Bab 3

1.6K 136 16
                                    

Malam itu selepas membersihkan diri Hayfa duduk menangis di birai katil. Dia bagai tak percaya kini dia telah menjadi isteri kepada Syaqil. Sanggup Fazil lupakan segala janji manis yang diberikan padanya, hinggakan hari ini dia terpaksa berkahwin dengan Syaqil. Memang dulu dia dan Syaqil pernah bercinta. Tapi setelah bertemu dengan Fazil dia sedar perasaannya pada Syaqil hanyalah sekadar rasa selesa dan rasa kagum kerana sejak dari kecil Syaqil selalu menjaganya dan mengambil berat tentangnya.

Selepas dia berpisah dengan Syaqil, jika Syaqil balik ke Malaysia pun lelaki itu akan mengelak untuk berjumpa dengannya. Jika berjumpa pun Syaqil memang dingin padanya, jika dia tegur Syaqil pun. Syaqil akan menyindirnya dengan kata-kata yang pedas. Bagaimana dia mahu hidup dengan Syaqil Asran yang sememangnya sudah berubah sikap 360 darjah.

Sedang leka termenung dan menangis tiba-tiba Hayfa tersentak apabila melihat pintu biliknya terkuak daripada luar. Kelihatan kelibat Syaqil masuk ke biliknya. Di tangan Syaqil memegang satu beg baju. Dengan wajah yang penuh dengan air mata Hayfa memandang ke arah Syaqil, hatinya berasa berdebar dan takut apatah lagi ini malam pertamanya dengan Syaqil. Syaqil pula hanya merenungnya tajam. Selepas beberapa ketika Syaqil tersenyum sinis padanya. Lalu suaminya itu mengeluarkan tuala dari dalam dalam beg dan pantas melangkah ke kamar mandi.

Hayfa hanya memerhatikan saja gelagat Syaqil yang beriak seolah-olah dia tiada di situ. Entah kenapa hatinya terasa sangat sakit ketika itu. Dia terus menangis teresak-esak di atas katil. Setelah beberapa ketika Syaqil keluar dari kamar mandi. Kelihatan lelaki itu cuma memakai tuala putih  yang melilit  di pinggangnya. Di tangannya juga ada satu tuala kecil yang digunakan untuk mengeringkan rambutnya. Terkedu Hayfa melihat badan sasa Syaqil sudahlah Syaqil merenungnya tajam. Cepat-cepat dia alihkan pandangannya ke arah lain. Air matanya yang turun dia seka berkali-kali.

Syaqil yang melihat Hayfa menangis perlahan melangkah ke arah isterinya sehingga dia berdiri betul-betul di depan Hayfa. Hayfa yang melihat Syaqil mendekatinya pantas mengesot hingga badannya berlanggar dengan kepala katil. Takut dia melihat Syaqil berdiri di depannya.

Syaqil naik ke atas katil. Dia dekatkan badannya dengan Hayfa. Kini kedua tangannya dia paku di kepala katil betul-betul di tepi kepala Hayfa.

"Kenapa kau menangis?" Soal Syaqil tegas. Dalam hatinya sudah menahan rasa geram. Dia yakin Hayfa teringatkan bakal suaminya yang tak jadi itu. Hatinya rasa bagai terhiris-hiris saat itu. Kini Syaqil dekatkan wajahnya dengan wajah Hayfa. Sampaikan Hayfa dapat rasa nafas Syaqil mengena mukanya. Dia sudah rasa kecut perut ketika itu. Sudahlah dengan keadaan Syaqil yang hanya memakai tuala.

"Ta..tak ada apa. A..abang bu..buat apa abang dekat sangat dengan Faa ni. Jauhlah sikit." Kata Hayfa dengan nada tergagap. Sambil tangannya dia cuba menolak badan Syaqil. Pantas sebelah tangan Syaqil menahan dan menggengam kedua belah tangan Hayfa.

"Kau tak jawab soalan aku Raja Hayfa Hanina. Aku tanya kau. Kenapa kau menangis? Apa kau teringatkan lelaki yang dah kecewakan kau tu ke? Kesian kau kan cinta tak kesampaian. Lastly kau kahwin juga dengan lelaki yang pernah kau reject ni." Syaqil tersenyum sinis pada Hayfa. Kini dia dekatkan lagi wajahnya pada Wajah Hayfa. Sebelah tangannya dia elus perlahan pipi Hayfa.

"A..abang nak buat apa ni?Jauhlah." Kata Hayfa. Dia sudah memejamkan matanya apabila Syaqil mengelus pipinya. Jujurnya dia tidak sedia untuk adalan hubungan suami isteri dengan Syaqil memandangkan dengan situasi yang berlaku pada hari ini.

"Kau tanya aku nak buat apa Hayfa. Ehh, aku rasa kau bukan budak bawah umur yang tak tahu apa yang orang baru kahwin buat malam pertama macam ni." Bisik Syaqil sinis di tepi telinga Hayfa. Dia sudah ketawa kecil seperti orang psiko.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now