"Lah yeke...dia kat mana sekarang?" soal Haniz lagi. Risau mula menyelubungi hati.
"Rasanya kat Gazebo sana tu kot" jelas Ammar.
Tanpa membuang masa,Haniz menuju kearah pondok yang terletak di belakang rumah Pak Ngah. Mata Haniz terpana pada sosok tubuh iaitu milik suaminya Fikry.
Haniz berjalan berlahan menuju kearah pondok itu.
"Abie...." Panggil Haniz seraya melabuhkan punggungnya disamping suaminya yang sedang duduk di situ.
"Eh, sayang...duduklah" pelawa Fikry.
"Abie ok tak ni?" soal Haniz .
"Hmm...rasa tak sedap badan lah sayang" jelas Fikry sambil membuat muka kesian.
"Abie...demam ke?" Soal Haniz lagi lalu memeriksa dahi Fikry.
Fikry hanya mengangguk. Dengan tiba-tiba Fikry melentokkan kepalanya di bahu Haniz. Mulalah perangai manja nya datang. Setiap kali kalau Fikry demam atau apa selalunya perangai Fikry akan berubah hampir 90% ... Manja ya amat.
Dalam sedang Haniz dan Fikry 'dating' ada seseorang yang sedang memerhati tingkah laku Haniz dan suaminya. Ya itu adalah Nadira! Perasaan cemburunya membuak-buak bila melihat Fikry bermanjaan dengam Haniz.
"Kau tunggu jelah nanti,aku yang akan ganti tempat kau!" Desis Nadira. Seraya itu Nadira dengan wajah yang tak puas hati itu berlalu pergi.
"Kita balik jom..." ajak Haniz.
"Ok " ringkas jawapan Fikry.
"Biar sayang yang drive ok..." Ujar Haniz.
Fikry mengangguk faham.
***************************
Terlihat Fikry yang terbaring di bilik setelah selesai makan Panadol. Haniz menapak perlahan ke arah suaminya.
"Abie..." Panggil Haniz dengan lembut.
"Ye sayang..." Jawab Fikry lalu menoleh ke arah isterinya.Walaupun kipas,aircond semua sudah di off tetap sahaja Fikry berasa sejuk. Hoodie dipakai siap double dengan T-shirt. Nampak seperti Fikry cuba untuk lawan sakitnya itu dalam pada masa yang sama dia kelihatan sangat lemah.
Haniz yang melihat keadaan suaminya itu benar-benar risau. Beberapa kali dia memeriksa dahi suaminya itu menggunakan belakang tangan. Memang agak panas.
"Abie...esok kita pergi klinik nak? " cadang Haniz seraya memberi cawan air kepada Fikry untuk diminum bersama panadol.
"Takpelah sayang,demam sikit je ni" jawab Fikry. Sangat susah ye nak ajak lelaki pergi hospital/klinik ni.
"Sikit apanya...panas dah badan Abie ni" pujuk Haniz lagi.
Fikry hanya mengelengkan kepala tanda tidak ingin untuk ke klinik.
Tak tahu macam mana lagi nak pujuk si Fikry ni buat check up dekat klinik. Sekadar nak memeriksa kesihatan pun agak susah. Haniz mengalah. Tidak mahu lagi dia memaksa suaminya itu,dengan keadaan nya yang agak lemah itu,takut-takut bertambah sakit pulak dia.
Selesai makan sedikit bubur nasi dan ubat, Fikry kembali merehatkan dirinya. Agak jarang bila Fikry ni sakit atau demam tetapi bila datang sakit tu memang agak parah. Sakit + extra manja.
Usai Haniz mengemas didapur dia mengatur langkah untuk kebilik tidur nya. Pintu dikuak perlahan,mata tertuju pada Fikry yang sedang baring. Haniz menghampiri suaminya itu, Kool Fever ditampal di dahi suaminya itu bagi mengurangkan suhu badan suaminya itu. Siapa je yang tak risau bila orang yang kita sayang sakit walau sekadar demam sahaja.
Haniz mengambil tempat di sebelah Fikry.Baru sahaja hendak merebahkan diri,panggil Fikry.
"Sayang..." Panggil Fikry perlahan seraya memalingkan badannya bertentangan dengan isterinya.
"Ya, Abie ada nak apa-apa ke?" balas Haniz lalu mendekatkan dirinya kepada Fikry .
"Nak sayang peluk Abie boleh..." pinta Fikry dengan mata yang kuyu.
Haniz hanya tersenyum. Faham benar dia dengan sikap manja suaminya itu setiap kali sakit. Ada juga Fikry ni manja -manja tapi tidaklah macam ni sekali haha.
Haniz perlahan mendekatkan dirinya kepada Fikry,dahi Fikry dikucup perlahan. Kepala Fikry dialih perlahan dalam dakapannya. Fikry dipeluk erat Haniz seraya mengusap rambut suaminya itu agar berasa selesa dan tenang.
'Hari-hari sakit pun takpe...' gumam Fikry dalam hati. Suka lah tu kalau Haniz yang belai dia. Kadangkala jika matanya susah nak tidur,Fikry akan meminta Haniz untuk memeluknya dalam dakapan . Tanpa sedar kedua-dua mereka terlelap.-------------------------------
SELAMAT MEMBACA!❤️
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
RomanceAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...
#BAB 34
Start from the beginning