Bab 9

1.4K 153 8
                                    

Hayfa dan Syaqil keluar daripada pasaraya mereka baru selesai membeli barang dapur. Syaqil menyusun barangan yang dibeli oleh mereka ke dalam bonet kereta Audi miliknya.

"Kau lapar tak? Sebelum balik rumah nak makan dulu tak?" Soal syaqil.

"Boleh jugak. Tak payahlah Faa terkejar-kejar nak masak tengah hari ni." Kata Hayfaa sambil tersenyum. Syaqil pantas buka pintu kereta dia menolak badan Hayfa perlahan masuk ke dalam kereta. Kemudian dia masuk ke dalam kereta dan memandu laju ke sebuah cafe.

"Jom turun. Makanan kat cafe ni boleh tahan sedap. Aku dengan Rafee selalu lepak sini." Kata Syaqil. Dia berjalan laju keluar dari kereta. Hayfa membontoti langkah Syaqil dari belakang.

"Abang tunggu la. Jalan laju-laju nak ke mana?" Laung Hayfa. Namun Syaqil tidak menghiraukan Hayfa dia terus melangkah masuk ke dalam cafe. Hayfa sudah menarik muka masam. Sakit hatinya dengan sikap Syaqil yang tidak mengendahkannya.

Masuk saja ke dalam cafe Hayfa dan Syaqil terus order makanan. Tidak lama selepas itu makanan yang mereka order pun sampai. Hayfa menjamah spagetti yang bolognese yang berada di pinggannya.

"Ermm... Betullah makanan kat sini sedap." Ucap Hayfa. Syaqil tidak menjawab dia hanya menayangkan riak muka tidak berperasaan. Tiba-tiba Hayfa dan Syaqil terkejut apabila Syaqil disapa oleh seseorang.

"Asran. You buat apa kat sini? Lamanya kita tak jumpa kan." Kata Linda dengan riak wajah yang teruja.

"Oh. Linda. I tengah jogging ni. You tak nampak ke?" Kata Syaqil sambil tersenyum sinis. Kau ni dah nampak aku tengah makan kau boleh tanya lagi aku buat apa kan. Buta ke apa? Getus hatinya. Hayfa sudah merenung tajam ke arah Linda. Dah la pakai pun sexy gedik pula tu. Bisik hatinya.

"You ni memang pandai buat lawak kan Asran. Lama kita tak jumpa kan. Lepas majlis syarikat you dulu jarang I jumpa dengan you. Pergi office pun wakil you je yang ada. Ermm...siapa perempuan ni Asran?" Kali ini Linda menjeling ke arah Hayfa dengan riak muka tak puas hati. Hayfa terdiam mendengar soalan Linda. Dia renung lama muka Syaqil. Jujurnya dia nak Syaqil mengaku yang dia ini isteri Syaqil di depan Linda.

"Oh, Ini Hayfa adik sedara I." Jawab Syaqil selamba. Hayfa mengetap bibirnya apabila mendengar jawapan Syaqil. Entah kenapa hatinya rasa sangat sedih ketika ini.

"Oh adik sedara. Hai Hayfa I linda." Kata Linda sambil dia hulurkan tangan pada Hayfa.Hayfa menyambut huluran tangan Linda.

"Kalau korang tak keberatan. Boleh tak I join korang berdua. Kebetulan I pun nak makan kat sini." Sambung Linda lagi. Hayfa hanya diam tidak menjawab. Jujurnya dia tak nak Linda berada di situ.

"I tak kisah. Join jelah." Balas Syaqil sambil dia renung lama wajah isterinya yang mencuka. Linda menepuk tangannya suka apabila Syaqil bagi green light. Pantas dia tarik kerusi dan duduk rapat di tepi Syaqil. Makin sakit hati Hayfa melihat Linda duduk rapat dengan Syaqil.

Linda berbual-bual dengan Syaqil. Nampak mesra betul. Syaqil siap tersenyum apabila berbual dengan Linda. Mereka berdua berbual seolah-olah dia tidak berada di situ. Sakit betul hati Hayfa. Kalau dengan aku, kau dingin je memanjang. Dengan perempuan lain boleh pulak kau tersenyum macam tu, Hayfa menahan air matanya daripada gugur.

"Abang dan Linda makanlah dulu. Faa ada hal la. Faa kena pergi dulu." Kata Hayfa tiba-tiba. Berkerut dahi Syaqil mendengar kata-kata Hayfa.

"Kau nak pergi mana? Datang dengan aku balik pun dengan akulah. Makanan kau pun tak habis lagi. " Balas Syaqil.

"Faa, baru teringat Faa kena balik rumah mama kejap. Mama nak jumpa Faa. Tak pe abang temanlah Linda dulu, kan korang lama tak jumpa." Kata Hayfa yang cuba memberi alasan. Pantas dia bangun dan melangkah keluar dari cafe itu. Syaqil hanya memerhati langkah Hayfa.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now