"ok, aku tuntut janji kau" jihyo dengan mudahnya memaafkan hyeon selepas mendengar perkataan belanja.

Tiba-tiba choi hara kawan baik jihyo dan hyeon, mendekati mereka. "hai korang" hara mengambil tempat dihadapan meja hyeon ah.

"Hai" hyeon menjawab sepatah kerana tengah leka dengan autograf bts. Hara hanya menggelengkan kepalanya melihat betapa fanatiknya hyeon terhadap kumpulan bts tersebut.

"seong im...." hara memanggil dengan nada manja, jihyo yang tadinya menundukkan kepala kerana membaca buku, sekarang mendongakkan kepala apabila hara memanggilnya.

"hah. Kau nak apa pulak?" jihyo berkata sambil melipat kedua tangannya di hadapan dada.

"rileklah... Aku tak nak apa-apa pun, sajer jer panggil kau" cuak pulak dia lihat muka jihyo yang garang.

"yelah...." jihyo mula menyambung aktivitinya balik walaupun masih was-was dengan hara.

"tapikan korang tau tak ada murid baru nak masuk sekolah kita nanti" hara mulai tarik perhatian kawannya.
"aku ada dengar jugak, kalau tak silap pelajar baru tu lelaki" hyeon yang tadinya sibuk dengan autograf bts mulai tertarik dengan ucapan hara tadi. Manakala jihyo hanya mendengar percakapan kawannya sambil membaca buku.

"harap-haraplah orang tu comel dan hensem macam won geun nanti kan" hara dan hyeon mula dengan angan-angannya. Jihyo hanya tersenyum dengan reaksi hara dan hyeon. Beberapa minit kemudian, guru mereka masuk kekelas.

Skip

Jihyo, hyeon dan hara mulai kemas barang-barang mereka untuk pergi ke kantin sekolah. Dalam perjalanan ke kantin tiba-tiba mereka terdengar jeritan berdekatan dengan koridor yang mereka berdiri sekarang.

"kenapa tu? Ada apa-apa ke?" hyeon berkata sambil mencari-cari punca berlakunya jeritan tersebut, hara dan jihyo melakukan perbuatan yang sama.

Tiba-tiba ada dua orang pelajar perempuan melalui jalan yang jihyo jalan.

"kau tau tak, rupanya pelajar baru lelaki tu ialah won geun artis yang berlakon kat cerita fanatik fan dengan jihyo tu" yeoja yang pertama berkata dengan teruja.

"ye ke?? Wah!! Tak sangkanya, jomlah kita gi sana, aku tak sabar nak jumpa won geun. Mana tau dapat jadi yeojachingu dia ke" yeoja yang kedua berkata pulak.

"jomlah aku dah tak sabar ni" dua orang yeoja tersebut berlari ke kantin. Muka jihyo mulai pucat mendengar percakapan dua orang yeoja tersebut, manakala hyeon dengan hara sudah terlompat-lompat gembira. Jihyo mulai teringat ucapan won geun berapa minggu lepas, selepas mereka habis meraikan kejayaan mereka berlakon cerita fanatik fan yang dibintangi jihyo dan won geun.

#flashback

Jihyo mulai kemas barangnya untuk balik kerumah, tiba-tiba won geun datang menegurnya. "hai jihyo, dah nak balik ke?" won geun bersandar Di dinding yang berdekatan dengan lagak yang kacak.

"haah, tahniah atas usaha awak yer won geun" jihyo menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan wom geun dengan senyuman melekat di bibir.

"awak pun sama" won geun menjabat tangan jihyo dan tersenyum kepada jihyo jugak. Sewaktu jihyo ingin menarik tangannya balik, won geun mula menggenggam tangan jihyo dengan lebih erat.

"won geun..." jihyo mencuba lagi tapi tidak boleh.

"jihyo sudi tak awak nk jadi yeoja chingu saya?" won geun memegang kedua-dua tangan jihyo. Jihyo yang mendengar ucapan won geun tadi terpaku, dengan perlahan-lahan jihyo mengangkat kepalanya untuk melihat kearah won geun.

