Bab 15

2.4K 157 33
                                    

Hayfa naik ke dalam bas. Geram dia melihat Cikgu Serina duduk di sebelah Syaqil. Hari ini sekolah mereka akan mengadakan perkhemahan di Perak. Sudah hampir dua minggu dia tidak banyak bercakap dengan Syaqil. Walaupun Syaqil menjaganya ketika dia sakit tempoh hari, dan setiap hari akan memandu mengikuti keretanya dari belakang semasa dia pergi dan balik kerja. Namun Syaqil tetap dingin kepadanya. Malah layanan Syaqil padanya semakin dingin daripada sebelum ini.

Dari tempat duduknya Hayfa sedih melihat Syaqil yang tersenyum lebar bersembang dengan Cikgu Serina. Jujurnya hati dia sakit setiap kali ada perempuan lain mendekati suaminya.

"Cikgu Hayfa. Tempat sebelah cikgu kosong kan? Boleh tak saya duduk. Saya datang lambat. Tempat lain semua dah penuh." Soal Kamal yang  sedang tersenyum ke arah Hayfa. Hayfa menoleh ke arah belakang bas. Sememangnya semua seat telah diduduki para pelajar.

"Boleh. Duduklah Kamal." Pelawa Hayfa.

"Terima kasih cikgu," kata Kamal pantas dia duduk di sebelah Hayfa. "Nah cikgu! Saya ada bawa coklat. Nanti kalau cikgu lapar dalam bas boleh makan." Sambung Kamal lagi sambil dia hulurkan sekotak kecil coklat pada Hayfa.

Membulat mata Syaqil melihat Hayfa duduk di sebelah Kamal. Siap Kamal bagi coklat pada Hayfa lagi tu. Dia mengepal penumbuknya menahan marah. Di sepanjang perjalanan. Syaqil tidak boleh fokus apabila Cikgu Serina bersembang dengannya kerana dia asyik menjeling ke arah Hayfa yang sedang ketawa mendengar cerita Kamal. Entah apa yang korang berdua borak entah. Rancak betul yer. Tak guna kau Kamal, bini aku jugak kau nak try kan.

Apabila bas telah sampai ke destinasi yang dituju. Kesemua pelajar turun dari bas. Hayfa juga turun dari bas. Baru dia nak capai begnya di bahagian letak barang di bawah bas, pantas Kamal memegang begnya.

"Biar saya bawakan beg cikgu ya. Jom saya hantar cikgu ke sana." Kata Kamal lagi. Hayfa tersenyum dan anggukkan kepalanya. Manakala Syaqil sudah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan menahan geram.

Di  tapak kem perkhemahan itu. Semua pelajar memasang khemah masing-masing. Hanya guru-guru saja tidak memasang khemah kerana mereka tidur di bilik yang telah disediakan. Hayfa duduk di tepi sungai yang berjauhan sedikit daripada pelajar dan guru-guru lain. Sengaja dia duduk di situ untuk menenangkan hatinya. Tiba-tiba Hayfa terkejut apabila dia ditegur oleh seseorang

"Hai duduk termenung sorang je ke. Kekasih gelap mana?" Syaqil memerli Hayfa. Hayfa yang mendengar Syaqil memerlinya pantas bangun dan berdiri di depan Syaqil.

"Apa maksud abang kekasih gelap hah?" Soal Hayfa geram.

"Tu si Kamal tu. Bukan kekasih gelap kau ke? Bukan main eh kau menggatal dengan pelajar aku. Kau dah lupa ke Hayfa yang kau tu isteri aku." Kali ini Syaqil menarik kedua lengan Hayfa. Hingga Hayfa termasuk ke dalam pelukannya.

"Oh... Faa dengan Kamal abang nampak. Abang dengan Serina tu abang tak nampak eh. Biarlah Faa nak ada kekasih gelap pun. Jadi baru adil kita sama-sama ada kekasih gelap kan." Kata Hayfa tegas sambil dia membalas renungan tajam Syaqil. Syaqil mengetapkan giginya menahan marah. Serius dia tidak dapat mengawal rasa cemburunya apabila melihat Hayfa dan Kamal sebentar tadi. Dia yang geram melihat jelingan tajam isterinya terus tarik badan Hayfa lebih mendekat dan dia peluk Hayfa dengan erat. Hayfa cuba meronta tapi Syaqil tetap memeluknya dengan kuat.

"Cikgu buat apa ni!" Kata Kamal kuat. Terkejut Jayden, Raaziq dan Kamal melihat Syaqil memeluk Hayfa begitu. Mereka yang baru habis memasang khemah sengaja datang ke situ untuk melihat sungai. Syaqil dan Hayfa yang tersedar kehadiran mereka bertiga pantas menjarakkan sedikit tubuh mereka.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now