TAKUT ANAK JADI PONDAN.

Start from the beginning
                                    

Kesimpulannya, masih lagi ujud keraguan dari pelbagai pihak masyarakat tentang orientasi seksual ini. Sogokan ilmu tentang SOGIE dan HIV Aids mungkin dibaca secara diam diam dan ada satu penolakan idea di situ. Mereka merasakan mereka lebih bijak dan yakin untuk menangani kecelaruan jantina anak anak mereka sekiranya mereka mengamalkan undang undang rumahtangga tertentu pada anak anak. Mereka lupa tentang milikan antara manusia dan manusia yang tidak pernah wujud. Bukankah kita semua milik Pencipta?


Menggunakan pendekatan agama, imbuhan syurga dan neraka adalah jalan pintas yang sering mereka gunakan pada anak-anak sebaik sahaja dihidu cara hidup anak anak lembut yang digelar Pondan oleh manusia sekeliling. Pokoknya pendapat orang sekeliling itu adalah lambang maruah, darjat mereka sebagai ibubapa. Tidak kira ibubapa yang berpendidikan tinggi atau tidak, hampir kesemuanya merasakan mereka ada fomular untuk membentur jasad/roh yang lain. Mereka pura pura menidakkan penjelasan saintifik tentang Transgenderism yang telah ujud zaman berzaman, juga hal hal Mukhanas dan Mukhanat yang tertulis jelas dalam sejarah hidup. Kali ini tentunya lebih parah, kerana ia terjadi pada darah daging sendiri.

Berapa ramai anak anak transgender Asia telah lari dari cengkaman ibubapa dan keluarga yang menyesakkan nafas? Ramai, ramai keluar rumah secara rasmi atau tidak. Memilih untuk tidak pulang pulang, kerana bimbang atau memberi alasan alasan lain.

Ibubapa perlu tahu yang anak anak transgender yang terarah dengan baik wujud dan menjalani hidup seadanya.

1. Bukan semua  pekerja seks.

2. Bukan semua  gemar gaya berpakaian berahi

3. Bukan semua mengikut kata hati membabi buta

4. Bukan semua boleh dilabel sampah masyarakat

5. Mereka masih mampu menyumbang pada negara, masyarakat, keluarga dan diri sendiri

Kenapa ibubapa tidak boleh berbangga secara terang terangan apabila anak seorang pondan? Kenapa tidak dilatih diri untuk memahami akan naluri berbeza? Kalau mereka dianggap gila 'metal disorder' atau 'gender dsyporia' sekalipun, kenapa tidak ada rasa belas kasihan? Kamu sogok dengan pelbagai ugutan hidup pada mereka.

Ibubapa alaf baru sepatutnya lebih berinformasi dalam hal hal transgenderism, gender dsyporia dan pendekatan SOGIE. Mereka wujud, dan kamu harus berjinak jinak dalam proses menerima HAKIKAT, sama seperti dengan kejadian kejadian yang lain seperti:

1. Anak lelaki menagih dadah

2. Anak lelaki membuntingkan anak dara orang dan anak perempuan mengandung luar nikah

3. Suami mencari wanita lain yang lebih bergetah

4. Penceraian dalam ahli keluarga.

5. Tangkapan terhadap pedofilia

Sekiranya kamu dan para ibubapa memahami SOGIE mitos mitos di bawah tidak akan bermakna lagi. Mitos mitos adalah seperti berikut:

1. MEMILIH untuk menjadi wanita

2. Lelaki yang berFIKIR dia adalah wanita

3. Lelaki yang kelihatan/berpenampilan wanita

4. Berpakaian wanita hanya untuk kegiatan seksual dengan lelaki lain

5. Lelaki yang secara suka suka menyamar manjadi wanita

6. Anak lelaki kamu hanya lelaki lembut, boleh diubati

7. Anak lelaki kamu keliru jantina dan boleh diubati juga

8. Anak kamu menidakkan kuasa Tuhan

9. Anak anak pondan sudah tidak percaya pada Tuhan.

10. Hasutan pada budaya kuning dan keadaaan sekeliling.

Apabila manusia tidak REDHA segala perihal dunia ia akan menjadi  buluh  runcing. Menusuk tajam pada perasaan manusia lain, termasuk diri sendiri. 

Pernahkah kita dan media berbicara kisah anak anak pondan yang membantu keluarga? Kisah anak anak pondan yang bertungkus lumus menjayakan majlis keraian orang? Kisah kejayaan mereka serta bakat di bidang masing masing? Pujian hanya seketika, sambil sempat meletakkan syarat-syarat dalam bentuk ugutan lembut dan terlupa  menghormati perasaan mereka. Itulah  kita yang sememangnya penting diri dan ia sangat menyedihkan. 

"Semoga dia akan insaf dan menjadi lelaki sejati suatu hari nanti!" Doa yang kamu sendiri tahu sukar dimakbuli.

Ini bukan artikel memohon sokongan pada golongan Mak Nyah/transwoman/trangender/transseksual, sebaiknya dibukakan mata pada soal realiti dalam hidup, barulah nafas menjadi lega.

Melihat rentetan dugaan dan tekanan dari unit awal yakni ibubapa dan kelaurga, kamu pembaca akan tahu kenapa manusia PONDAN berbekalkan jiwa yang sangat kuat dan kental.

Ya, kerana sifat dan kelaku menyedihkan dari  kaum keluarga sendiri membuat mereka bangkit dan hidup secara ikhlas terhadap diri serta berpenampilan minimal di hujung usia bukan kerana insaf tetapi mengimbangi diri dan keselesaan sementara hidup di dunia.

*PONDAN adalah istilah yang diguna pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk gambaran lelaki berpakaian wanita secara rasmi. Termasuk lapuran lapuran media perdana yang menggemari istilah ini. Penulis TIDAK MENGGEMARI istilah dan  isu lapuk ini secara peribadi.

Regina Ibrahim

Artis Holistik Pulau Pinang.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now