"Jangan risau. Salah aku juga sebab tarik kau masuk dalam stor ni tiba-tiba. Kau nak lari ke mana tadi?"
Mina menjeling Wonwoo sekilas pandang. "Pintu tu. Yang terbuka luas dan gelap tu." Balasnya perlahan.
"Kau nak nyorok dalam bilik tu? Yah, micheosseo?"
"Aish aku tak gila lah. Aku gelabah faham tak? G.E.L.A.B.A.H. Lagipun, apa masalah bilik gelap tu? Ada Syaitan ke? Kau ada seru Jin ke? Atau kau-" mulut Mina ditekup tiba-tiba.
"STOP. Kau ni buat aku pening." Keluh Wonwoo. Dia perlahan-lahan menurunkan tangannya.
Wonwoo bersandar di dinding dalam stor tersebut. Kalau korang berada di situasi Mina sekarang ni, pasti korang akan rasa bertapa HOT nya mamat yang sedang duduk di hadapan korang sekarang ni. Mohon tahan nafsu ya~
"Jangan tenung lama sangat. Aku tahu aku kacak macam yang kau cakap, Zayn Javaad Malik lah sangat." Ujar Wonwoo sinis selepas mendapati yang Mina begitu asyik merenungnya sejak dari tadi. Walaupun di dalam stor tu gelap, tapi Wonwoo boleh perasan renungan yang diberikan oleh Mina.
Bagaimana? Hmm...itu biarlah rahsia.
Mina cepat-cepat melarikan pandangannya ke arah lain.
"Kacak? Pssh. Jangan jadi perasan boleh tak? Tak boleh? " Dalih Mina. Nasib baik stor gelap, harapnya Wonwoo tak perasan akan muka merahnya yang sebiji tomato tu.
"Hahaha...arasseo. Aku straight to the point."
Aura di situ tiba-tiba bertukar menjadi serius.
" Kau.... sedang cari Hoshi kan?" Soal Wonwoo, masih bersandar di dinding yang rata itu.
Mendegarkan nama adiknya disebut, Mina cepat-cepat memandang Wonwoo semula.
"Dia ada. Kat bawah tanah. Dia tak sedarkan diri dan sedang berada di dalam penjara."
"Mwo!? .....Oww..." Mina menggosok kepalanya. Dah tau yang stor tu kecil kau pergi bangun buat apa? Padan muka.
Wonwoo mengeluh.
"Kau ni cuai betul lah. Sini." Wonwoo menarik lengan Mina membuatkan Mina terduduk betul-betul di hadapannya. Wonwoo menekan kepala Mina supaya Mina tunduk.
"Wonwoo-"
"Ssh. Mana yang terhantuk? Sini?" Wonwoo mengusap-usap kepala Mina dengan berhati-hati.
Mina terdiam. Dia terasa hangat apabila tapak tangan Wonwoo mengusap kepalanya perlahan.
Mina tersedar ke alam realiti. Cepat-cepat dia enjauhkan diri daripada Wonwoo.
"A-apa kau buat? Aku boleh usap kepala aku sendiri. See? Aku masih ada dua tangan. Ha tengok." Mina menggosok-gosok kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya dan gayanya seperti seekor (?) badut sedang buat show.
"......"
"Pffft....hahahhahahaha. Yah, sejak bila kau ambil upah jadi clown kat sini? " Wonwoo tergelak.
Mina memandang Wonwoo pelik. "Aku? Clown? "
"Yah. Tu dah lebih." Mina mengerling tajam ke arah Wonwoo yang masih tergelak.
Hakikatnya, dia gembira melihat Wonwoo tersenyum.
Tidak, dia gembira melihat dia tertawa.
Ya tuhan...aku bersyukur betul yang dia ni crush aku. Desis hati Mina.
"Hahahahaha. Okay-okay kita dah jauh melalut ni." Wonwoo berhenti gelak dan membuka pintu stor di sebelahnya perlahan-lahan.
"Bagus. Tak ada pengawal." Wonwoo menoleh ke kiri dan ke kanan. Dey, buduh nya pengawal tak perasan ada stor kecil kat dalam rumah agam ni.
Wonwoo menghulurkan tapak tangannya ke arah Mina.
"U-untuk apa?" Mina memandang tapak tangan Wonwoo pelik. Nak minta duit raya ke?
"Aish. Pabo."
Wonwoo menarik tangan Mina.
"Kita akan cari adik kau sama-sama.
Percayakan aku, adik kau pasti akan selamat."
●●●●●●●
Sorry for late update.
Btw I loves that Clown Face ( ͡° ͜ʖ ͡°) 🗿
And sorry saya tak tahu nak letak tajuk apa actually.
YOU ARE READING
My Crush Stole My Diary
FanfictionKwon Mina telah lama memendamkan perasaannya terhadap Jeon Wonwoo. Ya, itupun setelah sembilan tahun mereka tidak bersua muka. Sehinggalah pada suatu ketika, diary kecil milik Mina telah hilang. And guess what? Diary itu ada pada Jeon Wonwoo itu se...
Episod 35: Cuai
Start from the beginning