BAB 1

46 2 0
                                    

prolog.

kali pertama aku terjaga dari tidurku hanya kerana mimpi yang tidak pernah aku inginkan. kosong. mimpi itu membuatkan aku jadi kosong. apa pula hubungan aku dengan dia?. setiap kali bangun dari tidur aku tertanya-tanya tentang kehadiran dia dalam mimpiku. aku ingin tahu semuanya tentang lelaki yang tak bernama itu.

mustahil itu hanya mainan tidur saja. Aileen Medina binti Arman. sebaris nama penuh aku keluar dari mulut lelaki yang tidak aku kenal dalam mimpi itu.

anak bujang siapa pula yang masuk dalam mimpi aku tanpa diundang ni? siap nama penuh aku disebutnya? siapakah dia?

satu kejadian menimpa Aileen yang membuatkan hatinya rasa sakit sangat apabila dia dibuang oleh orang yang dia sayang begitu saja. berat hatinya untuk menerima semua ujian ini tapi dia percaya bahawa semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.

"lap air mata awak yang berharga tu." - Naufal Haleeq

"jangan masuk campur urusan saya" - Aileen Medina

sudah bertahun lamanya Aileen dan Naufal tidak bertemu. kehilangan Aileen cukup membunuh diri Naufal. tenangnya bunyi ombak ditepi pantai menjadi saksi cinta yang Naufal Haleeq adalah lelaki terakhir buat Aileen Medina.

"masih ada bahu saya untuk bersandar, juga masih ada sejadah untuk bersujud" -  Naufal Haleeq

"awak adalah nyawa saya, Aileen Medina" - Naufal Haleeq

"begitu juga dengan saya, suami saya juga nyawa saya." - Aileen Medina

beruntungnya Aileen dipertemukan oleh lelaki seperti Naufal Haleeq yang sangat menghargai isterinya. mampukah Naufal menjaga Aileen hingga akhir hayatnya? Adakah ini kebahagiaannya bagi seorang gadis bernama Aileen Medina?

BAB 1

"Aileen..." aku terus bangun dari tidurku. bingung. itu yang aku rasa sekarang. sepi. mana datang suara itu? suara yang memanggil lembut namaku. mengeluh. seolah dia mengenali kehadiran diriku ini. aku masih bingung apa hubungan aku dan dia yang sebenarnya sehingga ia masuk ke dalam mimpi aku ni?

tanpa berfikir panjang aku terus mencapai telefon pintarku di tepi katil. jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. bergegas aku bangun. aku lupa yang aku sudah berjanji untuk masuk ke m'cafe. walaupun sudah lambat tapi otak aku masih berjalan fikirkan lelaki yang berada dalam mimpi aku.

pasti. mimpi itu bukanlah mainan tidur. melainkan petunjuk atau ada hubungan dengan kehidupan aku. petunjuk apa pula kalini. mahu bertanya diri sendiri banyak soalan pun, aku sudah lambat mahu ke m'cafe. ini kalau kak Bella tahu aku terlambat mahu kena ceramah 7 hari 7 malam depan pintu masuk cafe.

sudah bersiap cantik mahu ke m'cafe, paling malas sekali mahu drive seorang diri. aku paling tak suka kalau kena drive seorang diri. selalu Thaqif yang akan bawa aku kehulur-kehilir. tapi kalini dia takde jadi aku yang kena drive. redha je Aileen.

sampai di m'cafe, aku baru melangkah kaki keluar dari kereta, kak Bella dah terpacak depan pintu melihat kelibat kereta aku. dalam hati dah redha apa kak Bella nak ceramah nanti. ceramah pula macam makcik-makcik kampung aku. dari jauh aku dah nampak yang kak Bella tengah tenung aku. tenungan kak Bella dah boleh tembus semua dosa-dosa aku.

"ni laa anak kesayangan arman, kerja datang lambat je tahu."

belum sempat beri salam lagi kak Bella dah sergah aku dulu. mana tak nye, tadi dah tenung  boleh tembus langit 7 lapis

"medina.."

belum habis ayat aku dah dipotong nya kak Bella. tak pasal-pasal harini dengar ceramah percuma tanpa bayaran.

TAN'S NAUFALWhere stories live. Discover now