Bab 12

1.5K 151 13
                                    

Syaqil bersandar di kerusi sambil kedua tangannya memeluk tubuhnya. Dia tersenyum merenung ke arah Hayfa yang berada di atas pentas bersama-sama pelajar tingkatan lima Topaz. Hayfa kelihatan begitu cantik ketika menyanyi dan menari lagu bollywood bersama-sama para pelajarnya.

Hayfa dan para pelajar lelaki dan perempuan kelas Topaz menyanyi dan menari bersama-sama. Mereka menyanyikan lagu 'Pairon Mein Bandhan Hai.' Salah satu lagu terkenal dalam filem bollywood yang bertajuk Mohabbatein. Sambil menari sesekali mata Hayfa menjeling ke arah Syaqil sambil tersenyum sinis. Kalau dilihat dari segi tarian dan nyanyian kelasnya memang stau dewan terhibur dan bersorak. Kau akan kalah harini Syaqil. Kau tunggulah nasib kau bila jadi kuli aku nanti. Bisik Hati Hayfa.

Selepas kelas Hayfa menghabiskan persembahannya satu dewan memberikan tepukan gemuruh. Syaqil juga menepuk tangannya dengan kuat. Apabila turun dari pentas sempat Hayfa menjeling sinis pada suaminya. Namun Syaqil hanya tersenyum nakal ke arah Hayfa.

Selepas persebambahan kelas Topaz beberapa kelas yang lain juga membuat persembahan mereka mengikut giliran. Tidak lama kemudian Syaqil melangkah keluar dari dewan bersama dengan para pelajarnya.

"Woww.. persembahan yang menarik dari kelas tingkatan Lima Jade. Berikan tepukan yang gemuruh pada mereka semua!" Kata Cikgu Serina yang bertugas sebagai pengacara majlis pada hari ini. Maka semua yang berada di situ bertepuk tangan.

"Baiklah tanpa membuang masa. Mari kita saksikan persembahan dari kelas tingkatan lima Sapphire bersama dengan guru kelas mereka iaitu Cikgu Syaqil Asran! Berikan tepukan gemuruh pada mereka." Kata cikgu Serina lagi. Maka satu dewan bertepuk tangan menanti persembahan dari kelas lima Sapphire. Namun buat beberapa ketika masih tiada satu pun pelajar yang naik ke pentas. Cikgu Syaqil juga tidak kelihatan di dalam dewan.

"Betul ke kelas Sapphire masuk bertanding harini. Kenapa tak ada siapa pun naik ke pentas." Soal PK Hem iaitu Puan Hajar.

"Tapi Cikgu Syaqil kata kelas dia akan masuk persembahan harini." Jawab Tuan Pengetua.

"Entah-entah kelas dia tarik diri saat akhir kot. Yelah bukan kita tak tahu budak kelas Sapphire tu macam mana. Mana pernah nak masuk apa-apa pertandingan. Lagipun rasanya tak mungkin cikgu Syaqil dapat paksa diaorang berlatih buat persembahan." Sampuk PK kokorikulum pula.

Kini cikgu-cikgu lain telah kecoh berkenaan kelas Sapphire yang tidak naik ke atas pentas. Berkemungkinan besar kelas itu menarik diri di saat akhir. Hayfa sudah tersenyum puas. Hai, malu besarlah kau Syaqil. Kelas kau dah bagi nama untuk pertandingan tapi tarik diri tiba-tiba. Sedialah jadi kuli aku esok. Hayfa sudah ketawa dalam hatinya. Namun tiba-tiba satu dewan terkejut apabila semua lampu di dalam dewan itu terpadam. Habis riuh rendah satu dewan disebabkan lampu terpadam.

Tiba-tiba lampu sorot terpasang di atas pentas. Kedengaran muzik dimulakan dan pelajar lelaki kelas Sapphire mula bersorak dan bersiul sambil pelajar perempuan pula mula menari sambil tersenyum riang.
Firdaus dan Kamal memukul gendang sambil tersenyum lebar. Ariz pula mengawal sound system dan lampu dari atas bilik tayangan.

Kesemua orang di dalam dewan itu terkejut melihat kelas tingkatan lima Sapphire mula membuat persembahan di atas pentas. Ternganga mulut Pengetua, PK kokorikulum dan PK Hem. Cikgu-cikgu juga hampir semuanya terkedu teemasuklah Hayfa. Tiba-tiba lampu di atas pentas terpadam. Kini lampu sorot menghala ke arah Syaqil yang mula melangkah masuk ke dalam dewan sambil mula menyanyi.

"Main Nikla O Gaddi Leke. Main Nikla O Gaddi Leke
O Raste Par O Sadak Mein." Syaqil mula menyanyi sambil dia berjalan laju ke atas pentas.

"Ek Mod Aaya. Main Uthe Dil Chhod Aaya. O Ek Mod Aaya
Main Uthe Dil Chhod Aaya." Tengku Jayden pula melangkah masuk dari pintu depan di belah kanan pentas dan dia menyambung nyanyian Syaqil.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now