chapter 25

49 10 0
                                    

Kini Eidul sudah kembali ke Johor. Kereta Volvo x40 milik Eijaz terparkir elok diperkarangan rumah encik Mustapha. Setelah sampai di lapangan terbang pagi tadi Eijaz terus membawa dia ke rumah bakal mertuanya untuk membincangkan tarikh akad nikahnya.

Keluarganya semua sudah berada di situ termasuk saudara maranya kecuali dia dan Eijaz. Mereka berdua memberi salam lalu masuk ke dalam rumah itu apabila puan Inayah menjemput mereka berdua masuk.

"Memandangkan anak saya dah sampai, boleh lah kita teruskan perbincangan yang sempat tertunda tadi", ujar Eidwin kepada rakan karibnya encik Mustapha.

"Aku setuju je dengan apa apa yang dicadangkan oleh anak kau", ujar Mustapha dengan senyuman sementara Inayah dan Laila hanya menjadi pemerhati.

Sebenarnya kalau nak ikutkan hati Inayah, dia ingin membantah keinginan suaminya kerana dia tidak ingin anak tirinya itu terpaksa dengan perkahwinan ni, tapi nak buat macam mana suaminya beritahu yang ini semua kehendak arwah Alea, jadi hanya akur.

"Ash nak majlis akad nikah berlangsung pada hujung minggu ni", ujar Eidul.

"Tak ke cepat sangat tu", ujar Laila terkejut maknanya tinggal tiga hari je majlis akad akan berlangsung sempat ke nak sediakan semuanya.

"Lagi cepat lagi bagus", ujar Mustapha .

"Kalau itu yang kau nak kami setuju je lah", ujar Eidwin dengan pasrah begitu juga dengan yang lain.

"Memandangkan semua tak membantah, saya anggap semua setuju lah ni", ujar Inayah pula.

Mereka hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan. Nak bantah pun tak ada guna anak mereka yang satu ni memang keras kepala kalau dah cakap A memang itu lah pilihan dia tiada B atau C.

"Kalau macam tu semua persediaan pihak lelaki yang akan tanggung", ujar puan Laila.

"Kalau macam tu kami sediakan apa yang patut je lah", ujar puan Inayah dengan senyuman manis.

"Ok, lah Mus kami balik dulu, jumpa waktu majlis akad", ujar Eidwin lalu bersalam mesra ala lelaki begitupun dengan isteri dan saudara mara mereka yang lain tak terkecuali Eidul yang juga bersalaman dengan keluarga bakal mertuanya.

"Assalamualaikum, ujar Sofea yang memasuki butik mereka diikuti Lashiera dari belakang.

"Waalaikumussalam,", ujar Xaviera yang sedang mengemas baju pengantin.

"Kenapa ni macam ada gempa je", ujar Sofea apabila beberapa baju pengantin yang bertabur di atas Sofa.

" Ada customer datang tadi punya lah cerewet semua serba tak kena", ujar Xaviera sambil mengutip beberapa helai baju pengantin.

"Dia ada beli tak?", soal Lashiera yang sudah duduk di atas sofa.

"Satu pun dia tak beli ", ujar Xaviera menahan geram apabila mengingati pelanggan perempuan tadi.

"Tak apa lah, mana Rossa dan abang aku?", soal Lashiera.

"Dorang pergi beli makanan kejap lagi datang lah tu, korang dah solat?", soal Xaviera.

"Dah kami singgah masjid sebelum balik tadi", ujar Sofea di sebelah Lashiera.

Sedang mereka berbual, terdengar suara lembut Rossa memberi salam memasuki sistem pendengaran mereka.

"Assalamualaikum", ujar Rossa.

"Waalaikumussalam", ujar mereka bertiga.

Jibrael menghulurkan plastik makanan kepada Xaviera yang berdiri dihadapannya.Xaviera hanya menerima huluran plastik itu tanpa banyak bunyi.

"Aku ada benda nak bagitahu korang, terutamanya pada adik", ujar Jibrael lalu melabuhkan punggu di atas kerusi hadapan kaunter.

"Apa dia", ujar mereka sementara Lashiera hanya memerhati wajah abangnya.

