B A B 4 1

2.1K 217 35
                                    

Di ruang makan yang hening. Masing-masing sedang menikmati makanan dengan penuh berselera. Satu-satunya suara yang terdengar adalah suapan makanan yang menciptakan irama di dalan suasana yang tenang.

Shazrin Ammar berdehem kecil sebelum memulakan percakapan. Dia melihat adik-adik serta adik iparnya bersama nafas yang berat. Jauh di dalam sudut hati, dia berharap bahawa mereka semua dapat menerima keputusan yang dia lakukan ini dengan hati yang terbuka.

"Hujung minggu ini, abang nak pergi merisik Anggerik. Dulu, abang tak sempat nak buat semua itu." Kata Shazrin Ammar dengan suara yang lembut.

Nurin Shazran yang sedang menjamu selera. Terbantut untuk seketika. Semua mata tertumpu kepada sang abang. Riak wajah itu jelas kurang berpuas hati.

"Aran tak akan terima perempuan itu abang. Kenapa abang susah nak dengar cakap Aran ni? abang lupa ke dia punca abang hilang arah dulu? dia punca kami hampir hilang abang. Abang lupa ke? kalau abang lupa, kami tak lupa!" kata Nurin Shazran geram.

Shazrin Ammar pula mengukir senyum. Dia sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.

"Abang tak pernah lupa. Tapi, Bunga Anggerik Nathalia pun manusia biasa yang tak pernah lepas dari berbuat salah. Dia bukan malaikat yang suci tanpa dosa." Kata Shazrin Ammar pula dengan lembut.

Untung sahaja, Fatimah Zahra tidak turut serta di dalam upacara makan malam ini. Kerana dia ingin tidur di rumah bekas isterinya. Dia juga tidak melarang kerana Anggerik juga berhak ke atas Fatimah Zahra. Dia tidak kejam untuk memisahkan anak dan ibu.

"Ya, Anggerik manusia biasa. Tapi, dia hina abang. Abang lupa?" soal Shafiq pula dengan sinis.

"Tak, abang tak pernah lupa Fiq... Aran. But I love her." Katanya lagi dengan lembut.

Dia berharap adik-adiknya akan mengerti bahawa kebahagiaannya terletak di Bunga Anggerik Nathalia dan bukan wanita lain.

"I don't care abang, Aran tak akan pernah terima perempuan itu!" Kata Nurin Shazran menentang.

"Ana pun sama." Kata Nurin Shazana pula Manakala Shafiq pula mengangguk bersetuju dengan kakak-kakaknya.

"Afrin?" soal Shazrin Ammar kepada adik iparnya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

Afrin Baheera senyum.

"Kebahagiaan abang terletak pada Anggerik. Afrin pun marah. Tapi, Afrin tak kejam untuk sekat kebahagiaan abang Shaz. Lagipun, Anggerik salah satu sebab kenapa abang masih hidup. Afrin lebih tahu abang termasuk setiap lukisan tu, kan?" kata Afrin Baheera lembut.

Shazrin Ammar tertawa kecil. Orang luar lebih memahami berbanding darah daging sendiri pula yer?

"Semua itu tak penting. Abang rasa abang dah dapat jawapan. Jadi, korang boleh mula cari calon isteri untuk abang." Kata Shazrin Ammar lagi lalu bangun dari kerusi yang ia duduk.

"Abang tak habis makan lagi." Kata Afrin lagi.

"Tak apa, abang dah kenyang." Kata Shazrin Ammar pula.

Setelah itu, dia beredar dari meja makan itu dengan langkah berat. Untuk kali ini, dia tidak bisa mementingkan dirinya. Dia perlu memikirkan tentang kebahagiaan adik-adiknya juga.

"Kita pentingkan diri ke?" soal Nurin Shazana pula serba salah.

Afrin Baheera senyum kecil. Di pandang satu persatu wajah-wajah yang ia sayang termasuk sang suami.

"Tak, korang tak pentingkan diri. Korang cuma nak abang bahagia. Jadi, carilah seseorang yang jauh lebih baik dari Anggerik. Anggerik tu jahatkan?" kata Afrin pula lalu angkat punggung dan membawa dua pinggan untuk ia basuh.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now