Sudah lama dia tidak menyatu dengan alam seperti itu. Selalunya dia hanya akan duduk di laut sahaja.

Kaysa duduk di atas batu besar dengan hujung kakinya yang terkena air sungai itu. Jika dia tidak datang bulan, sudah pasti sungai itu sudah diredahnya.

Sedang Kaysa mengelamun sambil mendengar bunyi cengkerik, tiba-tiba muncul Isa di hadapannya. Percikan air juga terkena wajah Kaysa saat itu.

"Isa. Habis basah tudung saya," bebel Kaysa saat memandang ke arah Isa di depannya.

Rambut lelaki itu yang basah membuatkan jantung Kaysa berdebar. Dia seolah melihat Isa pada umur 30 tahun dahulu. Waktu di mana dia jatuh cinta pandang pertama kepada lelaki itu.

"Termenung dekat siapa tadi?" Soal Isa dengan wajah yang serius.

"Adalah. Sibuk je nak tahu." Kaysa terus menoleh ke arah lain. Dia berasa berdebar saat wajah kacak itu merenungnya.

"Mestilah kena sibuk. Awak kena termenung dekat saya je. Satu-satunya suami awak. Bukan lelaki lain," ucap Isa dan mengusap wajah Kaysa dengan tangan basahnya.

"Isa!!!" Jerit Kaysa apabila wajahnya sudah basah.

Tetapi Isa dengan lebih cepat masuk ke dalam air dan berenang pergi. Kaysa hanya mampu menahan geram sahaja. Isa sekarang sudah pandai bergurau dengannya.

"Abang Isa!" Jerit Kayza apabila melihat Isa yang menyelam lebih 2 minit.

Kaysa yang terkejut dengan suara Kayza terus berdiri di atas batu itu. Dia juga terkejut apabila melihat Isa yang terapung di atas air itu.

"Isa!! Isa!!!" Jerit Kaysa bagaikan orang gila.

Dia cuba untuk turun dan berdiri di tebing sungai itu. Jantungnya mula berdegup kencang. Kayza juga terus bergerak untuk mendapatkan Isa. Air mata Kaysa sudah mengalir turun kerana berasa takut.

"Wahh!!!" Jerit Isa dan menarik nafas puas.

Kayza yang sudah mendekat terus berhenti. Dia terkejut dengan cara Isa yang tampak tenang itu.

"Abang okay?" Soal Kayza.

"Abang okay je. Kenapa?" Soal Isa semula.

"Err. Adik ingat abang lemas. Kakak dah nangis dekat sana," ucap Kayza dengan rasa serba salah.

Isa terus memandang ke arah Kaysa yang sudah menangis teresak-esak di tebing sungai. Dengan segera dia berenang untuk mendapatkan Kaysa.

Kaysa pula terus naik ke atas semula. Hatinya sakit apabila melihat Isa yang berpura-pura lemas itu.

"Kaysa. Kaysa!" Panggil dan berjalan untuk mengejar Kaysa.

Kayza juga sudah naik ke tebing semula. Dia juga berdebar selepas melihat situasi tadi.

"Kaysa. I'm sorry," ucap Isa dan mencapai lengan Kaysa.

"Pandang saya please. Saya minta maaf," rayu Isa dengan rasa berdebar.

"Awak jahat Isa! Saya ingatkan awak lemas tadi!" Bentak Kaysa dengan air mata yang masih mengalir.

"Kaysa. Awak lupa ke saya ni dari unit mana? Takkan saya dengan mudah lemas dalam air," pujuknya lembut.

"Awak rasa saya boleh fikir benda tu dalam keadaan cemas. Awak kejam Isa. Kejam! Saya nak balik!" Ucap Kaysa dan bergerak ke arah motor. Nama Kayza dilaung kuat.

Kayza yang baru sahaja mengelap tubuhnya terus menghampiri Kaysa dan Isa.

"Kenapa Kakak?"

"Kita balik. Kakak tak nak balik dengan Abang Isa," ucap Kaysa dengan serius.

Kayza terus menghidupkan motornya. Mujurlah mereka datang dengan motor. Isa membawa motor peninggalan arwah ayah mereka dan Kayza dengan motornya.

Isa terus melepaskan nafas kecewa selepas melihat Kayza dan Kaysa bergerak pulang. Dia meraup rambutnya ke belakang dengan rasa kesal. Dia fikirkan Kaysa tidak kisah dengan semua itu. Tambah pula semua itu adalah latihannya juga selama ini.

🌻

KAYSA duduk di atas katil sambil memeluk lutut. Sejak dia tiba di rumah petang tadi, bayang Isa tidak muncul lagi di rumah. Malah Puan Jihan juga sudah bertanya ke mana Isa pergi. Kayza juga hanya mengunci mulut.

Jam di atas meja lampu itu dipandang sekilas. Sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Tetapi Isa masih belum pulang. Hati Kaysa mula diselubungi dengan rasa bersalah.

Lama dia berdebat dengan egonya, akhirnya Kaysa turun juga dari katil dan berjalan keluar dari bilik. Di luar bilik, dia dapat mendengar suara Puan Jihan di dapur. Dengan langkah yang penuh berhati-hati Kaysa berjalan ke dapur.

Di sebalik dinding itu dia dapat melihat Isa yang sedang menjamah nasi bersama Puan Jihan. Hatinya terus berasa lega kerana lelaki itu sudah pulang ke rumah.

"Gaduh dengan Kaysa ke?"

Soalan Puan Jihan menyentak tubuh Kaysa. Dia terus menunduk kerana mahu mendengar jawapan Isa.

"Tak lah Umi. Petang tadi ada seorang pakcik ni, motor dia rosak. Jadi Isa tolong hantarkan dia balik ke rumah. Lepastu pakcik tu ajak Isa pergi masjid untuk solat Maghrib sekali dengan Isyak. Isa lupa nak beritahu Kaysa sebab telefon habis bateri. Kaysa masih duduk dalam bilik ke Umi?" Soal Isa dengan nada risau.

"Nampaknya macam tu. Kamu pujuklah dia untuk makan. Umi risau perut dia masuk angin je," jelas Puan Jihan.

"Baik Umi. Isa bawa nasi ke bilik lah macam tu. Umi okay ke?" Soalnya teragak.

Kaysa yang mendengar ayat Isa terus berlari masuk ke dalam bilik. Dia tidak mahu Isa tahu dirinya mengendap perbualannya bersama Puan Jihan.

"Umi dengar tak bunyi tu?" Soal Isa dan ketawa kecil.

"Hahaha. Ini kan rumah Umi. Mestilah Umi dengar. Budak bertuah tu. Ego tak nak kalah," jawab Puan Jihan dan ketawa kecil.

Sejak awal dia sudah tahu dengan Kaysa yang menyorok di sebalik dinding itu. Semuanya kerana gerakan mata Isa padanya.

"Isa bawa ke bilik ya Umi. Nak pujuk puteri raja," ucap Isa selepas mengambil nasi.

"Iyalah. Moga terpujuklah ya," balas Puan Jihan dan tersenyum.











Komen yang simple mampu membuatkan hati saya gembira. Terima kasih pada si pemberi komen dan vote (⁠ ⁠◜⁠‿⁠◝⁠ ⁠)⁠♡

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now