CHAPTER THREE

Mulai dari awal
                                    

" Umur ? "

" Hah ? " Felicia sedikit keliru. Dia tidak memberikan perhatian membuatkannya tidak terlalu mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Giovanni. Kedengaran kabur.

" Berapa umur kamu ? "

" Empat belas tahun. "

" Kamu sangat muda. " kata Giovanni dengan anggukan kecil. Dia mencapai buku perniagaan yang bersaiz sederhana dari rak lalu dia bergerak dari situ, mencari tempat untuk duduk.

Felicia mengikuti Giovanni dari belakang. Apabila sampai di mejanya, dia meletakkan buku Anatomi dan Fisiologi di permukaan meja dan mendudukkan dirinya di kerusi.

Dia mengeluarkan alatan tulisnya dari beg dan diletakkannya di atas meja. Lalu, dia mula mengulangkaji pelajaran. Felicia fikirkan bahwa Giovanni sudah pergi tetapi bunyi kerusi yang berdecit nyaring kerana bergeselan dengan lantai membuatkan perhatian Felicia sedikit teralih.

Felicia memanggungkan kepala. Dia sedikit bingung apabila melihat Giovanni duduk di hadapannya. Giovanni sedang menongkat dagu sambil menyelak-nyelak kertas di buku perniagaan tersebut.

Dia kembali menundukkan pandangan. Dia melihat buku yang terbuka lebar di hadapannya. Pensil mekanikal yang berputar-putar di celahan-celahan jemari mula bergerak aktif di permukaan kertas.

Suasana sunyi.

Giovanni dan Felicia fokus terhadap buku masing-masing tanpa berminat untuk berbicara antara satu sama lain.

Semasa Felicia sedang berfikir untuk menjawab soalan sambil memutar-mutarkan pensil mekanikal. Tiba-tiba, pensil mekanikal itu terlepas dari celahan jemarinya, bergolek dan jatuh di atas lantai. Berputar-putar kecil dan berhenti apabila melanggar hujung kasut milik jejaka tampan tersebut.

Felicia mengeluh kecil.

Lalu, dia mula menunduk, ingin mencapai pensil mekanikal itu. Dia berada di bawah meja. Tangan tergawang-gawang di atas lantai, mahu mencapai pensil mekanikal itu yang berada tidak jauh dari situ.

Tetapi, tangan besar dan berjemari panjang terlebih dahulu mencapai pensil mekanikal itu dan membawanya naik ke atas.

" Aku sudah mengambilnya. Kamu boleh keluar daripada bawah meja. " kata Giovanni dengan datar.

Felicia mengeluh halus.

Dia merangkak kecil, mahu keluar dari bawah meja. Kerana ingin cepat-cepat keluar daripada tempat itu yang sempit dan gelap, kepala Felicia terhentak di bawah meja dengan kuat membuatkan pemuda itu mengerang kesakitan.

Giovanni terperanjat kecil apabila meja sedikit melompat bersama bunyi erangan halus. Belum sempat dia ingin melihat keadaan di bawah sana, Felicia sudah keluar terlebih dahulu, duduk di atas kerusi sambil mengusap-usap kepala. Wajah ayu itu dipenuhi ekpresi kesakitan.

" Apakah kamu baik-baik sahaja ? " tanya Giovanni dengan datar. Dia menolak pensil mekanikal menggunakan hujung jari telunjuk membuatkan pensil mekanikal itu bergolek-golek dan berhenti ketika melanggar buku tebal.

Felicia menghela nafas. Angguk.

" Aku okey. " jawabnya, ringkas.

" Benarkah ? "

" Hm.. "

" Felicia. Nama itu sangat sesuai dengan kamu. " ucap Giovanni dengan suara yang sensual.

Darah Felicia berdesir panas apabila mendengar suara sensual tersebut yang sangat-sangat menyeramkannya. Bulu halus berdiri tegak. Jantungnya berdegup dengan kencang, menciptakan bunyi mersik yang menyentuh daun telinganya.

KISS ME, DARLING Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang