1

331 4 0
                                    

Angin sepoi-sepoi dari pantai menyapa lembut pipi Aniq. Terasa nyaman, seolah-olah ia ingin menyapu segala beban yang menghimpit hatinya. Tempat ini, persisiran pantai yang sering menjadi saksi kepada kisah hidupnya.

Dia memejamkan mata seketika, membiarkan bunyi ombak yang menghempas pantai membawa ingatannya kembali ke waktu-waktu dulu. Disinilah segalanya bermula, perasaan yang disimpan sekian lama akhirnya diluahkan di sini, di pantai yang menjadi tempat rahsia mereka berdua. Segalanya terasa sempurna.

Dengan perlahan, Aniq membuka matanya dan melihat ke arah laut. "Aku rindu kau, Taufiq. Aku rindu kau sangat," bisiknya perlahan, hampir tak kedengaran. Angin pantai seolah-olah membawa pesanannya itu jauh ke laut, mungkin sampai kepada orang yang paling dirinduinya.

Dia menghela nafas panjang, dan senyuman kecil mekar di bibirnya. Dia masih ingat...

2015

Waktu hening petang menjelma, Aniq sedang duduk di pangkin depan masjid kampungnya. Suasana sepi, hanya ditemani bunyi cengkerik dan desiran angin yang lembut menyapa daun-daun kering di sekelilingnya. Buku-buku terbentang di hadapannya, tangannya pula ligat menulis, mencatat nota. Sesekali dia akan berhenti sejenak, merenung ke arah langit yang mulai jingga.

Dia mengeluh perlahan, matanya sesekali melirik ke arah jalan kecil yang menghubungkan masjid dengan jalan itu. "Mana la dia ni... kata nak datang awal."

Hampir sepuluh minit berlalu, dan masih lagi tiada tanda-tanda kelibat Taufiq. Dengan geram, Aniq menutup buku di hadapannya dengan sedikit kasar, kertas-kertas di atas pangkin hampir berterbangan.

Dia menggigit bibir, menahan rasa geram yang semakin memuncak dalam dadanya. Mana taknya, sudah satu jam dia menunggu di sini, tetapi kelibat Taufiq masih belum kelihatan.

Tiba-tiba, deruman enjin motor memecah keheningan. Aniq segera mengangkat kepalanya, dan di saat itu, kelibat Taufiq muncul dari selekoh dengan motosikalnya.

Taufiq meluncur ke arah Aniq, motornya berhenti dengan perlahan di hadapan pangkin. Dia membuka helmet, senyuman lebar terukir di wajahnya yang tampan. Rambutnya dirapikan dengan jari, sebelum dia melangkah turun dari motor.

Dia menggaru belakang kepala. "Sorry, Aniq. Aku tak sengaja. Ada hal tadi."

Aniq mencebik. Tak sengaja? "Aku tunggu kau sejam. Kau boleh cakap tak sengaja?"

Taufiq tidak berkata apa-apa, sudah lali dengan perangai Aniq yang kuat merajuk. Nasib baik comel, kalau tak, jangan harap dia nak layan. Dia meletakkan helmetnya di atas kayu pangkin lalu memanjatnya dan duduk bersebelahan Aniq. Dengan cepat, tangannya mencapai buku yang baru saja ditelaah oleh kawannya yang seorang itu.

"Eh, jangan kacau buku aku," kata Aniq sambil cuba merampas buku itu. Taufiq mengangkat tangannya, jauh daripada capaian Aniq.

Hanat, mentang-mentang tinggi, kau nak budak-budakkan aku macam tu je.

"Taufiq!"

Taufiq ketawa, menyembunyikan buku di belakangnya. "Kau ni, asyik merajuk je. Sabar sikit, aku just nak tengok notes kau."

Dia membelek buku itu, tulisan Aniq yang kemas dam tersusun jelas kelihatan. Siap ada penanda lagi! "Uish, warna-warni. Rajin betul kawan aku yang seorang ni."

Aniq mencebik.

"SPM nak dekat kan. Kenalah rajin. Kalau tak, macam mana nak sambung belajar."

Kali ini, giliran Taufiq pula untuk mencebik. Mungkin terasa dengan kata-kata Aniq.

Taufiq dan Aniq bagai langit dengan bumi. Nama sahaja kawan baik, tetapi perangai mereka jauh berbeza. Taufiq sering memonteng kelas, budak bermasalah bak kata cikgu disiplin manakala Aniq pula merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah mereka. Kalau Taufiq suka menghabiskan masa di padang bola, Aniq pula lebih gemar menghabiskan masa di perpustakaan, tenggelam dalam buku-buku rujukan tebal.

