"Angel!!" Dahlia yang seakan kenal suara itu dan panggilan itu mengalih pandangan ke arah bunyi.

Nampak susuk Xavier yang masuk ke dalam kedainya yang hampir hangus terbakar itu.

"Abang!!" jerit Dahlia selepas menjauhi kain tudungnya yang ditutup untuk Xavier mendengar tempikannya dengan jelas.

Mahu sahaja Dahlia memanggil Xavier buat kali kedua tiba perutnya terasa sakit yang teramat . Tambahan pula kepalanya kian berasa pening.

Gerangan sakit yang teramat dia terbaring lemah di atas lantai. Matanya kian kabur memandang susuk suaminya yang berlari ke arahnya itu.

"Angel!!" jerit Xavier apabila sudah berada disisi Dahlia itu sekarang.

Dahlia dengan perlahan mengangkat tangannya menyentuh pipi suaminya dan dia tersenyum.

"A-a-a-bang" maka gelap dunia Dahlia apabila nafasnya kian berasa terseksa tapi terselit dalam hatinya berasa tenang selepas dia dapat melihat wajah suaminya untuk kali terakhir. Maybe.

________________________

Jauh dia termenung sambil otak memikir keadaan isterinya yang sekarang berada dalam bilik pembedahan. Mata merenung ke arah pintu depan bilik pembedahan ada satu mentol yang menyala berwarna merah menandakan pembedahan masih boleh habis.

Risau. Kesal. Gelisah. Semua perasaan yang dia ada bercampuran . Ada kadang dia berasa menyesal sebab tak angkat call isterinya kalau dia angkat pada mula-mula isterinya call mesti dia sempat selamat Dahlia dari kebakaran.

Dan ada juga perasaan risau terhadap isterinya yang sedang berperang dengan nyawa.

Teringat juga dia kata-kata doktor perempuan yang mengambil alih dalam pembedahan ini.

"Tolong selamat isteri aku" pinta Xavier perasaan yang risau apabila memandang isterinya masih tidak membuka mata.

Tambahan pula, dengan darah yang mula mengalir pada betis isterinya itu lagi menambahkan kerisauannya.

"Saya harap encik bawa bersabar. Isteri encik kali ini dalam keadaan yang tak stabil. Ibu tidak sedar dan anak dalam kandungan ni kena dibedah" kata Dr. Alia merupakan doktor perempuan yang mengambil alih tugas ini.

Xavier terkaku mendengar luahan yang baru dikeluar oleh Dr. Alia. Mata memandang katil isterinya dibawa pergi masuk ke dalam bilik pembedahan dari jauh.

Hampir dua jam dia menunggu. Tiada satu susuk yang keluar dari bilik pembedahan itu.

Klak!

Laju Xavier mengangkat kepala melihat susuk Dr. Alia yang baru keluar bersama staff yang lain turut keluar dan pergi.

"Tuan Xavier, Alhamdulillah. Tuan dapat anak lelaki.." ujar Dr. Alia yang mendukung bayi yang nyenyak itu. Lantas bayi itu bertukar tangan dengan Xavier.

Xavier tersenyum melihat wajah anak lelakinya yang baru terlahir itu. Hampir seratus peratus wajah anaknya merupai dirinya tapi mata dan mulut anak lelaki mewarisi isterinya.

Mata yang bulat dan iris mata berwarna hitam dan tidak lupa juga rambut turut berwarna hitam pekat seperti rambut isterinya.

"Arman Hasif bin Xavier Adrean. Anak daddy dan mummy" getus Xavier menyebut nama panjang anak lelakinya.

"..tapi keadaan ibunya masih tidak sedarkan diri" Xavier memandang Dr. Alia itu dengan wajah dingin.

"Mungkin isteri Tuan akan sedar dalam masa yang singkat ataupun lama tapi kita serahkan semua ni kepada yang maha berkuasa. Doakan semoga isteri Tuan cepat sedar. Jadi kalau takde apa-apa saya pergi dulu" kata Dr.Alia.

"Dr. Noah ada tak?" tanya Xavier.

"Dr. Noah takde hari ni. Dia pergi oversea buat beberapa hari. Tuan boleh lah masuk tengok isteri Tuan. Saya pergi dulu. Assalamualaikum"

"Thanks" pinta Xavier.

"Sama-sama" Dr. Alia mengangguk dan pergi meninggalkan Xavier bersama anak lelaki yang berada dukungan Xavier.

Xavier melangkah perlahan masuk ke dalam wad VIP isterinya selepas isteri dipindahkan dari bilik pembedahan itu.

Sepi.

Dia memandang muka isterinya yang putih suci. Dahlia bagai tidur dengan lena seperti bayi yang tidak tahu apa-apa.

"Assalamualaikum , dahlia abang. Angel , abang ada berita gembira mesti angel suka kan. Kita dapat anak lelaki. Nama dia Arman Hasif. Nama yang sayang pernah kata dekat abang dulu" ujar Xavier sendiri.

"Angel, abang laungkan azan anak kita kejap okay" Xavier perlahan bangun dan melaungkan azan dengan perlahan pada telinga anak lelaki nya.

Dalam dia melaungkan azan mengalir setitis air matanya . Berasa sebak.

'Finally, I did my promise, dad' kata Xavier dalam hati yang sedang ralit melaungkan azan untuk anaknya.

My Dahlia [SS] | ©️Where stories live. Discover now