Bab 5

1.7K 143 30
                                    

Hayfa selesai menghidang makan malam di meja makan. Dia melaung memanggil nama Syaqil yang sedang menonton tv di ruang tamu.

"Syaqil Asran!!! Makan!!!" Laung Hayfa.

Berkerut dahi Syaqil mendengar Hayfa melaung namanya. Pantas dia off tv dan dia melangkah ke meja makan.

"Woii, yang kau melaung kuat macam bini tarzan tu panggil nama aku dah kenapa? Tak reti ke nak panggil suami kau ni elok-elok." Syaqil menjeling tajam ke arah isterinya.

"Eleh..cakap orang. Dia pun sama tak reti cakap lembut-lembut dengan isteri. Abang kena ingat isteri tu cerminan suami. Faa ni cuma ikut rentak abang je." Kata Hayfa sambil dia flip rambutnya lalu dia melangkah semula ke dapur untuk mengambil air sirap yang telah dia bancuh.

"Melawan-melawan itu jelah kerja kau kan!" Marah Syaqil namun Hayfa terus melangkah ke dapur sambil tersenyum sinis. Geram pula Syaqil melihat lagak acah-acah diva isterinya itu. Tahulah kau lawa tak payah nak flip-flip rambut tu. Nasib la iman aku ni setinggi langit ke tujuh kalau tak masak dah kau aku kerjakan kau Hayfa. Getus hatinya.

Syaqil melabuhkan duduknya di kerusi, Hayfa yang sudah membawa air sirap ke ruang makan pantas menuang air ke dalam gelas dan mencedokkan nasi untuk Syaqil diletakkan pinggan nasi di depan suaminya. Selepas itu dia melabuhkan duduknya di sebelah Syaqil.

"Erm..abang..." Panggil Hayfa meleret sambil tersengih comel. Jari telunjuknya dia tunjal-tunjal di bahu Syaqil. Syaqil yang baru nak cedokkan lauk terus meletakkan kembali sudu, lalu dia menoleh ke arah Hayfa.

"Ermm..kenapa? Soal Syaqil dengan riak wajah dingin.

"Erm..tadi kat sekolah abang okey ke?" Soal Hayfa yang masih tersengih.

"Apa maksud kau dengan aku okey ke tak?" Soal Syaqil sambil mengerutkan keningnya.

"Abang ada tak kena buli dengan budak-budak kelas lima Sapphire tu. Yelah contoh, macam muka abang kena baling dengan duster ke? Tak pun diaorang letak gam kat kerusi abang ke. Atau diorang letak perangkap tikus dekat bawah meja abang ke? Atau ada lagi benda buruk yang lain terjadi kat abang sampai abang rasa nak menangis-nangis dan kata macam ni. Kenapa korang semua ni nakal sangat...tolonglah..tolonglah. Cikgu dah tak tahan nak mengajar korang semua ni...cikgu rasa nak berhenti...." Kata Hayfa sambil dia buat-buat muka dan suara seolah-olah sedang berlakon.

Syaqil yang melihat telatah Hayfa sudah menahan tawanya. Bibirnya sudah terjongket sedikit. Pantas dia jentik kuat dahi isterinya.

"Aduh!!! Apa abang ni? Kenapa jentik dahi Faa?" Marah Hayfa.

"Sebab kau punya drama tu buat aku terbantut nak makan tahu tak. Tolonglah ingat aku macam kau ke nak drama menangis-nangis macam tu. Aku nak kena buli? Memang tak ler. Budak-budak tu yang kena buli dengan aku adalah." Jawab Syaqil sambil dia tersenyum sinis menayang muka bangga.

"Yelah tu. Entah-entah siang tadi teruk abang kena dengan budak-budak tu. Tapi cuma abang je yang tak nak mengaku kan."

"Kau tak percaya sudah. Suka hati kau. Malas aku nak layan kau." Kata Syaqil lalu dia cedok lauk, dia baca doa dan dia makan nasi di depannya. Sengaja dia buat tak tahu pada Hayfa yang masih ingin menyoalnya dengan pelbagai soalan. Hayfa sudah menjeling Syaqil. Geram dia apabila Syaqil melayannya begitu.

Selepas makan Syaqil duduk di ruang tamu. Dia membaca buku tentang pedagogi pendidikan yang ada di tangannya. Hayfa yang baru habis mengemas dapur melabuhkan duduknya di sebelah Syaqil. Pantas dia belek dua lagi buku yang ada di atas sofa.

"Hai itulah, dah belajar sampai PHD bidang bisnes nak jugak jadi cikgu, kan dah kena baca buku pengurusan tingkah laku murid, buku pedagogi bagai. Buang masa je." Kata Hayfa selamba sambil dia buka buku itu. Syaqil terus menutup buku di tangannya apabila mendengar kata-kata Hayfa.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now