You'll also like

          

Memang bagai langit dengan bumilah katakan!

"Yelah, aku faham, aku faham," jawab Taufiq sambil menutup buku yang dipegangnya dan meletakkannya kembali di atas pangkin. "Aku nak study sama-sama dengan kau." Dia memeluk Aniq dari belakang, mukanya diletakkan di atas rambut Aniq. Wangi. Macam bau Carry Junior. Aniq yang ketika itu sedang membelek buku ulang kajinya itu hanya membiarkan perkara itu, sudah masak dengan perangai manja dia.

"Tu sebab aku suruh kau datang awal. Kalau tak, dah boleh dah kita buat study group. Ni tak, cakap je datang awal, tapi batang hidung pun tak nampak."

"By the way, kau peluk-peluk aku ni, kau sedar tak kau bau busuk." Nampak la, mamat ni baru balik dari main bola. Peluh masih melekat, kolar bajunya basah.

Taufiq tersengih. Aniq fikir dia akan meleraikan pelukannya, namun tidak. Sebaliknya, dia makin erat memeluknya.

"Mana boleh. Kalau aku busuk, kau pun kena busuk jugak."

"Tepi, gila! Depan masjid ni. Nanti Pak Imam lalu tak pasal-pasal kena cop kunyit."

Dengan itu, Taufiq ketawa besar, suaranya bergema di sekeliling kawasan masjid yang sunyi itu. Aniq menjeling ke arah Taufiq, cuba menunjukkan riak muka marah tetapi tidak berjaya. Mukanya yang putih sudah mula merona merah kerana malu. Lagilah sakan Taufiq mahu mengusiknya!

Pap!

Taufiq menggosok bahunya yang baru sahaja dipukul. Tak pasal-pasal dia yang kena.

Aniq sudah mula mengemas buku-bukunya, menyumbatkannya semua ke dalam beg.

"Dahlah, malas layan kau. Baik aku lepak kat kedai Mak Jah je," katanya sambil menyandang beg ke bahu. Dia terus melangkah ke arah motor milik Taufiq, sementara Taufiq hanya memerhati dari belakang.

Aniq menjelingkan pandangan ke arahnya, dan Taufiq senyum senget seperti kerang busuk. Dengan itu, dia cepat-cepat mencapai kunci motor dan helmet yang terletak di atas pangkin, lalu turun dari tempat duduknya dan menuju ke arah Aniq. Helmetnya diberikan kepada kawannya yang seorang itu.

"Nak gi mana ni?"

"Rumah aku la. Kenapa?"

"Tak payah la balik dulu. Mak aku ajak makan malam sekali. Jom."

Aniq menggigit bibir bawahnya. Dia bukan apa— seganlah! Minggu ni, dah kali kedua dia makan malam di rumah Taufiq. Lagipun, dia tak nak menyusahkan keluarga Taufiq. Walaupun mereka memang rapat, Aniq tetap rasa malu sebab kerap sangat bertandang. Cukuplah dia jadi beban kepada keluarga sendiri, dia tak nak ambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

"Tak nak lah..."

"Ala, mak aku lagi suka kalau kau datang. Kau pun tau kan, dia layan kau macam anak sendiri. Dia sayang kau lebih dari aku."

"Isy, kau ni. Sampai ke situ pula! Tak baik tau."

"Aku cakap betul, la. Mak aku memang suka kau datang. Harini dia masak makanan favorite kau. Ayam masak merah." Taufiq mengangkat kening sebelahnya. "Takkan kau nak tolak rezeki, kan?"

Aniq mengeluh kecil, berasa serba salah. Memang susah nak tolak kalau dah sebut ayam masak merah, lebih-lebih lagi kalau dimasak oleh Mak Cik Sufi.

"Alang-alang tu kita boleh study sama-sama. Kau dah janji kan nak ajar aku math hari ni." Taufiq menambah dengan nada memunjuk, bibirnya dimuncungkan sedepa.

"Fine, aku ikut. Tapi ni kali terakhir minggu ni. Nanti orang cakap apa pulak."

Taufiq tergelak. "Lantaklah diorang nak cakap apa. Rumah kau bukannya jauh sangat. Aku boleh je hantar kau naik motor."

Suatu Hari NantiWhere stories live. Discover now