"Ibu ada call tadi cakap pihak lelaki dah tentukan tarikh akad adik, so korang semua kena ikut abang balik esok, butik ni kakak kawan abang akan jaga buat sementara waktu, rasanya kejap lagi mereka akan sampai", ujar Jibrael serius tidak ada lagi gaya nak bergurau.

"What!", Ujar mereka semua terkejut.

"Kenapa tak bincang dengan adik dulu kalau nak buat keputusan?", soal Lashiera naik angin dengan sikap keluarganya yang suka buat keputusan tanpa fikirkan perasaannya.

"Nak buat macam mana pihak keluarga lelaki dah datang merisik adik dan abah pun dah terima nak tolak pun rasa nya dah terlanjur, abang bukannya boleh buat apa-apa", ujar Jibrael sambil menunjukkan kepala tak berani melihat wajah datar adiknya.

Rossa dan Xaviera juga geram dengan perangai cikgu mereka.

"Mesti Sir Eidul yang paksa keluarga Lashiera supaya setuju", bisik Xaviera dicuping telinga Rossa sementara Sofea ahanya berdiam diri tidak tahu nak cakap apa.

Lashiera menghembuskan nafasnya perlahan untuk menenangkan dirinya supaya tidak tersalut emosi.

"Tak apa lah kalau macam tu", ujar Lashiera dengan pasrah.

"Assalamualaikum ", sapa Hazziq dan Hanifah.

"Waalaikumussalam", sampai pun korang", ujar Jibrael melangkah menuju ke arah sahabatnya.

"Kau nak apa suruh aku bawa akak aku pergi sini?", soal Hazziq.

"Aku nak akak Hani tolong jagakan butik adik aku", ujar Jibreal memohon.

"Akak ok je asal kau bayar upaya", ujar Hanifah lalu menuju ke arah Lashiera.

"Hi, adik-adik akak?", soal Hanifah ceria

"Eh, kak Hani ", sapa mereka juga ceria sementara Lashiera hanya menayangkan senyuman.

"Akak ke yang akan jaga butik ni?", soal Rossa yang cukup rapat dengan kak Hani yang merupakan pelanggan VVIP mereka.

"Haah", Ujar Hani ceria.

"Macam mana akal kenal dengan abang Jibrael?", soal Xaviera sementara Lashiera hanya mendengar perbualan mereka.

"Jibrael tu kawan rapat dengan adik akak si Hazziq kalau tak silap akak dari mereka sekolah menengah", ujar Hanifah.

"Akak, jemputlah duduk aku buat air kejap", ujar Lashiera lalu beredar ke pantri membuat air.

Tak sampai sepuluh minit dia datang kembali bersama dulang yang berisi Jus mangga dan beberapa jajan.

"Jemputlah minuman", ujar Jibrael.

"So, bila aku boleh start kerja", ujar Hanifah yang ingin berkerja sepenuh masa bukan hanya untuk menjaga butik ini buat sementara waktu.

"Akak boleh start kerja esok", ujar Lashiera lalu menyerahkan kunci butik kepadanya.

"Tak boleh ke akak start je hari ni, lagi pun akak bukan ada kerja", ujar Hanifah.

"Eh, kau orang bagi betis nak peha pula", ujar Jibrael.

"Kau jangan nak kurang ajar eh Jib, aku ni tua dari kau tau so panggil aku akak bukan kau", ujar Hani lalu menjeling tajam.

"Elehh , beza tiga tahun je", ujar Jibrael.

"Still, aku lebih tua sila hormat", ujar Hanifah tak mengaku kalah.

"Apa-apa je lah janji kau bahagia", ujar Jibrael pasrah dan mendapat gelak ketawa dari mereka yang berada di situ kecuali Lashiera.

Seperti yang telah mereka bincangkan kelmarin, hari ini Hanifah sudah memulakan pekerjaan di butik Alea Collection. Dia cukup penat memandang banyak pelanggan membeli baju abaya dan baju pengantin hari ni memandangkan sebahagian pelanggan membeli set untuk convocation.

Dia berehat sebentar apabila merasa kedatangan pelanggan semakin berkurangan sudah lah hanya dia seorang saja patutnya dia ajak Hazziq sekali tapi adik dia tengah busy dengan studio dia yang hampir siap.

Lashiera Mardhia:Racun Cinta(In Editing)Where stories live. Discover now