"Begini." Ibrahim memusingkan bahagian bawah pen. Pen itu kelihatan seperti mempunyai dua bahagian iaitu atas dan bawah. Di bawahnya kelihatan kecil sedangkan atasnya agak besar.

Sebagai sahaja dipusingkan,bilah itu masuk semula ke dalam pen.

"Pergh...."pelajar lain melihat kagum.

"Ke kanan atau kiri?" Karl bertanya mengenai arah pusingan pen itu.

"Mana-mana pun boleh." Nik menjawab.

"Untuk butang paling atas,berfungsi sebagai pemberi amaran SOS. Jika kalian memerlukan bantuan,tekan pada bahagian atas. Manakala untuk bahagian tengah pula berfungsi sebagai radio. Tetapi terhad pada radius 5 km sahaja."

"Er..."Mereka semua memandang ke arah suara itu.

"Boleh saya bertanya?...."

"Kenapa perlukan semua ni?"

"Sebagai persediaan. Semasa mencari kayu api tengah hari tadi,rakan-rakan kamu yang lain telah diserang oleh orang yang tidak dikenalpasti."

"Diserang?!"semua pelajar mula ketakutan.

"Ingat. Jikalau kalian ternampak orang lain selain yang kalian lihat di sini,terus panggil kami dengan pen ini. Faham?"

"Faham."Mereka menerima arahan dengan baik.

"Kalian boleh masuk tidur sekarang."

Pelajar-pelajar pun mula beransur pulang ke rumah masing-masing.

Amalina membantu Airin yang masih lemah untuk ke rumah. Lagipun,mereka satu bilik makanya memang tanggungjawab dia untuk membantu.

Sebelum masuk ke bilik,pelajar kelas Odd sempat berbincang antara satu sama lain.

"Remember. Stay alert,guys." Anirma mengingatkan.

"Ergh,baru sampai dah jadi macam ni. Stres aku. Bila boleh aman?" Karl mengeluh.

"Dalam syurga." Anirma membalas tanpa bersalah.

"Erk...."Karl yang mendengar itu agak terkedu.

"Deep noh ayatnya..."Xarian yang mendengar itu berkata.

Rakan-rakannya yang lain hanya mampu menggelengkan kepala.

Maka,mereka pun beransur-ansur memasuki rumah masing-masing.

Sebaik sahaja masuk ke rumahnya, kelihatan Aubrey dan Erika sudah bersiap sedia untuk tidur. Seara pula baru sahaja keluar dari bilik persalinan di mana dia menyalin pakaiannya kepada baju tidur.

Sedangkan Anirma memasuki bilik air untuk melakukan apa yang patut.

Sebaik sahaja dia keluar,
"Kenapa lama sangat kau kat dalam?" Seara yang ingin tahu bertanya.

"Aku lepaskan hajat,gosok gigi, dan ambil wudu'."

"Nak tidur pun ambil wudu' lagi?"

"Supaya diberikan perlindungan. Dan kalau mati dalam tidur,kita mati dalam keadaan suci,in sya Allah."

Jawapan Anirma menyebabkan mereka bertiga terdiam.

"Kalau macam tu..."Seara pun memasuki bilik air. Untuk mengambil wudu'.

Anirma pula terus menaiki katilnya yang berada di atas dan mengibas-ngibas sedikit pada katilnya dengan selimut. Ketika ini,dia masih lagi bertudung, bersarung tangan dan bertopeng.

Semasa yang lain sedang bersedia untuk tidur,mereka terdengar suara dari katil Anirma yang sayup-sayup.

Aubrey dan Erika yang pelik akan itu memandang antara satu sama lain. Mereka berdua tertanya-tanya. Tetapi hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu bagaimana mahu bertanya.

(2) ODD CLASS (Z Class season 2)Where stories live. Discover now