BAB 8

1.4K 147 12
                                    

Malam itu Syaqil sudah bersiap hendak keluar, dia mencapai kunci motornya lalu pantas dia keluar dari biliknya. Baru saja dia keluar dari bilik tiba-tiba Hayfa meluru ke arahnya.

"Abang!!!" Jerit Hayfa lalu dia menarik tangan Syaqil. Berkerut dahi Syaqil apabila melihat Hayfa memeluk lengannya.

"Kau dah kenapa ni?" Soal Syaqil.

"Abang! Dalam bilik Faa ada lipas. Tadi ada lipas atas katil Faa. Sebelum abang keluar, abang kena tolong Faa buang lipas tu dulu." Kata Hayfa sambil dia buat muka kesian.

"Eee, kau ni la. Kan aku dah kata. Aku nak keluar dating harini. Kau sengajakan nak buat aku lambat. Cakap je lah kau jealous aku nak keluar. Lagipun selama aku duduk rumah ni satu bayang lipas pun aku tak pernah nampak la. Kau biar betul ni." Syaqil tersenyum sinis sambil memandang lama wajah isterinya.

"Betullah, ada lipas dalam bilik Faa. Faa tak kira sebelum abang keluar. Abang kena tangkap lipas tu dulu dan buang jauh-jauh." Kata Hayfa. Kali ini dia sudah memeluk tubuhnya sambil menarik muka muncung seperti merajuk. Syaqil sudah menjulingkan kedua bebola matanya ke atas. Sudahlah hari ini dia ada kerja yang perlu dia settlekan dengan Rafee tentang projek kerjasama syarikat mereka. Tapi sengaja dia tipu Hayfa dengan mengatakan dia nak keluar dating dengan scandal baru.

"Yelah..yelah. Cepat tunjuk mana lipas tu." Kata Syaqil lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik Hayfa. Hayfa hanya membontoti Langkah Syaqil dari belakang. Syaqil memerhati di sekeliling bilik Hayfa namun dia tidak nampak kelibat lipas di situ. Dia letakkan kunci motornya di atas meja tepi katil Hayfa.

"Tak ada pun lipas. Kau tipu aku ke Hayfa?" Soal Syaqil sambil dia menoleh ke belakang memandang isterinya.

"Ada..tadi lipas tu ada atas katil Faa. Abang cuba tunduk tengok kot-kot lipas tu lari bawah katil ke." Kata Hayfa dengan muka serius. Syaqil menjeling Hayfa, lalu dia duduk mencangkung dan dia tunduk untuk melihat ke bawah katil Hayfa. Semasa Syaqil ralit mencari kelibat lipas tersebut, perlahan Hayfa mendekati Syaqil dari belakang. Dia ambil dompet dan Iphone yang berada di dalam poket seluar jeans Syaqil dengan berhati-hati . Lalu  dengan pantas dia sorokkan dompet dan Iphone Syaqil dalam poket seluar baju pijamasnya.

"Mana lipasnya Hayfa. Tak ada apa pun kat bawah ni." Kata Syaqil. Kali ini dia menoleh memandang ke arah Hayfa.

"Oh, mungkin lipas tu dah lari kot. Takkanlah dia nak duduk setempat je kan. Takpelah abang pergi la keluar dulu. Nanti lambat pulak scandal abang tu tunggu." Ucap Hayfa sambil dia buat muka. Syaqil bangun dari duduknya. Dia berjalan mendekati Hayfa dan dia renung lama wajah Hayfa.

"Kenapa aku rasa macam ada something wrong je dengan kau ni eh? Kau tipu aku pasal lipas tu kan. Kau tak nak aku keluar kan? Betul tak?" Soal Syaqil.

"Eh apa pulak Faa tipu. Betulah tadi ada lipas. Abang nak keluar pergilah tak ada maknanya Faa nak halang." Kata Hayfa selamba lalu dia ambil kunci motor Syaqil di atas meja dan dia letakkan di atas tapak tangan Syaqil. Syaqil sudah mengerutkan dahinya melihat telatah Hayfa. Aku kata aku nak keluar dengan scandal tapi kau sikit pun tak cemburukan. Nampak sangat memang kau tak sayang aku Hayfa. Bisik hatinya.

"Dah..pergilah keluar!" Halau Hayfa.

"Kau halau aku eh. Dasar isteri tak kenang budi. Terima kasih pun tidak. Tadi bukan kau ke yang beriya nak aku carikan lipas. Ni kau selamba je halau aku." Syaqil menjeling isterinya lalu pantas dia melangkah keluar dan dia hempas kuat pintu bilik Hayfa. Hayfa cuma tersenyum sinis sambil dia melangkah ke katilnya dan baring di situ.

"Syaqil, Syaqil. Harini kau mesti malu depan scandal kau tu. Yelah nak dinner sama-sama konon. Tapi kau tak ada duit nak bayar sebab dompet kau aku dah ambil. Nak bayar online pun Iphone kau dekat aku." Hayfa ketawa sambil berguling-guling di atas katil. Dia dapat bayangkan muka malu Syaqil nanti.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now