Beberapa tahun yang lepas, aku ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh di sebuah negeri yang dahulunya kaya dengan biji timah. (Nama sekolah dirahsiakan)
Aku tahu, sekolah itu adalah sekolah lama. Pelbagai kisah seram diceritakan oleh senior-senior aku sejurus selepas aku daftar masuk ke sekolah tersebut.
Aku pun tak pasti adakah itu sekadar bahan gurauan ataupun realiti. Senior-senior aku menceritakan kisah-kisah yang pernah mereka dengar tanpa mengetahui kesahihannya. Biasalah, senior kan selalunya suka menakut-nakutkan junior yang baru masuk macam aku ni.
As a human, mestilah ada rasa takut kan. Meremang jugak la dengar cerita-cerita diorang tu. Betul or tak, wallahualam.
---------
Satu malam yang nyaman, tepat jam 2 pagi..
Aku terasa nak buang air kecil. Ketika di asrama, junior-junior macam aku tidur di atas katil double-decker dan aku dapat katil pada bahagian bawah. Just nice.
"Wei Piah, temankan aku pergi toilet jap" aku try la kejutkan kawan sekatil aku yang berada di katil atas.
Tapi sayang, tidur mati rupanya budak ni. Langsung tak endahkan suara aku yang merdu ni. "Takpe2 kau tunggulah, lepas ni jangan harap aku nak teman kau" aku membebel sendiri.
Nak taknak terpaksa jugak la aku menggagahkan langkah untuk ke tandas yang jaraknya fuh beribu batu rasanya.
Tandas dan Asrama bagi tingkatan 1 berada di blok berlainan tetapi ia rapat dan tertutup antara satu sama lain. "Adoii apasal la tandas ni jauh sangat" merungut hati kecilku yang molek ini. Cewah
Lampu waktu tu terang benderang di koridor dan di dalam bilik air. Jadi, kuranglah sikit rasa takut aku ni.
Aku memasuki bilik air seperti biasa tanpa berfikir panjang. Yang penting dapat lepaskan hajat aku ni.
Tandas kat asrama ni besar, dapat memuatkan beberapa shower, bilik air, tempat basuh baju & kolah mandi.
Almaklumlah junior-junior tingkatan 1 kan, kenalah guna tandas secara peekongsian kalau tak em mau kena hentam dengan senior.
Bilik-bilik air berdekatan dengan pintu utama tandas. So, senang la nak ke bilik air.
Ketika sedang khusyuk membuang hajat aku ni, tiba-tiba aku tersentak dengan bunyi orang memberus. Berus apa pun aku taktau. Seolah-olah memberus baju pun ada gak. Hairan aku, siapa pulak yang rajin membasuh baju pagi2 buta macam ni. Padahal semua pelajar dilarang keluar dari dorm pada waktu puncak macam ni.
Aku pun menutup pili air dan menegur "siapa kat luar tu??". Tiada jawapan. Aku cuba bertanya sekali lagi "Wei Piah kau ke kat luar tu??" senyap. Kedengaran bunyi cicak mendecit laju melintasi siling tandas.
Fikiran aku pun berkata, 'maybe warden kot yang basuh baju tu..'
Selesai membuang air kecil, tiada lagi bunyi berusan tadi. Aku melangkah keluar bilik air tersebut dan mendapati tiada siapa pun di luar. 'emm dah masuk bilik kot'
Aku pun berjalan keluar dari tandas tu. Orang cakap tak elok lama2 kat tandas ni, banyak syaitan. Jap, tiba2 aku rasa macam ada benda tarik baju aku seperti menyuruh aku pergi ke tempat basuhan.
Dengan langkah perlahan, aku pun pergi la ke tempat membasuh baju tu. Aku mengintai dari dinding. And..... HEOL!! aku terkejut! Nak lari, tapi terasa macam kaki kena paku kat situ.
YA ALLAH!!
Aku ternampak satu lembaga sedang membasuh kepala dia sendiri. Bayangkanlah dia cabut kepala sendiri and basuh menggunakan berus.... "eh tu macam berus aku!!" aku seolah menjerit tapi tiada sebutir suara pun keluar dari mulut aku.
The worst thing is, muka kepala lembaga tu menghadap aku. Aku sekadar melihat dia menggunakan barang-barang peribadi aku....... Nak bergerak, tapi kaku.
Ya Allah, hanya Dia je tahu apa perasaan aku waktu tu.
Badan aku dibasahi peluh sejuk seperti orang baru lepas mandi. Dengan lemahnya aku terkumat-kamit segala ayat suci Al-Quran yang aku tau. Seperti baru dilepaskan daripada rantai, dengan ajaibnya aku dapat menggerakkan kaki lepas dari lantai yang diperbuat dari simen itu.
Aku pun apa lagi, mengorak seribu langkah la masuk dorm. Dalam larian aku menuju ke dorm tu, terasa seperti ada lembaga besar membayangi aku. 'ah sudah benda ni ikut aku pulak' aku mendengus.
Tanpa menghiraukan lembaga tu, aku pun terus berlari masuk ke dorm dan mengunci pintu dorm aku. Terkapai-kapai aku mencari katil dan terus baring menarik selimut menutupi muka. Terasa ada benda mengelilingi katil aku waktu tu.
"Allahulailahaillahuwalhaiyyulqayyum...... " Dengan melafazkan ayat suci seperti ayat kursi, aku pun terdozed-off tanpa disedari.
Alhamdulillah, keesokan harinya aku tersedar dan semuanya berjalan lancar seperti tiada apa yang berlaku.
Dalam fikiran aku, 'yang penting aku kena buang berus dengan baldi aku tu jauh-jauh. Memang tak la aku nak guna lagi barang-barang tu...'
Aku risau ""benda"" tu datang cari aku balik kalau aku tak buang barang- barang tak guna tu...