Dengan pantas aku memakai helmet lalu menaiki motor. Harap hari ini aku tak sampai lambat. Naik sekolah tak kan lah dah lambat kan?Alhamdulillah,aku tak sampai terlalu lambat harini. Sempat lagi aku parking motor dengan tenang . Aku berjalan di lorong kaki lima dengan laju. Walau sampai awal,tapi perlu berjalan dengan laju juga. Mengikut salah satu sunnah nabi kan? Nabi Muhammad berjalan laju sambil menunduk ke bumi.
"Assalamualaikum!woi Syana!" Terdengar jeritan kuat dari arah jauh dari geng geng ku . Kalau boleh diaorang tu jerit sampai satu sekolah dengar .
"Waalaikumussalam. Korang ni memang jerit minta penampar ke apa?" Ujar ku sambil tertawa kecil.
"Hehe. Kut kut kau tak dengar kan?" Balas seorang sahabat ku yang bernama Faira. Aku mempunyai 4 orang sahabat termasuk aku dan Faira itu juga termasuk salah seorang nya.
"Yela,yela." Ujar ku singkat.
"Kau dah sarapan ke belum?" Tanya Syirah. Syirah ni seorang yang sangat caring berbanding yang lain. Beruntung siapa yang jadi pasangan dia.
"Dah. Tadi aku hampir terlambat sebab sarapan. Lalai sangat tadi. Nasib sempat pergu sekolah." Cerita ku.
"Eh dahlah jom pergi dewan. Dah nak perhimpunan ni. Nanti lambat pula." Ujar sahabat ku yang bernama Maira.
"Haah. Betul tu." Jawab ku sambil melihat ke arah jam tangan berwarna hitam milik ku. Malas pula aku nak perhimpunan.
"Hyver." Ujar seorang lelaki dewasa yang bernama Qharif Syazwan yang dipanggil papa.
"Yes,pa?" Balas ku .
"Betul ke kamu nak pindah sekolah? Assistant papa cakap kamu nak pindah sekolah." Tanya papa kepada ku. Papa mesti terkejut kenapa tiba-tiba saja aku ingin pindah ke sekolah. Buang tebiat agaknya.
"Ya,pa. Qhayfir nak pindah. Qhayfir pindah dekat sekolah Fawwaz,Zyad dengan Hairiz tu je." Terang ku kepada papa. Salah satu sebabnya adalah sebenarnya,aku dapat tahu yang Syana berada di sekolah situ.
"Kenapa kamu nak pindah tiba-tiba ni? Kawan kamu yang kat sekolah tu buli kamu ke?." Ha sudah. Aku dah kena soal siasat dah ni dengan papa sendiri.
"Qhayfir nak pindah sekolah?" Ujar mama yang baru muncul di sebalik dapur. Tak sangka pula mama dah dengar perbualan aku dan papa dari mula.
"Actually ma,pa..Qhayfir dapat tahu yang Syana sekolah dekat situ dengan diaorang. Lagipun kawan-kawan Qhayfir pun kat situ,so Qhayfir nak la sekolah kat sana juga." Ujar ku dengan riak wajah yang minta belas kasihan .
"Kamu rasa dia tunggu kamu lagi ke?" Soal mama kepada aku. Aku pun tak mampu nak bagi jawapan yang tetap.
"InshaAllah dia terima? Dia tak tahu apa yang jadi waktu Qhayfir nak kena pergi dari sini. Mungkin setelah Qhayfir cuba rapat dengan dia balik..dia faham?" Jawabku. Tipu la kalau aku tak risau yang mungkin Syana tak akan terima aku balik .
"Hmm..kamu ni cuma sahabat dia je..tapi rapat. Mama pun tak tahu la hubungan korang ni apa." Balas mama.
"Biar je la diaorang ma..asalkan diaorang tak buat zina,sudah. Ikhtilat pun masih diaorang jaga." Ujar papa. Tapi ada juga yang betul kata mama. Dan tipu juga la..aku tak pernah jatuh hati kepada Syana tu kan?
"Fine.." balas mama.
"But..promise to mama and papa yang kamu kena belajar elok elok dekat sana." Dengan nada yang sedikit tegas papa berbicara.
"Baik ma,pa. Thank you sebab bagi kebenaran untuk Qhayfir pindah sekolah." Balas ku. Tak sabar aku nak jumpa Syana. Walaupun aku sedar yang aku tinggalkan dia dulu tanpa mengucap selamat tinggal..mungkin ini waktu yang terbaik untuk aku minta maaf?
Walaupun tak semudah itu untuk Syana menerima permohonan maaf dari aku. Ditambah lagi dengan aku tak inform apa-apa.
Aku harap dia masih boleh terima aku lagi.
Syana Elyna. Nama sedap,tapi hati dia boleh jadi batu dan taman. Kalau hati dia jadi batu..dia bukan lagi Syana. Dia,Ryver. Kalau sudah dipanggil Ryver.. personaliti dia yang terlihat lembut boleh bertukar semuanya. Menjadi lebih menyeramkan dan tidak ada lagi sisi lembutnya.
Perhimpunan di dewan sudah habis dan sekarang sudah waktu untuk masuk ke kelas dan mulakan pelajaran. Awal-awal naik sekolah dah mula belajar subjek math. Penat otak macam ni.
"Assalamualaikum semua." Ujar cikgu math yang baru muncul di sebalik pintu kelas. Terlambat masuk pula cikgu ni. Selalunya awal. Lupa,baru naik dari cuti sekolah.
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,cikgu." Balas murid-murid seisi kelas. Kami duduk dan mula baca doa belajar seperti biasa .
"Ok class. Sebelum kita mulakan pelajaran ini,cikgu nak beritahu yang mungkin kamu akan ada murid baru. Mungkin dalam beberapa hari lagi,murid baru tu baru masuk." Ucap cikgu math ku. Sebenarnya cikgu math itu juga adalah guru kelas ku. Jadi wajarlah kalau cikgu math je yang selalu masuk kelas.
"Lelaki ke cikgu?" Tanya salah seorang pelajar perempuan. Nak mengorat la tu. Kaum hawa yang ada dalam kelas ni memang suka menggatal,lagi lagi dengan budak lelaki.
"Ya. Kamu tu pula jangan nak menggatal dengan dia ya. Kamu datang sekolah niat nya untuk menuntut ilmu. Jangan ingat cikgu ni tak tahu kamu suka menggatal ." Cukup kami tahu yang itu bukanla sekadar ucapan tapi amaran!
"Baik,cikgu." Balas pelajar itu sambil menunduk ke bawah. Sambil tu dia pandang ke arah kawannya juga. Sama sama nak menggatal ke minah ni?
"Itu saja cikgu nak sampaikan. Jadi kita dah boleh mulakan belajar seperti biasa. Buka halaman muka surat 56." Ujar cikgu dan kami mula fokus belajar kembali. Walaupun kami suka bermain,belajar tetap belajar. Sebab itu kelas kami digelar sebagai 'kelas berdisiplin'. Cuma sayangnya,kelas aku ni ada perempuan yang suka menggatal.
-----------------------------------------------------------
(Kalau la budak zaman now fikir belajar je macam diaorang,mesti best🥹.)Ig:leovirs_
Tt:liovir_
YOU ARE READING
forever
RomancePada awalnya,mereka hanyalah sekadar sahabat dan mempunyai hobi yang sama . Tetapi pada akhirnya,mereka berakhir di pelamin yang indah berseri . "Will you stay until my last breath,abang?" - Syana Elyna . "I promise I will stay with you forever, say...
Chap 1
Start from the beginning