Bab 10

1.7K 147 33
                                    

Syaqil dan Rafee duduk lepak di kerusi batu di halaman depan dewan sekolah. Rafee yang baru lepas keluar dari melawat pusat latihannya singgah di situ kerana dia tahu kini Syaqil kerap balik lewat kerana Syaqil melatih para pelajarnya untuk persembahan hari guru. Tiba-tiba mereka tersentak apabila ditegur oleh Dina.

"Cikgu Syaqil." Panggil Dina  yang sudah berdiri di hadapan Syaqil dan Rafee. Dina menayangkan riak muka serius. Syaqil dan Rafee sudah mengerutkan kening mereka melihat riak wajah serius Dina.

"Hah ada apa Dina?" Soal Syaqil.

"Cikgu pernah kata. Kalau ada masalah boleh beritahu cikgu kan. Saya ada masalah ni. Cikgu boleh tolong tak?" Soal Dina.

"Apa masalahnya. Kalau cikgu boleh bantu. Cikgu bantu." Jawab Syaqil. Rafee hanya memandang wajah Dina dan Syaqil silih berganti. Serius betul muka budak tembam ni. Apalah masalahnya agaknya. Masalah besar ke? Atau masalah negara. Bisik hati Rafee sambil dia teguk air mineral di tangannya

"Masalah putus cinta. Saya suka Raaz tapi Raaz reject saya sebab saya gemuk!" Kata Dina kuat.

Burrr. Terus tersembur air yang diminum oleh Rafee ke wajah Syaqil. Terkejut dia mendengar masalah Dina. Biar betul budak ni masalah cinta pun kau nak minta tolong cikgu kau. Fikirnya.

Syaqil mengelap wajahnya yang sudah basah dengan tangannya lalu dia merenung tajam ke arah Rafee. Dina pula sudah menutup mulutnya dengan kedua belah  tangannya sambil membulatkan matanya apabila melihat adegan itu.

"Kau nak mati ke Raf. Yang kau sembur air tu kat muka aku dah kenapa. Kau sini kau." Kata Syaqil sambil dia tarik kepala Rafee dan dia letak dia bawah ketiaknya lalu dia sekeh kepala rakannya itu berkali-kali.

"Woii, woii, apa ni sekeh kepala aku. Aku tak sengajalah." Rafee menolak kuat lengan Syaqil. Lalu dia memandang tajam ke arah Dina.

"Budak ni la yang salah. Boleh pulak dia kata masalah cinta. Ada tak tersembur air tu dari mulut aku ni." Kata Rafee sambil menundingkan jarinya pada Dina.

"Apa masalahnya kalau saya ada masalah cinta sekalipun. Saya minta tolong cikgu Syaqil bukan minta tolong encik kan." Jawab Dina sambil dia angkat tangannya yang dibentuk penumbuk ke arah Rafee. Dan dia menjegil pada Rafee.

"Kau tengok, kau tengok pelajar kau Syaqil. Kurang ajar betul. Dia tayang penumbuk dekat aku Syaqil. Apa dia ingat aku ni level adik-adik dia ke. Memang masalah ler. Kau mengadu masalah cinta kat cikgu kau. Patut umur macam kau ni mengadu masalah pelajaran ke, masalah keluarga ke. Boleh la diterima lagi. Ini masalah cinta dan masalah berat badan pun kau nak mengadu kat cikgu kau. Kau biar betik sikit budak." Kata Rafee.

"Hoi encik rambut panjang. Jangan sibuk masalah saya boleh tak!" Marah Dina.

"Sudah!!! Korang jangan nak bertekak boleh tak. Serabut kepala aku ni!" Tempik Syaqil. Dia merenung tajam ke arah Dina dan Rafee silih berganti. Terus terdiam Rafee dan Dina apabila ditempik begitu. Almaklumlah cikgu garang.

"Dina betul kata Rafee tu. Patut masa macam ni awak fokus pada pelajaran bukan pada cinta. Pasal masalah berat badan tu, awak kena tolong diri awak sendiri. Kena amal
diet seimbanglah. Lepas tu bersenam. Jangan main bedal je makan itu ini." Kata Syaqil.

"Tapi cikgu, masalah belajar,masalah cinta dan masalah berat badan semua sama penting bagi saya cikgu. Cikgu bagilah tips macam mana nak kurus. Dah kurus barulah saya boleh mengorat Raaz." Jawab Dina selamba. Rafee sudah menepuk dahinya mendengar jawapan si Dina.

"Nantilah cikgu tolong buatkan awak jadual diet. Tapi awak kena ikut la jadual tu. Lepas tu lagi bagus kalau awak join mana-mana sukan. Lagi cepat awak boleh kurus. Nak cari jurulatih tak payah pergi jauh-jauh. Ni Encik Rafee boleh tolong awak. Dia ni mahir sukan seni bela diri, sukan renang, sukan bola keranjang. Dia boleh jadi jurulatih awak. Nanti awak ambil nombor dia." Kata Syaqil selamba. Rafee sudah menjegilkan matanya pada Syaqil.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now