"Kenapa ni? Sara buat hal lagi? Sampai bila baru dia nak berhenti? Afiq kawan dia, nasihat lah dia sikit. Ini last papa tolong Afiq, lepas ni, settle sendiri, semua besar, dah pandai fikirkan. " ayah Afiq meletakkan panggilan. Ayah Afiq memang nampak marah, tapi sayangnya dengan Sara, sudah seperti sayang terhadap anak sendiri.
Alhamdulillah, aku punya seorang insan yang boleh aku katakan bahawa dia seperti ayah aku sendiri, Encik Khalid, yang sangat mengambil berat tentang diri ku, pelajaran ku, dan ibu ayah ku percaya yang Encik Khalid sekeluarga bisa menjagaku dengan baik. Ibu ayah ku , tiada di sini. Mereka menetap di luar untuk memulakan perniagaan baru di Australia. Entah bila aku akan berpeluang berjumpa dengan kedua orang tua ku lagi.
"Sara, sara. Cukuplah buat kerja gila ni. Kau buat, kalau tak menyusahkan orang, tak apa lah. Ini tak, apa yang kau buat, semua buat orang risau kan kau sara" hanis memarahi aku. Tapi, aku dah biasa.
Aku dimasukkan di dalam ICU. Afiq dan Hanis menunggu ayah Afiq di luar. Hanis mundar mandir tak keruan. Tidak lama selepas itu, ayah Afiq sampai di hospital dan menuju ke arah kaunter.
Afiq berlari mendapatkan ayahnya.
"Papa, thanks sangat. Sekali ni je. Thanks ya papa. Afiq tak tahu nak buat macam mana lagi dengan Sara" afiq tunduk kebingungan.
Tangan ayahnya menepuk bahu Afiq.
"It's ok son, macam ni lah, kita bawa sara tinggal dengan kita. Tak boleh biarkan dia terus macam ni. Sekurang-kurangnya, ada juga yang teman dan jaga dia kat rumah". Ujar ayah Afiq dengan raut yang tenang.
"Afiq memang nak Sara tinggal dengan kita. Dah cakap pun kat dia hari tu, dia tak nak. Nak paksa macam mana lagi pa." Jawab Afiq kebuntuan.
"Biar papa pergi pujuk Sara, Afiq dan Hanis jangan risau. Papa pun tak nak tengok Sara berterusan menzalimi diri macam ni." Ayahnya mengeluh.
Selepas beberapa jam, akhirnya doktor keluar dari bilik ICU. Encik Khalid, Afiq dan Hanis mendekati doktor dengan wajah yang kebimbangan.
"Doktor, bagaimana dengan keadaan Sara?" Tanya Encik Khalid.
"Alhamdulillah, everything's just fine. Cumanya, saya merasakan , dia ada depresi. Buat masa sekarang, saya cadangkan agar dia di bawa berjumpa dengan pakar, berapa kali sudah dia overdose pills?" Sambil membetulkan cermin matanya.
"Sebenarnya, banyak kali dah dia buat benda macam ni. Banyak kali dah kami nasihat. Tapi, susah kami nak halang. Saya bercadang nak bawa dia duduk dengan kami." Dahi encik khalid berkerut, tanda penuh kerisauan.
"Baguslah macam tu, eloklah bawa dia stay dengan orang yang boleh jaga dia 24 jam. Bawa dia keluar dan pujuklah dia agar dia meluahkan apa yang dia rasa. Boleh cuba contact dengan kawan saya, Miss Adeline. Dia mungkin boleh bantu." Doktor memanggil jururawatnya dan meminta pen beserta kertas untuk menulis alamat dan nombor telefon Cik Adeline dan menghulurkan kertas tersebut kepada Encik Khalid.
"Terima kasih doktor, jadi bagaimana dengan Sara?" Encik Khalid meneruskan perbualan.
"She's fine , so lepaskan ni kami akan pindahkan ke wad biasa. Bila dia dah stabil, mungkin boleh discharge esok atau lusa". Doktor tersenyum.
"Lega saya rasa kalau macam tu. Terima kasih sekali lagi doktor" lantas bersalaman, mereka pun berlalu pergi.
**********************************************
Setelah beberapa hari di hospital, akhirnya aku dibenarkan pulang. Masih baring menunggu mereka datang menjemputku, aku mengisi masa dengan membaca buku "Jangan Bersedih" pemberian Hanis semalam.
Buku yang membuka mata aku untuk berhenti dari terus mengenang dan berduka pilu. Terima Hanis, buku ini cukup bermakna buat ku, untuk waktu ini.
Tidak lama kemudian, aku mendengar suasana yang agak riuh di luar.
YOU ARE READING
Tangisan Seorang Pendosa [still in progress]
SpiritualNoda hitam tidak akan dapat diputihkan kembali sekiranya kita tidak kembali kepadaNya. Setiap derita, hanyalah ujian dari Nya, menguatkan diri kita untuk mengingati kehadiran Nya yang maha Esa. Kekhilafan kita tidak selamanya menjadi satu titik hita...
DEPRESI
Start from the beginning