B A B 4 4

2K 169 8
                                    

Di teras rumah yang di kelilingi oleh kegelapan malam. Bayang-bayang yang bertari di dinding dengan simbahan lampu yang malap menciptakan suasana yang sedikit suram. Dan, di sisi lain seorang gadis sedang duduk termangu di sofa memandang ke arah pintu. Tiada tanda-tanda si abang akan pulang. Dia mengeluh.

Di teras rumah yang dikelilingi oleh kegelapan malam, bayang-bayang bertari di dinding batu, menciptakan suasana misterius yang menguar di udara. Seorang gadis duduk termangu di kursi rotan yang rapuh, memandang ke arah jalan yang sepi. Dalam keheningan malam yang menyergap, curiga menyelip di sudut hati.

Akhirnya, di ketika jam berganjak ke arah pukul 1 pagi. Sosok si abang muncul. Dengan langkah cermat dia menarik lengan si abang agar berhenti daripada bergerak.

Si abang memandang adik ketiganya bersama senyuman. Jelaslah penat terpancar di raut wajah itu.

"Kenapa abang selalu balik lambat dua tiga hari ini? abang masih jumpa perempuan tu lagi ke?" soal Nurin Shazran curiga.

Shazrin Ammar tersenyum simpul.

"Abang perlu siapkan kerja yang tergendala sebelum event." Jawabnya pula.

"Abang tak jawab pun soalan Aran yang kedua tu." Katanya pula tidak berpuas hati.

Shazrin mengeluh kecil. Dia memegang kedua bahu si adik.

"Tak, Aran." Jawabnya singkat.

Nurin Shazran menunduk serba salah.

"Aran minta maaf, abang." Ucapnya dengan suara yang kendur.

Shazrin Ammar senyum tipis.

"It's okay, Aran tak salah. Abang yang salah. Abang mengalah untuk dapatkan
Anggerik sebab untuk saat ini kebahagiaan adik-adik abang lagi penting, I learn from my own mistakes, Nurin Shazran." Katanya lagi.

Namun, mulut pula tidak seiring dengan hati. Asalkan adik-adiknya bahagia. Dia juga akan turut bahagia. Mungkin?

"Abang." Nurin Shazran menatap lama wajah itu.

"Ya?" sahut Shazrin.

"Aran restu abang dengan Anggerik." Katanya dengan ikhlas.

"Aran.."

"Aran ikhlas. Fight for your love abang. Aran dah dengar semuanya semalam." Ucapnya pula.

Lalu tubuh si abang ia peluk bersama tangisan kecil.

"Aran lupa, Aran pun manusia abang. Banyak salah dan silap." Katanya lagi.

Dan, Shazrin menarik nafas lega kerana akhirnya doa-doa yang ia langitkan akhirnya terjawab. Alhamdulillah.

Perdebatan di antara Bunga Anggerik Nathalia dan Shazrin Ammar menarik ramai media untuk mengambil setiap foto mereka berdua. Bahkan, ada juga yang merakam mereka. Bergaduh di publik itu perkara biasa bagi pasangan ini. Seperti anjing dan kucingkan?

"Awak gila Shaz! sejak bila awak berani saman Mstar?!" soal Anggerik tidak berpuas hati.

Kali ini, sudah tiga kali ia mengeluarkan saman dan sebanyak itu juga kemenangan berpihak kepada dia.

"Sejak dia suka keluarkan statement bodoh untuk letupkan lagi headline dia." Jawabnya selamba lalu masuk ke dalam Empire miliknya.

IPad yang berada di tangan ia berikan kepada Bunga Anggerik Nathalia. Biar wanita itu sendiri yang membaca headline sampah itu.

"Seorang jutawan terkenal,
sanggup memutuskan pertunangan
semata-mata untuk kembali kepada
bekas isterinya yang pernah curang."
- Mstar.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now