˚⊱🪷⊰˚“WHAT??” Terkejut Carlos apabila mendengar apa yang baru sahaja di ceritakan oleh Alex. Alex dan Zavier hanya mendiamkan diri.
"Korang gila ke? Kalau Riel dapat tahu yang korang senyap-senyap masuk tempat dorang macam mana?" Soal Carlos dengan nada suara yang tinggi.
"Kitorang tak ada niat pun nak serang mamat tu." Jawab Zavier lalu menjeling Alex.
"Pandai-pandai lah korang jawab dengan Riel." Kata Carlos. Rambutnya diraup ke belakang. Stress betul aku dengan dua ekor ni.
"Ni semua salah kau." Kata Zavier.
"Eh pehal pulak salah aku? Kau yang ajak aku pergi situ. Babi betul." Alex mencarut. Asyik-asyik salah aku. Puii!
"Tu semua sebab telefon kau, kalau telefon kau tak bunyi mesti tak kantoi."
"Nak salahkan aku pulak." Masing-masing tak nak mengalah.
˚⊱🪷⊰˚SELESAI sahaja membersihkan diri, Ara berjalan mendekati meja solek. Ara masih mengenakan bathrobe pada tubuhnya. Sedikit losyen disapukan ke tubuhnya. Perfume disemburkan ke leher. Kakinya menapak ke almari. Baju tidur yang hanya paras peha itu dipakainya.
Tiba-tiba Ara merasakan ada tangan yang melingkar di pinggang rampingnya. Perut Ara yang sedikit memboyot itu diusap lembut oleh Gabriel. Ara memusingkan tubuhnya menghadap Gabriel.
Gabriel memandang tubuh isterinya yang mengenakan baju tidur yang agak terdedah. Sudut bibir Gabriel terangkat.
"Do you want to tease me? " Soal Gabriel sambil tersenyum nakal.
"Ma-mana ada." Tersekat-sekat nafas Ara. Jantungnya berdegup laju. Gabriel tergelak kecil melihat isterinya.
Matanya merenung penuh minat bibir mungil isterinya. Gabriel terus mencium rakus bibir mungil milik Ara. Pinggang langsing itu diramas lembut olehnya. Mata Ara terpejam dan menerima ciuman suaminya yang rakus dan penuh kegeraman itu.
Tiba-tiba iphone 15 milik Gabriel berbunyi. Gabriel meleraikan ciuman. Kaki panjangnya melangkah ke arah meja kecil sebelah katil itu. Gabriel menjawab panggilan tersebut.
"Kau nak apa?" Soal Gabriel dalam talian.
"Bila kau nak balik?" Soal Carlos di hujung talian.
"Nanti aku call kau balik." Kata Gabriel di dalam talian. Gabriel meletakkan kembali iphone itu di atas meja kecil.
"Siapa abang?" Soal Ara.
"Carlos." Jawab Gabriel. Ara hanya menganggukkan kepalanya.
"Sayang."
"Ya, abang."
"Esok kita keluar nak?" Soal Gabriel.
"Pergi mana?" Ara terus mendonggak memandang suaminya.
"Jalan-jalan dekat Berlin." Jawap Gabriel.
"Nak!"
Gabriel tersenyum suka. Pipi Ara dicubit lembut.
"Abang nak mandi kejap." Gabriel menanggalkan baju di tubuhnya di hadapan Ara. Badan berketak-ketak milik Gabriel dipandang isterinya.
"Baik, abang." Gabriel terus melangkah masuk ke dalam bilik air.
Mata Ara meliar mencari iphone 13 miliknya. Mana telefon aku? Ara bangkit dari katil lalu mendekati meja kecil yang berwarna silver itu. Laci meja itu ditarik. Dahi Ara berkerut pelik. Pistol? Macam mana boleh ada pistol dalam ni? Ara memegang pistol itu.
"Sayang buat apa tu?" Soal Gabriel tiba-tiba. Ara terus menoleh ke arah Gabriel.
Gabriel memandang Ara bersama dengan pistol di tangannya. Gabriel terus mendekati Ara. Pistol di tangan Ara dirampas oleh Gabriel.
"Kenapa abang ada pistol?" Soal Ara.
"..." Gabriel kematian kata apabila mendengar pertanyaan dari isterinya.
"Abang siapa sebenarnya?" Soal Ara. Gabriel masih mendiamkan dirinya. Wajah Ara ditenungnya.
"Jawab."
"Abang siapa?" Soal Ara lagi. Bebola matanya memandang wajah suaminya.
"I'm King. Leader of the Black Shadow Group. Italian mafia leader."
"Black Shadow? Mafia?" Kerut dahi Ara.
Gabriel mengangguk perlahan. Gabriel pasti, isterinya pernah mendengar nama itu. Iris kelabu milik Gabriel merenung dalam iris coklat milik Ara. Gabriel mendekati isterinya. Tubuh kecil Ara dipeluk erat.
"Kenapa abang tak bagitau sayang awal-awal? Kenapa rahsiakan?" Soal Ara yang berada di dalam pelukan Gabriel itu.
"Sorry sayang." Ubun-ubun isterinya dikucup lembut.
"Sayang tak benci abang?"
"Tak."
To be continue.
YOU ARE READING
THE KING: GABRIEL ALEJANDRO | OG
RomanceThe leader of soft spoken Gabriel Alejandro - Seorang jejaka barat yang mempunyai Iris berwarna kelabu itu membuatkan sesiapa pun yang melihatnya tidak mampu mengedipkan mata. Seorang yang sangat cekap menggunakan senjata. Seorang lelaki yang sanga...