekarang awak nak bagi? saya dah macam kucing hilang anak tau cari phone saya tak jumpa jumpa" huluran adam di sambut.
adam hanya menunjukkan riak tak bersalah
'bukan salah aku lagipun tuan kedai tu lambat sangat baikinya"
"baiki? apa maksud awak adam?" Phone di tangannya di belek
patutlah phone nya kelihatan agak baru dari sebelum ni
"skrin phone kau pecah lepas tu aku tolonglah baiki mana yang patut" aisyah hanya menggelengkan kepalanya.
Suka hati dia je sentuh barang orang tapi dia tetap bersyukur adam dapat menemukan phonenya kalau amirul yang pegang?
memang habislah jantan tak guna tu selongkar gambar gambar peribadinya.
" berapa?"
" berapa apa?" soal adam hairan
" berapa ratus duit awak habis untuk baiki ni?"
" tak payah nak mengada..aku tak suruh ganti pun kan" muka cemberut aisyah di jeling
" tapi adam itu duit awak..tak bolehlah macam tu.." kata aisyah dengan penuh rasa bersalah
adam hanya mengeluh.tangannya naik menekup kedua belah pipi aisyah.
YOU ARE READING
The King Mafia | C
Short StoryShort Story ❗️ *BOOK ONE * Cerita ini seratus peratus menggunakan idea kepala otak saya.Dan jika ada TERsama apa apa didalam cerita ini maafkan saya kerana saya tiada niat untuk meniru atau plagiat mana mana story dan itu mungkin hanyalah satu kebet...