"But Miss—"

"Captain. Call me captain." pantas kata-katanya dicantas oleh Hazi. Dendam? Ya. Inilah masanya untuk Hazi tunjuk pada mereka dia bukanlah juruterbang biasa yang boleh dijadikan bahan jenaka.

"Well...Yeah, Captain. Saya ingat kita dah...selesai?" salah sorang dari mereka bersuara. Dahinya dikerutkan.

"Pretty sure I never said that." sinis sekali nada Hazi.

Mereka memandang sesama sendiri. Lirikan mencari wajah ketua jurulatih mereka. Lelaki itu hanya mengangkat bahu. Langsung tiada niat untuk menahan tindakan mengejut Hazi.

Kerana dia tahu segalanya. Zayn telah menceritakan insiden yang melibatkan wanita itu dan anak-anak buahnya.

Dia juga ada dengar dari mulut orang bahawa wanita itu ada pendirian yang tinggi. Jangan sesekali cuba menimbulkan amarah wanita itu.

Tambahan, juruterbang wanita itu juga memiliki suku daripada syer syarikat penerbangan memandangkan keluarga Hazi pemilik lapangan terbang terbesar di Malaysia iaitu AirAsia. Ini bermaksud, Hazi ada kuasa terhadap tugasnya.

Tanpa sebarang kata, Zayn merempuh bahu ahlinya tanpa rasa perasaan. Dia merapati Hazi. Wanita itu perlu separuh dongak untuk memandang renungan tajam Zayn. Mata berlaga. Masing-masing melempar wajah serius.

Zayn capai satu tiket dari pegangan Hazi. Dengan tatapan yang masih memandang Hazi, Zayn koyakkan tiket itu kepada dua bahagian.

"Exclude me from your blacklist." ringas tapi padat amaran Zayn pada Hazi. Dia kemudian, melepasi Hazi dan mengambil tempat di sebelah Coach Aaron.

Mereka berlima terpinga-pinga dengan tindakan selamba Zayn. Bertubi-tubi mereka dimarahi oleh Hazi, mudah saja ketua tim mereka melepasi amukan singa itu?!

Hazi tercengang. Kepala toleh ke arah Zayn. Lelaki itu tidak mengendahkan tatapan Hazi. Sebaliknya, dia sumbat AirPods ke telinga sebelum silang kaki. Seketika, Zayn memandang kilas Hazi sebelum melempar pandangan ke luar tingkap.

"Unbelievable man." Hazi guling mata. Lirikan kembali pada lima orang pemain di hadapannya.

"Zayn memang macam tu, hati batu." kata seorang lagi dalam nada bisikan. Risau jika lelaki itu dapat dengar perbualan mereka.

"Who allowed you to speak?" tajam panahan tajam Hazi. Serta merta lelaki itu tundukkan pandangan.

Atas padang bukan main jadi jejaka malaya. Bila kena marah dengan perempuan, tahu bergetar tulang rusuk. Dasar lelaki.

"Just be glad I still have humanity and bought tickets for you guys instead of leave you all here and let you watch your other teammates back to the country right on time." kemudian Hazi lempar tiket tersebut ke dada salah seorang lelaki. Spontan lelaki itu menangkap tiket tersebut dari ditiup angin.

Hazi angkat kening. "Why are you still here? Go." dia melempar jelingan lalu kembali mengatur langkah ke ruang pemandu. Mereka disitu membatu. Masih mengharapkan pertolongan dari rakan-rakan lain tetapi sebaliknya, mereka mengejek mereka berlima yang statik di hadapan pintu itu.

"Zayn..." panggil Zahin meleret. Ingin meminta bantuan lelaki itu. Jika ingin mengharapkan rakan lain, mungkin lagi sepuluh tahun.

"Shut up." pandai buat, pandai tanggung. Zayn langsung tidak menoleh ke arah mereka. Mata kekal fokus pada helaian buku di tangan.

"Hello and Good evening. This is your lady captain speaking from the deck. We will started our journey ten minutes from now to Kuala Lumpur International Airport, Malaysia. Warning to the five dumb creatures who still standing infront of the door, please get out of the jet before you miss your special flight. Thankyou." serentak terhambur tawa kuat mereka mendengar pengumuman ikhlas dari lubuk hati Hazi.

Sebenarnya, Hazi tidak perlu beri pengumuman panjang lebar seperti tadi kerana dia membawa jet pribadi, bukan kapal terbang yang dipenuhi oleh ramai penumpang. Sengaja dia gunakan kuasa juruterbangnya untuk mengancam lima orang lelaki tadi. Dia tahu mereka berlima masih di situ.

"Psst, Coach." panggil satu suara di belakang Coach Aaron.

"Siapa pilot tu? She's extremely gorgeous." soalnya dengan senyuman. Biarpun wanita itu sedikit... garang namun dia memiliki daya tarikan yang kuat.

Tiba-tiba Zayn di sebelah Coach Aaron berdehem kuat membuat mereka berdua menoleh ke arah lelaki itu. Mata masih membaca isi buku. Seketika, Coach Aaron dan anak buahnya berpandangan.

"Oh, dia backup pilot untuk kelab JDT. Tapi dia terpaksa bantu kita sebab main pilot kita terlibat dengan kemalangan kecil. And we don't have any other pilot." terang Coach Aaron. Bukan dia tak tahu anak-anak buahnya itu kalau tak gatal, tak lengkap hidup.

"JDT? Eh, Zayn kau kenal dia? Kau kan dari kelab sana." dia goncang bahu Zayn di hadapan. Zayn yang sekadar memasang telinga hanya menggeleng kepala.

"Dengar cerita next month kelab kau ada celebration untuk JDT family. Kalau dia betul-betul under kelab kau, mesti dia ada sekali nanti, kan?" Zayn angkat bahu. Tidak tahu.

"Isy, malas aku cakap dengan kau. Mulut penuh emas." dengan rasa geram dia duduk ke tempatnya semula.

Mata meliar-liar membaca buku.  Oleh itu kesihatan mental Zayn kuat. Dia sering baca buku-buku motivasi untuk meningkatkan semangat. Buku tentang kehidupan, jalan cerita hidup karyawan. Dia cuma tidak baca buku cinta sahaja. Tidak minat.

"Zayn, the seasoned already end. Kamu balik Johor bila?" soal Coach Aaron. Zayn cabut sebelah AirPod sambil memandang wajah itu.

"I need to attend my friend's wedding next week. So maybe, the day after the wedding?" Coach Aaron panggung kepala.

"Kawan-kawan kamu hampir semua kahwin. Kamunya bila, Zayn?" soal Coach Aaron disusuli tawa. Umur Zayn kian meningkat dua puluh tujuh, namun batang hidung jodoh pun masih belum kelihatan.

"I found one already," balas Zayn dengan tenang.

"Sejak bila? Wah!" teruja Coach Aaron mendengar itu. Kali pertama dia dengar Zayn sebut tentang wanita. Jika tidak, sebelum ini kalau boleh perkataan 'perempuan' pun dia tidak berminat.

"Who's that lucky woman?" sememangnya Zayn Chester pekej lengkap. Idaman para wanita. Siapakah gerangan yang memetik bunga di taman? Pasti wanita itu bukan calang-calang wanita yang mampu membuat Zayn jatuh hati padanya.

"An angel." kemudian, Zayn sumbat sebelah lagi Airpods ke telinga. Mata kembali pada buku.

 Mata kembali pada buku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲Where stories live. Discover now