"Buat apa balik?" Sekali lagi aku bertanya dengan nada tertahan-tahan. Menahan hamburan esak tangis.

Tak boleh. Aku sudah cukup menangis untuk lelaki yang aku panggil papa ni. Boleh dikira berapa kali saja aku berjumpanya dalam setahun. Disaat usia aku yang sangat memerlukan bentuk dewasa bergelar orang tua, tapi itu jugalah yang aku tidak mampu miliki. Menyedihkan.

Kenapa? Kenapa berkahwin dan mempunyai anak kalau akhirnya hanya menganiaya dan culas?

"I'm sorry."

"For what?" Kening aku jungkitkan.

Cepat! Cepat cakap kau minta maaf untuk apa! Meronta-ronta hati mahu melengking melepaskan yang terbuku.

Ya tuhan, sabar yang menipis ni kau kekalkan lagi. Tolong.

"I'm sorry for everything, sayang." Aku sungging sinis. Sayang? "Sha hampir nak kena rogol baru dapat dengar papa panggil Sha sayang." Aku mengangguk perlahan.

Air mata yang aku tahan dah mengalir laju. Aku sudah tidak mampu. Berharga sungguh ucapan sayang Papa sampaikan aku perlu sehancur ni baru terdengar luahan yang sekian lama aku idamkan.

"I need to cut myself to death in order to get you fly in here. Right, Papa?" Aku mencari anak matanya yang menunduk.

"I need to experience nearly getting r-raped to get your attention from your work. Am I right, Papa?" Dahi aku berkerut, entah apa yang aku harapkan papa balas.

Papa bungkam, masih menunduk.

Seketika pintu dikuak daripada luar. Aku berkerut melihat seorang wanita dan budak perempuan yang dalam lingkungan usia 9 tahun menghampiri.

"Abang..."

Abang? Berkerut aku mendengar panggilan itu.

Aku yakin panggilan itu ditujukan kepada Papa. Tiada lelaki lain diruangan ini. Papa yang menunduk pantas menoleh kearah perempuan itu dan mengukir senyuman nipis.

Aku dapat mengagak apa hubungan mereka tapi aku mohon papa untuk menidakkan.

'Please, Papa.'

"Sha. Ini ibu tiri dan adik Sha." Papa merangkul bahu 'adik' aku. "She's Sofia Paulina and my wife Azira." Tuhan. Retak berderai hati aku.

Berderai.

Hancur.

Tiada selindung daripada papa. Malah, wajah tu tersenyum nipis memperkenalkan mereka seolah yakin penerimaan aku bakal positif.

"I-ibu? Ad-adik??" Soalku hampir tidak percaya.

Berombak kasar dada aku. Perempuan yang dikatakan mama tiriku itu menunduk terkulat-kulat.

"Papa tinggalkan Sha dekat sini seorang diri macam Sha ni bukan darah daging papa then you have the audacity of having another family?! I was left here all alone while you are having a great time with your new family!" Aku melengking dengan air mata terlalu laju aku tak dapat bendung.

"Papa boleh pergi dengan keluarga baru papa dan biarkan Sha mampus dekat sini!" Keras dan kuat jeritanku sambil tangan menunding kearah pintu keluar menghalau mereka semua.

"Mind your words, Sha!" Papa meninggi suara. Pertama kali aku dijerkah papa membuatkan aku terus tersentak dan terdiam. Bibir aku gigit kuat menahan rasa.

"I-I'm sorry, sayang. Please don't do this... Let us live happily as one family? Papa banyak salah pada Sha dan papa tahu papa ayah yang teruk. I am incompetent and I wish to make it better with the help of Azira. Let us open a new book for our family, sayang."

Aku menyinis. Happily? New book?

Aku pandang tajam anak mata papa. Rahang aku ketap kuat. "You neglected me for only God knows how long and suddenly you brought a woman and a child hoping for me to accept it and live happily as one family?" Soalku sarkastik.

"Have you ever perceived me as your daughter? Have you ever cared about me? Have you ever wondered about my wellbeing here? Have you ever worried about me? Have you ever... For ONCE! Think. About. Me, papa?!" Ruang wad persendirian itu penuh dengan suara aku yang melengking dengan esakkan tidak terbendung. Dada berombak garang melepaskan yang tersimpan.

Perempuan itu hanya menunduk dan anaknya kelihatan takut bersembunyi dibelakang ibunya dengan mata segar merenung aku.

Suasana jeda. Mungkin terlalu sesak dengan emosi, papa tidak bersuara dan membiarkan aku bertenang.

"I admit I did you wrong..." Papa memecah sunyi canggung.

'Why did you, Papa?'

"I'm a failure. I failed you as a dad... I'm sorry."

'Why don't you become better when you have the chance? How many more sorry for this to end?'

"Papa tak hiraukan Sha, biarkan Sha for months. I neglected you."

'Why did you leave me when you knew that I needed you most?'

"I knew all that."

'Still, you chose to do it. Why?'

"I was working hard to provide that I failed to be there for you."

'Working for your new family I guess. Yes. You failed... And now you lose me too.'

Sekecewa itu aku. Terlalu kecewa.

Setiap bantahan itu hanya bergema dalam benak yang tidak terluah. Setiap apa yang Papa cuba jelaskan kedengaran menyakitkan dengan alasan bodoh!

Aku rasa hendak menjerit dan menjawab setiap luahan Papa. Semua alasannya tidak ada harga bagiku. 17 tahun usiaku dengan berbakikan beberapa bulan untuk aku duduki ujian besar IGCSE, aku diuji sehebat ini.

Dibuli hampir setiap hari dan kini hampir dirogol. Papa datang dengan menambah luka membawa orang baru dalam kehidupan kami.

Aku yang satu-satunya saja dibiar lepas hidup sendiri kini ditambah pula orang lain dalam kehidupan kami. Ternyata kewujudan aku tidak cukup malah tiada harga.

Always an option. Aku tarik senyum sinis. Nafas aku tarik dalam dan aku lepas kasar.

"I want to change school." Dingin aku hiraukan luahannya.

"Tapi, lagi beberapa minggu aje Sha nak exam kan... It will be better if-"

"Don't make me hate you more, Papa." Mata aku mencerlung tajam melawan anak mata Papa. "I'm. Changing. School." Tegasku.

"Okay. I'll settle for your admission to a new school." Papa akur.

"After the final exam, I'm leaving for Melbourne." Aku tegaskan seperkara lagi. Papa menghela nafas panjang.

"Sure."

Aku memandang datar wajah perempuan yang bergelar Ibu. Ibu tiriku dan adik tiriku. Wajah budak itu polos merenungku. Ada irasku dan aku yakin anak papa bersama perempuan itu.

Begitu lama aku dibodohkan dan tidak mengetahui perkahwinan Papa dan kewujudan keluarga barunya. Mereka yang akhirnya menerima perhatian dan kasih sayang papa sedangkan aku terkontang kanting merayu cebisan perhatian papa yang terlalu mahal untuk aku.

Tapi, semua sudah terlambat. Aku malas mengambil tahu. Mereka mungkin keluarga Papa tapi bukan aku yang pastinya. Aku dihiraukan jadi itulah juga yang aku akan berikan.

'You chose to forsake me, Papa? I'll follow your lead then.' Aku nekad.






Edited (11/5/24)












P A L O M A [COMPLETED]Where stories live. Discover now