Setelah beberapa saat kemudian jihyo mula membuka mulutnya untuk membalas. "maaflah won geun, saya tak boleh" jihyo menundukkan kepalanya sambil menggigit bibir bawah.

"tapi kenapa?" won geun berkata dengan lirih.

"sorry sekali lagi" jihyo membongkokkan badannya sedikit sebagai tanda maaf. Jihyo ingin berlalu cepat dari tempat tersebut, tapi dengan cepat won geun menarik jihyo kedalam pelukannya dan berkata tepat ditelinga jihyo.

"jihyo aku tidak akan menyerah sehingga kau terima aku" selepas berkata seperti itu, won geun melonggarkan pelukannya dan tersenyum kepada jihyo.

"bye, aku pergi dulu" won geun melambai kearah jihyo. Jihyo yang masih terkejut dengan apa yang berlaku terpaku ditempatnya, otaknya masih mencerna apa yang sebenarnya berlaku.

Dan sejak itu, jihyo selalu mendapat pesanan dari won geun untuk mengajaknya keluar, disebabkan sibuk dan perasan takut pada won geun jihyo menolak ajakannya.

Ingatan jihyo tentang apa yang berlaku seminggu dan beberapa hari lepas lenyap apabila ada seseorang memegang bahunya. "kau kenapa seong im, pucat jer muka, tak sihat ke?" hara bertanya, nampak jelas sekali raut risau dimukanya melihat muka jihyo yang pucat.

"a... Aku ok jelah" jihyo menjawab sedikit gugup, hara dan hyeon menaikkan sebelah kening untuk meminta kepastian.

"serius aku ok, mungkin aku lapar jer. Jomlah gi kantin" jihyo menarik tangan hyeon dan hara untuk menuju ke kantin.

Sesampainya di kantin, jihyo menarik hyeon dan hara ke tempat kawannya yang lain, iaitu na hyumi, cho yuni dan lee haru. "ai... Lambatnya korang bertiga?" hyumi bertanya kepada jihyo, hyeon dan hara.

"ni, hyeon dan hara ni berfangirling tadi kat koridor" jihyo berkata selamba, sambil duduk di hadapan yuni.

"amboi... Kitorang pulak!" hyeon dan hara berkata serentak dengan nada yang marah. Jihyo hanya berbuat selamba, sambil meninggalkan kawan-kawannya untuk membeli makanan.

Sewaktu membeli makanan, jihyo terlanggar seseorang sehingga makanan yang jihyo beli jatuh kebawah.

"hei.. Budak pelik, jalan tu elok-eloklah sikit, habis baju aku yang cantik nanti kotor. Tau tak mahal baju ni" yeoja yang dilanggar jihyo itu memarahi jihyo dengan angkuh sekali, yeoja tersebut ialah song hana gadis yang paling popular di sekolah tersebut dengan sifat divanya.

"saya betul-betul minta maaf" jihyo meminta maaf kepada hana sambil menundukkan kepalanya. Hana dan kawan-kawannya berjalan dengan angkuh sambil melanggar bahu jihyo sehingga badan jihyo terdorong sedikit ke belakang.

Jihyo hanya mampu terdiam dan merelakan apa yang dilakukan oleh hana dan rakannya kerana dia tak nak identiti sebenarnya diketahui. Selepas membeli lagi makanan yang tadinya terjatuh, jihyo menuju kearah meja rakan-rakannya.

"kau kenapa seong im, macam takde mood jer" haru bertanya apabila melihat muka jihyo yang masam.

"takde papelah" jihyo cuba mengukir senyuman kepada rakannya walaupun dia tiada mood sekarang untuk senyum.

"weh.. Weh.. Tengok tu wah.. Won geunlah comel dan kacaklah dia.." yuni berkata sambil matanya tak lepas memandang di pintu kantin. Jihyo dan lain turut melihat kearah pintu kantin, muka jihyo mula pucat, dengan cepat dia memusing kepalanya menghadap makanannya.

Bersambung...

Who would I choose? √Where stories live. Discover now