🦋45.0🦋

2.2K 92 3
                                    

Seri merenung keluar cermin train ETS yang menuju ke arah utara. Pukul 10 pagi lagi Seri menyuruh Adra dan Za'im menghantarnya ke KL Sentrel. Dia mahu menuju ke Kedah, ingin tinggal bersama dengan walid dan mama tirinya. Di sepanjang perjalanan ke KL Sentrel. Seri hanya mendiamkan diri. Adra dan Za'im yang terus menerus mengasak dan memujuk Seri.

"Betul ke keputusan yang kau buat ni, Seri?" Soal Adra yang duduk di kerusi penumpang.

"Aku nak habiskan eddah di rumah walid. Kalau di sini. Aku ada siapa je. Biar lah Hardee berehat. Aku bagi dia ruang untuk fikir segala perkara. Aku tak boleh beria seorang diri untuk pertahankan rumah tangga aku, Adra. Dah sah-sah lafaznya jatuh walaupun Syed Adhardee tak sihat. Dia lafaz dalam keadaan sedar. Lepas dia lafaz talak, baru dia pengsan." Kata Seri lemah.

"Tapi awak pun tak sihat, Seri." Tegur Za'im yang memandu kereta Audi kesayangannya.

"Saya boleh ampuh kaki saya sendiri. Jangan risau pasal saya. Saya tak pergi mana pun, saya balik kampung saya sendiri. Sepanjang saya tak ada ni, awak tolong jaga Adhardee ya. Dia perlukan kekuatan dan dorongan. Walaupun saya dah pesan dekat ibu dan baba dia. Tapi saya nak awak turut setia bersama dia." Pesan Seri.

"Aku akan cari beberapa ustaz dan peguam untuk rujuk mengenai lafaz talak kau tu. Aku percaya, Hardee still nak kau jadi isteri kau. Sepanjang kau di Kedah ni. Jaga diri. Kau pun kena berhati-hati. Terutamanya dengan Damara tu. Tak mustahil dia akan hantar lagi benda-benda terkutuk tu dekat korang."

"Kita tak boleh tuduh dia yang buat perbuatan terkutuk tu, Adra. Kalau kita nak libatkan polis pun. Tak ada bukti. Bukannya melibatkan jenayah dan boleh disabitkan kesalahan makhamah pun. Hanya Allah yang boleh membalas segala perbuatan tu."

"Siapa lagi yang cuba nak rosakkan rumah tangga kau? Ada lagi perempuan yang berkepit dengan suami kau selain Damara?" Terdiam terus Seri.

"Pasal Adhardee awak jangan risau, kami semua akan jaga dia. Awak jaga diri, Seri." Za'im pula berpesan.

"Terima kasih sebab bantu aku, Adra. Terima kasih Za'im." Ucap Seri ikhlas. Mata jernihnya memandang kedua orang pasangan yang tak putus-putus memberi kekuatan kepadanya.

Tadi semasa dia keluar dari rumah agam putih milik Syed Abdul Bahri pun, dia sudah habis menjuraikan air mata. Puas baba dan ibu memaksanya untuk terus berada di sana. Bukan dia tak mahu. Dia takut Syed Adhardee tidak selesa. Walaupun Islam menggalakkan isteri masih berada dengan suami diwaktu eddah. Dia tetap tidak selesa.

Dia dah minta petunjuk dari Allah. Jadi ini lah petunjuk yang Allah cuba tunjukkan. Penafian apa lagi yang harus dia lakukan? Dia perlu terima segala hal walaupun berat sekali ujiannya.

Dan sekarang Seri termenung menunggu beberapa lagi penghentian untuk sampai ke KTM Alor Setar. Lokasi dimana Seri akan turun. Dia sudah menghubungi walidnya untuk ambilnya di sini. Tidak pula walidnya bertanya. Tapi Seri dah boleh agak yang walid tahu mengenai dirinya dan Syed Adhardee. Dia dengar perbualan ibu mertuanya dengan seseorang semalam dan dia pasti itu adalah walid.

Sampai sahaja di stesen KTM Alor setar. Seri menuju ke arah pintu keluar belakang. Walid memberitahu yang dia menunggu di sana. Dari jauh Seri nampak figura walid dan mama. Seri tersenyum lemah sambil menarik beg rodanya mendekati mereka.

Walid segera membantu Seri dengan merampas lembut pegangan beg roda yang dipegang Seri. Seri menyuakan kedua belah tangannya kepada walid. Laju sahaja lelaki itu menyambut. Dia mengusap perlahan kepala Seri yang berlapit dengan tudung yang dipakai. Seri beralih mencium pula tangan mama. Laju sahaja air mata mama berembes.

"Seri sihat?" Seri pantas menggeleng.

"Seri pening... Pening sangat mama." Kata Seri lemah.

Walid terus memaut tubuh Seri yang mahu rebah ke tanah. Mama turut serta memaut. Berpinar mata Seri, kepala pula terasa berat. Dari di Kuala Lumpur lagi, dia rasa mual dan ingin muntah. Ditahan bagai nak gila. Dia tidak mahu menyusahkam orang. Jika dia rasa ingin muntah. Cepat-cepat dia bangun ke bilik air yang berada di dalam kereta api. Nasib baik coach yang dipilih berdekatan dengan bilik air.

SERI TUN NAILA [C]Where stories live. Discover now